Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 6 hari yang lalu

Cinta seorang suami
 Posted on Rabu, 02 Julai 2008 @ 8:11:41oleh istisafa
Umum tero_1809 menulis "Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya."

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"

 

  Umum


Komen


"Cinta seorang suami" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cinta seorang suami
oleh al-asad ([email protected]) pada Khamis, 03 Julai 2008 @ 9:50:07
(Info AHLI)


seorang suami tidak suka mempamerkan kasih sayang cinta dan rindunya pada isteri tapi ketahuilah bahawa cinta, sayang dan rindu seorang suami tidak pernah padam sampai keahkir hayat. hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum kita menyesal apabila ianya sudah tiada
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta seorang suami
oleh OT ([email protected]) pada Khamis, 03 Julai 2008 @ 12:12:31
(Info AHLI)
adakah kita akan temui cinta suami seperti itu?
]


Re: Cinta seorang suami
oleh Qayum ([email protected]) pada Khamis, 03 Julai 2008 @ 16:59:52
(Info AHLI)
Bersyukurlah apa yang Tuhan kurniakan kepada Kita. Setiap insan ada kekurangan dan kelebihannya...
]


Re: Cinta seorang suami
oleh irashahirah pada Sabtu, 05 Julai 2008 @ 11:54:32
(Info AHLI)
waaa...
ternanges baca ceriter ini
Kenapa lah aku emosional sangat ini....
]


Re: Cinta seorang suami
oleh safiya06 pada Isnin, 07 Julai 2008 @ 12:08:14
(Info AHLI)
betul tu...hargailah apa yang kita miliki hari ini...usah terlalu mengaharap sesuatu yang belum pasti kebenarannya.. ;)
]


Re: Cinta seorang suami
oleh nur_anis ([email protected]) pada Isnin, 07 Julai 2008 @ 13:35:58
(Info AHLI)
biarpun dia tak tunjukkan kasih sayangnye pada isteri,itu tak bermakna suami tak sayangkan kita..mungkin itu sifatnye dan kadangkala baik jua seorang isteri bagitau apa yang terpendam dihatinya supaya si suami tahu apa yang tersimpan dihati isterinya..
]


Re: Cinta seorang suami
oleh nie_nadia pada Rabu, 23 Julai 2008 @ 16:11:06
(Info AHLI)
syahdu`yang story ni. kisah benar ke?
]


Re: Cinta seorang suami
oleh cikgu84 pada Jumaat, 25 Julai 2008 @ 16:44:45
(Info AHLI)
bertuahnya andai dikurniakan suami seperti ini...
]


Re: Cinta seorang suami
oleh Hikaru_muslim ([email protected]) pada Ahad, 21 September 2008 @ 13:09:57
(Info AHLI)
Memang best lah cerita ini.. Terharu ana membaca nya. Semoga ana mampu jadi suami sebegini .Insyaallah.
]

Re: Cinta seorang suami
oleh imni_1612 ([email protected]) pada Khamis, 16 Oktober 2008 @ 10:07:46
(Info AHLI)


Seronoknya kalau dapat suami yang macam ni nanti..:-)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta seorang suami
oleh iNsaN_hiLaNg pada Jumaat, 21 November 2008 @ 23:50:48
(Info AHLI)


salam...
itulah manusia...sering tak terfikir kan perkara disebalik setiap sesuatu......
bukan ke bla kita da kahwin,kita da bersedia terima dia seadanya..baik dan buruk dirinya...kita xplu mgharap untuk dia berubah...kita hanya boleh menyokong dia, supaya dia sendiri ter fikir untuk berubah ke arah lebih baik..........

huhu..ana merapu juga..keh3 =p
maaf
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085373 saat. Lajunya....