Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 117
Ahli: 0
Jumlah: 117




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun
 Posted on Ahad, 20 Disember 2009 @ 16:13:24oleh Hanan
Tazkirah halesolurun_84 menulis Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?


Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.

Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?

Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.


Menyesal lah ketika bangun
Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?


Kenapa perlu semua ini?
Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?

Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.


Penutup: Hidup ini, untuk persediaan ke sana
Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman: “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.


Hilal Asyraf

 

  Tazkirah


Komen


"Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun
oleh taalidi pada Jumaat, 25 Disember 2009 @ 12:04:38
(Info AHLI) http://groups.yahoo.com/group/hukumtarikan/


Assalamualaikum,

Memang benar kita perlu sentiasa muhasabah diri setiap hari...tetapi kita adalah disarankan supaya bersyukur setiap kali bangun dari tidur, kerana masih diberi peluang untuk hidup, dan bertaubat padaNya. Apa jua yang telah berlaku dihari lepas, kiranya ada yang telah dibazirkan..berusahalah supaya tidak mengulanginya lagi kerana orang yang beriman tidak akan melakukan kesilapan yang sama berulangkali. Perasaan menyesal itu sangat perlu kerana dengan rasa menyesal kita dapat menghayati lafaz taubat yang kita lakukan, tetapi bukan menyesal dengan cara yang negatif ..sehingga merusakkan cara kita menghadapi kehidupan, yakni merasa diri berdosa, sehingga rasa tidak layak untuk melakukan apa jua aktiviti dengan masyarakat, inferiority kompleks...seolah-olah Allah itu tidak akan mengampunkan kita...sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun. Oleh itu, menyesallah dengan cara yang betul, dan sentiasa bersyukur apabila bangun dari tidur. Lebihkan husnuzzon pada diri, persekitaran, kehidupan dan paling utama, pada Allah S.W.T.

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a
(rowahu Thobarani wal hakam)
Artinya:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia
berprasangka dengan apa yang ia inginkan ( penulis:
bukan yang ia risaukan atau hawatirkan) (Thobarani wal hakam).
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun
oleh muasz ([email protected]) pada Ahad, 24 Januari 2010 @ 1:38:03
(Info AHLI) http://jazirah-alward.blogspot.com/
Assalamualaikum...Apabila ingin tidur-muhasabahlah diri lalu istighfar. Apabila bangun dari tidur-ucaplah alhamdulillah dan tanam azam baru yang lebih baik.
]

Re: Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Sabtu, 06 Februari 2010 @ 22:36:01
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


salam...
alhamdulillah..moga jadi ingatan buat kita semua...
bagi diri saya, memang kadang-kadang tu menyesal juga sb tak pandai manfaat kan masa...tidur lebih...huhu...penat sangat dengan kerja seharian...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun
oleh SiNaRaBaDi pada Ahad, 07 Februari 2010 @ 16:05:55
(Info AHLI)
Salam,

kurangkan tidur antara salah 1 daripada 4 rukun diri selain:
- kurangkan makan dan minum
- kurangkan keluar
- kurangkan bercakap

inilah yang perlu dan wajib bagi kita umat islam menyedari hakikatnya. muhasabah kembali.. agar diri tidak mudah terjatuh ke lembah kealpaan dalam mengikut sifat2 keduniaan.

Wallahualam :smile:
]

Re: Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun
oleh ibtisam_nisa ([email protected]) pada Sabtu, 27 Mac 2010 @ 16:17:38
(Info AHLI)


memang ada rasa mnyesal kerana tak buat sehabis baik pada hari semalam,insyallah sentiasa mengingati mati adalah muuhasabah yang terbaik..pesanan untuk diriku sendiri..:)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079106 saat. Lajunya....