Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 28 hari yang lalu

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
 Posted on Ahad, 21 Februari 2010 @ 18:48:37oleh Hanan
Tazkirah taalidi menulis Catatan Abu Saif : “Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka.

Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan? Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki? Wanita gila harta? Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?



“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain. Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain. Aku pula. Aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata. Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu. Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?


“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

Tribute to :
ABU SAIF

Artikel ini ana petik dari Group Facebook Jemaah Usrah Anak Muda

 

  Tazkirah


Komen


"Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi" | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Selasa, 23 Februari 2010 @ 20:52:38
(Info AHLI) http://www.iluvislam.com/


....mengharap Cinta Sejati....
mendamba Kasih Ilahi.....

amiin....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
oleh ibtisam_nisa ([email protected]) pada Sabtu, 27 Mac 2010 @ 12:38:32
(Info AHLI)


ya ilahi,pimpinlah aku menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa agar aku mampu marasai nikmatnya syurgaMU kelak..
ya ilahi,jadikan aku pengikut rasul junjunganMu yang baik agar aku bisa mendapat syafaatnya kelak..ya ilahi..kirimkan cinta manusia kepadaku yang mencintaiMu agar mampu mencintaiMu dengan sebenar-benar cinta..ameen..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
oleh hidayattullah pada Rabu, 19 Mei 2010 @ 8:30:07
(Info AHLI)


InsyaAllah....Semakin menuju ke arah itu....

bukan berlakon menjadi Rabi'atul Adawiyah....tapi mnjadikannya sebagai role model.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
oleh syanadh pada Sabtu, 09 Oktober 2010 @ 9:15:02
(Info AHLI) http://yahoo/
terima kasih saudara taalidi.semoga mjdi peringtan dan teladan bersama..
banyak perkara yang kita tidak sedari tapi kita buat..syukran
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078915 saat. Lajunya....