Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 185
Ahli: 0
Jumlah: 185




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 13 hari yang lalu
Rashdin: 29 hari yang lalu
khalifah: 35 hari yang lalu

Persembahan untuk Sahabat
 Posted on Ahad, 30 Ogos 2009 @ 21:22:24oleh Hanan
Tazkirah Nuranys menulis Ya Allah..
kiranya ku buka mataku ini,
jadikan penglihatanku,
melihat kebesaranMu,
kiranya ku hirup segar udara pagiMu,
jadikan aku insan yang bersyukur,
dengan setiap sedutan nafasku..

Ya Allah..
kiranya ku hirup secawan teh,
jadikan rezekiku sumber hidupku,
kiranya ku langkah kakiku,
jadikan setiap langkahku,
langkah jihad padaMu..

Ya Alllah..
kiranya tanganku menadah,
biarlah ku tadah keampunanMu,
bukan mengharap rezekiMu,
datang bergolek,melayang jauh,
kerana..akan luruh setiap daging muka manusia,
kira hidupnya meminta-minta..

Ya Allah..
kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong,
yang membenarkanMu,
seperti kebenaran Assidiq,
biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu,
seperti Ali,pintu ilmu kekasihMu,
berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah,
yang Kau cipta sebagai pendamping kekasihMu..

Ya Allah..
kiranya semua itu tidak layak buatku,
aku tetap bersyukur,
diprtemukan sahabat,
seperti insan yang menatap lembaran ini,
mungkin padanya ada segalanya,
yang tak pernah aku cuba selongkari..
mungkin padanya letaknya apa yang aku,
impikan...

Tanx 4 give me "Nuranys"...

 

  Tazkirah


Komen


"Persembahan untuk Sahabat" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Persembahan untuk Sahabat
oleh sadiqah ([email protected]) pada Khamis, 03 September 2009 @ 12:08:10
(Info AHLI)


assalamualaikum..
maha bijaksananya dan pemuranhya DIA menganugerahkan ilmu dan idea untuk ukht menghasilkan nukilan suara hati ini (barangkali)...tidak pula di simpan sebagai koleksi sendiri, malah dijadikan tatapan untuk renungan bersama. thanks "nuranys"...moga menjadi suntikan semangat untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082621 saat. Lajunya....