Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI
 Posted on Khamis, 17 September 2009 @ 21:07:46oleh Hanan
Tazkirah Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat.

Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:


Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, masa. 429

Sebenarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. - Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur’an.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm (53) : 38-39

Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:

Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.

Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, masa. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah:

bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297.

Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam lagi:

Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 971

Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu'alaihi wasallam:

…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976

Namun demikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu 'anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam adalah:

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah 'Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman:

Pada hari ini. Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3

Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. - Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, masa. 60.

sumber : http://akob73.blogspot.com/2008/09/adakah-disunnatkan-menziarah-kubur-pada.html

 

  Tazkirah


Komen


"TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AI
oleh Anak_Pejuang pada Selasa, 29 September 2009 @ 11:22:14
(Info AHLI) http://jarumemas.blogspot.com/


Assalamu'alaikum,

Baca komen seterusnya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AI
oleh hanisahani pada Sabtu, 03 Oktober 2009 @ 20:14:34
(Info AHLI)
Assalamu'alaikum..

Jazakallah di atas perkongsian oleh anak_pejuang..harapnya sesiapa yang membaca artikel saudara Mohd Yunus perlu membaca semula komen dr anak_pejuang..baca dan fahami..
jangan salah erti apabila terdapat perbezaan pndngn,,bukan mcari kesilapan tetapi mencari pnyelesaian yang terbaik..di sinilah letaknya kesyumulan dan sifat waqi'iyyah agama Islam..walau banyak perbezaan pandangan tetapi di situlah keindahan Islam..lengkap dan praktikal..tak berani ana nak komen banyak-banyak.. betapa ceteknya ilmu di dada untuk berhujah...
Ya Allah bimbinglah kami ke jalan yang benar..amin..
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0814 saat. Lajunya....