Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Nabi Muhammad Tersenyum Jua
 Posted on Isnin, 22 Februari 2010 @ 18:39:50oleh Hanan
Tazkirah durratulmuqriah menulis Seorang sahabat Nabi Muhammad sangat suka bergurau. Beliau adalah Nuaiman yang juga menjadi tentera, ber-perang dalam peperangan Badar. Namun begitu, beliau juga merupakan antara sahabat yang miskin. Walaupun Nuaiman miskin, beliau mempunyai hati yang mulia dan suka menolong orang lain. Sekiranya mempunyai lebihan wang, beliau akan menjamu orang miskin di masjid.Nuaiman.

Pada suatu hari sedang Nuaiman berjalan-jalan, beliau bertemu dengan seorang penjual madu. Pada masa itu, penjual madu sedang melalui jalan yang dekat dengan rumah Nabi Muhammad. Nuaiman terfikir hendak membeli madu itu, namun beliau tidak mempunyai wang. Akhirnya beliau mendapat satu idea.

“Wahai penjual madu!” panggil Nuaiman.

Penjual madu itu datang menghampiri Nuaiman sambil membawa beberapa botol berisi madu.

“Tuan memanggil saya?” tanya penjual madu.

“Berikan saya satu botol madu,” kata Nuaiman.

“Baiklah. Ini dia, tuan,” kata penjual madu sambil menghulurkan sebotol madu kepada Nuaiman.

Sambil mencapai botol madu yang dihulurkan itu, Nuamain berkata, “Saudara tunggu di sini. Nanti duit madu ini akan dibayar oleh tuan rumah ini,” kata Nuaiman sambil menunjukkan rumah Nabi Muhammad.

Nuaiman membawa botol madu itu lalu pergi ke rumah Nabi Muhammad. Nuaiman mengetuk pintu dan memberi salam. Nabi Muhammad keluar sambil menjawab salam Nuaiman.

“Wahai kekasih Allah, terimalah hadiah daripada saya,” kata Nuaiman, sambil memberikan botol madu yang di-pegangnya kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad yang tidak tahu apa-apa itu mengucapkan terima kasih kepada Nuaiman. Nuaiman tersenyum lalu pergi dari situ.

Apabila melihatkan Nuaiman pergi jauh tanpa membayar harga madu yang dibelinya, penjual madu itu naik marah. Lantas beliau pergi mendapatkan Nabi Muhammad.

“Tuan, tuan sudah mendapatkan madu daripada saya, tetapi tuan belum membayarnya,” kata penjual madu.

Tahulah Nabi Muhammad yang Nuaiman bergurau dengan beliau. Nabi Muhammad tersenyum sendirian dan terus membayar harga sebotol madu yang dibeli oleh Nuaiman itu. Penjual madu itu berlalu selepas mendapatkan wangnya.

Keesokan harinya Nabi Muhammad meminta sahabat memanggil Nuaiman. Nuaiman akhirnya datang berjumpa Nabi Muhammad dalam keadaan takut. Nabi Muhammad tidak marah kepada Nuaiman, tetapi beliau ingin tahu Kenapa Nuaiman tidak membayar harga madu yang dibelinya.

Nuaiman pun berkata, “Wahai kekasih Allah. Saya ingin sekali melakukan kebaikan kepada tuan. Tetapi saya tidak mempunyai wang pada masa itu. Maafkanlah saya.” Nabi tersenyum mendengar kata-kata

 

  Tazkirah


Komen


"Nabi Muhammad Tersenyum Jua" | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Nabi Muhammad Tersenyum Jua
oleh SNMA pada Isnin, 01 Mac 2010 @ 7:03:39
(Info AHLI)


Tingginya budi pekerti Rasulullah ye? Kalau Wawa yang kena macam tu, dah lama Wawa kejar org tu, and then, siram dia dengan madu tu..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Nabi Muhammad Tersenyum Jua
oleh SiNaRaBaDi pada Isnin, 01 Mac 2010 @ 15:37:34
(Info AHLI)
:-)hebat Nabi Muhammad, jika berlaku pada umat masa kini pun.. apa salahnya kan anggap itu sebagai satu penghargaan daripada si pemberi.

kagum dengan sifat Nuaiman kerana ingin sangat membantu nabi,
pada masa yang sama diselitkan kisah yang membuatkan nabi tersenyum, ana pun turut tersenyum baca kisah ini.

Em, kerana apa ye.. kerana disitu kita boleh lihat ukhwah, kasih serta keikhlasan menerima apa saja pemberian dan penerimaan dengan redha.
]


Re: Nabi Muhammad Tersenyum Jua
oleh aAtyah ([email protected]) pada Khamis, 18 Mac 2010 @ 9:14:42
(Info AHLI)
sama lah...sama lah
tak apa mudah-mudahan selepas ini dapat mncontohi Rasulullah s.a.w...
amiiin
]

Re: Nabi Muhammad Tersenyum Jua
oleh asyieqien_eqin ([email protected]) pada Ahad, 28 Mac 2010 @ 21:09:25
(Info AHLI)


kalau kita..org bergurau macam ni...tak lama nak kena sound lah..begitu mulia keperibadian baginda..soollu ala naabiiyuna...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Nabi Muhammad Tersenyum Jua
oleh miftahul_jannah pada Isnin, 29 Mac 2010 @ 12:08:16
(Info AHLI)


salam alaiykh... seronok dengar cerita sahabat RASULULLAH ini.. dan melihat akhlak RasululLLAH yang mulia dengan sahabat baginda.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Nabi Muhammad Tersenyum Jua
oleh ibtisam_nisa pada Rabu, 31 Mac 2010 @ 15:16:17
(Info AHLI)


tingginya pekerti rasul junjungan allah ni... sehebat al quran dan as sunnah yang ditinggalkannya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081816 saat. Lajunya....