Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 305
Ahli: 0
Jumlah: 305




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 16 jam, 30 minit yang lalu
khalifah: 6 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 24 hari yang lalu

HEROKAH KITA MAHASISWA/I ISLAM
 Posted on Ahad, 03 Ogos 2003 @ 13:10:08oleh Hanan
Tazkirah ikhwan_1403 menulis Kerana apa kita belajar... mungkinkah kerana ingin mendapat jawatan besar, atau mungkin kerana ingin hidup mewah... tetapi sebagai mahasiswa/i islam pasti kita belajar kerana mencari redha Allah... untuk membina ketamadunan ummah yang pastinya akan disegani golongan kuffar... maka sudah pasti kitalah HERO ISLAM dialaf ini.... pergi heROkaH KITA????

HEROKAH KITA ???
Pernah tak sahabat semua renungkan..... betapa kita tidak sanggup untuk
bangun malam Buat solat sunat tapi, sanggup tak tidur malam untuk buat assignment.....
Tahukah sahabat semua, Ibnu Sina, studynya disulami dengan zikir...
Apabila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk
dari Allah. Kita? Studynya di sulami dengan lagu-lagu lagha......
Kononnya,lebih mudah untuk masuk keotak.
Bila buntu, terasa otak sudah tepu, mulalah mencari hiburan atau paling
kurang mengacau kawan.

Tapi, bila ditanya, pandai berkata-kata. Jika belajar diniatkan kerana Allah, insyaAllah akan mendapat pahala.
Agak-agaknya, kerana Allah ke kita dengar lagu-lagu Metallica, Mariah
Carey, Siti Nurhaliza dan sebagainya?
Atau kita niatkan kerana Allah bila menatap majalah HAI!, Mangga, URTV etc,..
Atau kerana Allah kah kita menonton Lord of The Ring, Lagi-lagi Senario,one2ka4, dll?

Bila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula bertanya sendiri...
Apa silap sendiri??
Sembahyang tak pernah sampai habis waktu. Tak pernah aku berdating atau berkasih-kasihanTapi, sedar tak kawan-kawan bahawa maksiat itu luas pengertiannya?

Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah.
Melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat. Apatah lagi bila
melihat aurat orang lain,... (majalah hiburan) macam mana lah hati tak gelap... Nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang akhirat.
Ingatlah kawan-kawan,.... matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi
engineer tapi juga Hamba Allah yang dipandangNya di akhirat nanti.

Siapakah yang akan membantu kita di padang masyar nanti? Nak minta syafaat para artis ke. Aku risau, takut-takut Rasulullah tak pandang lansung kat kita.
Nak kenal ikut tanda sujud pun, sujud tak pernah lama. setakat cecah dahi kat sejadah .... kurang satu saat. >>kalau ikut bekas wudhu' pulak,wudhu' tak pernah sempurna.Jadi, kalau Rasulullah tak kenal, macam mana dia nak mengaku yang kita ni ummatnya? Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dosa ni di hari hisab nanti?

Takutnya bila aku fikirkan... terasa nak berhenti dari belajar.
Nak beribadat sahaja tapi, pesan Rasulullah, kita kena kejar dunia dan akhirat.
Dengan ilmu kita boleh menguasai ekonomi yang di terajui kuffar.
Dengan ilmu kita boleh menerajui pimpinan negara.
Kalau tanpa ilmu, kita akan dipandang hina dan tidak berguna.
Tapi, kalau kita masih begini, agak-agaknya siapa yang rugi?
jaga amal, jaga iman, jaga solat Insya Allah. semoga diredhai dan dirahmati-Nya selalu

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA2KU .... KURNIALAH AKU MAGHFIRAH-MU...

 

  Tazkirah


Komen


"HEROKAH KITA MAHASISWA/I ISLAM" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: HEROKAH KITA MAHASISWA/I ISLAM
oleh bulan_bintang ([email protected]) pada Ahad, 03 Ogos 2003 @ 16:39:23
(Info AHLI)


assalamualaikum..

hmm..terima kasih atas artikel ni..banyak manfaat yang dapat sedarkan kita semua terutama pada diri saya sendiri..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: HEROKAH KITA MAHASISWA/I ISLAM
oleh Tetamu pada Selasa, 05 Ogos 2003 @ 13:06:02
assalamualikum..!

disini saya hanya ingin ingin menokok tambah sedikit huraian yg dibuat oleh saudara ikhwan
di atas tajuk 'HEROKAH KITA MAHASISWA/I ISLAM'

sememangnya saya tanpa ragu-ragu menyokong semua huraian itu...kerana kebanyakan siswa/i hanya memikirkan kerja2 akademik sahaja...tetapi mereka alpa akan tanggungjawab mereka yang sebenar...
APAKAH TANGGUNGJAWAB ITU?
marilah kita renungkan bersama...

alangkah baiknya jika kita sebagai siswa/i dapat mengerjakan semua tanggungjawab yang diberikan kepada kita
baik dari-Nya mahupun dari makhluk bernama khalifah di muka bumi ini...
-mengamalkan kesederhanaan di dalam kehidupan
-mendaulatkan islam
-berdakwah sesama sendiri
TETAPI ingin ditegaskan disini bahawa DAKWAH yang ingin disampaikan disini bukan lah hanya dengan mulut sebagai peranan...
seperti kebanyakan gol. sekarang lakukan
DAKWAH di sini lebih meliputi kepada usaha2 melakukannya...seperti mengadakan projek kendiri bertujuan meningkatkan jatidiri islam dalam diri setiap insan
selain itu,hal2 mengajak dan mengajar insan lain terutma bg insan lemah seperti perempuan akan seni bela mempertahankan diri juga memberi faedah kepada masyarakat
seperti firman-Nya didalam al-quran menyeru umat manusia mempertahankan diri daripada diceroboh!

oleh itu jelaslah disini bahawa mahasiswa/i boleh menjadi hero didalam diari kehidupannya,yang dipegang oleh malaikat sekiranya perkara2 yang dilakukannya adalah dijalan yang benar...TETAPI adakah kita sebagai hamba-Nya telah melakukan?
marilah kita renungi bersama
adakah kita layak di syurga-Nya...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116995 saat. Lajunya....