Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
the_brOtherz: 2 hari yang lalu
jasadkudisini: 10 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 12 hari yang lalu
isa777_musa: 12 hari yang lalu
zam_rizal: 21 hari yang lalu
wanja: 32 hari yang lalu

Aku, handset dan tanggal 15 Januari 2008
 Posted on Isnin, 21 Januari 2008 @ 20:26:55oleh istisafa
Kenangan imanMunawarah menulis Aku menjadi pengguna handset pada tahun 2006. Handset pertamalah kiranya.. itupun aku dapat free sebab dapat hadiah. Waktu tu aku baru saja bertukar ke SMKA Falahiah, Kelantan untuk mengambil STPM disana.

Tak dinafikan banyak kegunaannya sepanjang tempoh itu apatah lagi ianya 'dihalalkan' penggunaannya dikalangan form 6.

Banyak perkara penting yang disimpan dalam handstku membuatkan ianya terlalu berharga buatku. Sekarang ni aku tengah tunggu result periksa yang khabarnya akan keluar lepas raya cina nanti. Tanggal 15 Januari, macam biasa rutin pagiku dimulakan dengan hantar adikku yang bongsu ke tadika jam 8 pagi.

Selepas pulang menghantar adikku. Aku menjengah ke halaman rumah yang mempunyai banyak pokok bunga bapaku. Teringat janjiku pada abah petang semalam untuk membersihkan halaman rumah lantas ku menyingsing lengan baju mencabut rumput-rumput liar dan mencantas segala macam pokok yang ada. Sedar tak sedar ku lihat jam menunjukkan jam 11.30 pagi.. aku bergegas membersihkan diri kerana perlu mengambil adikku yang pulang jam 12.00.

Dalam perjalanan pulang tiba-tiba motosikal yang ku naiki tiba-tiba meragam..mati ditepi jalan. Memandangkan jarak yang tidak jauh lagi adikku merengek untuk berjalan kaki saja pulang tanpa memberiku peluang untuk me'repair' motosikal. Kerana cuaca yang panas lantas ku tanggalkan topi keledar dan meletakkannya didalam raga motisikal yang terdapat handset kesayanganku lalu berjalan pulang sambil menolak motosikal.

Hampir sampai dirumah baru ku sedari handsetku sudah tiada dalam raga motosikal.. Tidak aku sedar bila handsetku terjatuh ditepi jalan raya. Hatiku begitu berdebar sekali. Cepat-cepat aku kembali ke jalan untuk mencari handsetku. Setelah 3 kali 'meronda', barulah aku menjumpai beg handsetku yang dibuang didalam semak.. hanya tinggal begnya saja sedangkan handsetku sudah lesap.

Aku diam tak terkata.. pulang kerumah ibu memujukku supaya redha saja sementara abah hanya diam. Namun ku tahu dia sedang memikirkan sesuatu. Buat seketika aku rasa amat kehilangan. Ketika termenung didepan tv, tersiar berita mengenai berita kehilangan adik Sharlinie yang masih belum dijumpai. Aku cuba bayangkan bagaimana perasaan ibunya kehilangan benda yang bernyawa yang tidak mungkin mampu diganti kembali jika apa-apa berlaku pada anaknya sedangkan aku kehilangan benda yang boleh diganti kembali bila-bila masa.

Jutaan kesyukuran ku panjatkan pada Allah kerana menyedarkan aku. Kekadang kita menyangka nikmat Allah adalah milik mutlak kita tanpa pernah kita terfikir ia akan kembali pada Allah suatu hari nanti. Petang itu,kerana tidak mahu memikirkan apa yang berlaku. Aku mengikut ibubapaku ke bandar Kota Bharu untuk membeli barang.

Sebelum itu kami singgah di masjid Muhammadi untuk bersolat Asar dan airmataku mengalir waktu mengerjakan solat dimasjid yang cukup tenang ini. Ku berdoa pada Allah agar menenangkan diriku menghadapi kehilangan itu. Dan malam itu aku tidur tanpa handset disisi.

Tiada lagi mesej dari Faiz, Shida, Adleen dan lain-lain. Aku rasa terlalu canggung dengan suasana itu. Ku rindukan handset pertamaku itu hingga ke hari ini namun pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Innalillahi wainnailaihirajiiun..

 

  Kenangan


Komen


"Aku, handset dan tanggal 15 Januari 2008" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re. Aku, handset dan tanggal 15 Januari 2008
oleh PUTERI_FUZA ([email protected]) pada Khamis, 23 Oktober 2008 @ 13:47:22
(Info AHLI)


Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan...
Tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re. Aku, handset dan tanggal 15 Januari 2008
oleh iNsaN_hiLaNg pada Sabtu, 22 November 2008 @ 8:35:46
(Info AHLI)


semoga digantikan dengan yang lebih baik...
sabar ea..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07778 saat. Lajunya....