Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 21 jam, 12 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Air banyak kegunaannya..
Disiarkan pada Isnin, 22 September 2003 @ 0:22:18 oleh Hanan

Umum sidaratul menulis: "Assalamualaikum, salam sejahtera & jumpa lagi

Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian daripada alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang-orang tua. Sebahagian daripada petua orang-orang tua yang mudah & boleh dikuti oleh kita semua.

> 1. Amalkan banyak minum air masak suam. Amalkan juga minum
sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun daripada tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w
semasa minum di waktu pagi ini.

> 2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh lah). Ini dikatakan dapat mengelakkan kita daripada perut buncit.

> 3. Elakkan daripada mandi malam. Selain daripada mudah terdedah kepada penyakit paru2
berair ia juga mengelakkan kita daripada mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.

> 4. jangan gunakan air bertakung yang terkena panas matahari untuk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pada kulit.

> 5. untuk menghilangkan sedu, minum banyak air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

> 6. untuk menghilangkan sakit tekak, selain daripada minum air rendaman
kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya. Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

> 7. Selain daripada air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. untuk mengelakkan muka daripada timbul jeragat, amalkan membilas muka dengan air
bilasan beras yang kedua.

> 8. Bagi mereka yang mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yang kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.

> 9. untuk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sebagai baja untuk tanaman. Dikatakan bahan organik pada air bilasan kain dapat menyuburkan tanaman.

> 10. untuk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke
kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

> 11. Air juga merupakan petua untuk penjagaan suara bagi yang gemar
menyanyi & mengaji. Selain daripada mengamalkan banyak minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dapat mengelakkan suara daripada pecah.

> 12. untuk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan
dr kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar
perubatan,cara begini bagus diamalkan untuk mengelakkan kejutan pada kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal-awal pagi.

Selamat mencuba & semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

"

Umum


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Umum:


info mengenai tahi lalat

Recent News About Umum:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Air banyak kegunaannya.." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Air banyak kegunaannya..
oleh airzat ([email protected]) pada Isnin, 22 September 2003 @ 19:49:10
(Info AHLI)


amboi...pandainya anti kita ni bercakap pasal air...nak trylah tips ni...ana ingat anti mesti boleh jadi pakar perubatan air...hihihihih
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Air banyak kegunaannya..
oleh sidaratul pada Selasa, 23 September 2003 @ 16:25:50
(Info AHLI)
doa-doakanlah ye, airzat. semoga saya menjadi pakar dalam perubatan air.. siapa jugak yang untungkan?? kita dan syarikat kita... dapat air free....
]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.319637 saat. Lajunya....