Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
 Posted on Rabu, 17 Oktober 2007 @ 9:10:53oleh istisafa
Umum hubbud_jariah menulis Kehidupan di bumi sakura ini sebenarnya banyak menguji keimanan dan jati diri saya sebagai seorang muslim. Sedar atau tidak kehidupan kami (saya dan rakan-rakan) banyak dipengaruhi oleh cara hidup dan sifat-sifat nihonjin (orang Jepun). Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa ciri yang saya rasa patut dicontohi oleh semua orang terutamanya orang melayu kita.

Ciri-ciri yang patut dicontohi

1.MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi. Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.
Allah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

2.MENJAGA KEBERSIHAN
Kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat saya sanjung pada masyarakat Jepun ini. Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki (stesen keretapi), kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Walaupun ada pekerja yang membersihkannya tetapi pada pendapat saya hal ini mustahil berlaku tanpa kerjasama dari orang ramai. Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.

3.JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Kadangkala saya sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar rumah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya, tapi alhamdulillah selamat. Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes ragut. Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini saya sentiasa berasa selamat walaupun kadangkala terpaksa berjalan seorang diri.

4.RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam, sambil menunggu densya, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.

5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB
Sifat yang paling saya salute dan tabik pada masyarakat Jepun. Tak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, driver bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.

6.SISTEMATIK
Ini sifat yang amat saya kagum. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur. Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan (bunbetsu). Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.

Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.

Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat lain tapi cukuplah saya senaraikan setakat di atas saja.Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk membangga-banggakan Jepun atau merendah-rendahkan negara sendiri. Tapi sekadar berkongsi akhlak-akhlak baik yang terdapat pada masyarakat Jepun ini yang boleh kita contohi dan kita jadikan ikutan. InsyaAllah mana yang baik kita ambil dan jadikan contoh ikutan. Kerana akhlak-akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.

Seringkali terbayang di fikiran saya, kalaulah negara sehebat Jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia, mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu....
Jazakallah....

 

  Umum


Komen


"Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi" | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
oleh sakuraku pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 17:34:59
(Info AHLI) http://sakuraku.blogspot.com


salam...
saya setuju dengan artikel yang diberi...
saya baru menjejakkan kaki di bumi sakura ini lebih kurang 3 hari... dan apa yang di tulis oleh penulis adalah benar belaka....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
oleh muslimah_aLfA (abcd) pada Khamis, 18 Oktober 2007 @ 1:28:15
(Info AHLI)


salam..
memang tak dinafikan negara jepun sebuah negara maju..
dan ana amat setuju dengan artikel di atas..
alangkah bgusnya kalau masyarakat melayu dididik dan ditarbiyah sprt masyarakat jepun..
sebaik-baiknya kita mncontohi masyarakat jepun yang punyai akhlak dan nilai2 moral yang baik..
insyaAlah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
oleh nurhikari pada Khamis, 18 Oktober 2007 @ 22:37:18
(Info AHLI)


ana setuju sesangat...seolah duduk di bumi sakura ini lebih aman daripada negara sendiri..tak takut jalan sesorg waktu mlm lepas balik sekolah..
tapi yang paling ana kagum adalah layanan pekerja/org pejabat/pelayan restoran terhadap pelanggan mereka,bagi mereka pelanggan adalah raja yang mesti mendapat layanan yang baik...bila ana minta tolong sikit,kecoh satu opis nak tolong settle kan...kandou kandou (kagum2)
kalau Malaysia yang mncapai negara maju,bukan pembangunan bangunan pencakar langit yang perlu diubah,tapi sikap rakyat yang perlu sistematik dan konsisten terhadap sesuatu perkara..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Ciri-ciri Islam dalam masyarakat Jepun..
oleh maqnawie pada Jumaat, 19 Oktober 2007 @ 17:55:46
(Info AHLI)
basmallah...

salam...

tuan puan yang mulia.sebenarnya amalan di negara Japan adalah ciri- ciri yang mulia yang terdapat dalam amalan pada zaman kecemerlangan Islam pada masa pemerintahan nabi Muhammad SAW..
tidak mustahil bagi Allah untuk mengubah bangsa, masyarakat, negara menjadikan amalan mulia sebagai satu cara hidup mereka..

dan sepatutnya amalan yang ada pada Nabi SAW dan para sahabat ra itu dapat diamalkan dan dihidupkan pada diri saya dan tuan puan..

dan atas kelemahan iman yaken dan amal soleh orang Islam pada hari ini di zaman mukhtahir ini, maka Allah menaikkan identiti Islam kepada bangsa lain yang tidak beragama Islam, yang tidak beriman kepada Allah..natijahnya; kita rasakan amaln mereka (org yang tidak brimann itu)lebih mulia dan terlebih baik daripada amaln org Islam sendiri...

Kenapa Allah hina dan jatuhkan martabat orang-orang Islam?Kenapa darjat keagungan dan kecermelangan Islam telah terpinggir?

bila mana iman dan amal seseorang Islam itu tidak sempurna malah ada yang memniggirkannya, maka Allah telah letakkan ketakutnan org Islam kepada org bukan Islam..dan Allah telah letakkan sifat keberanian org bukan Islam untuk melawan dan menjajah org-org Islam dan menaklukinya..wallahu'alam

semoga Allah ampuni saya dan tuan- puan atas dosa dan maksiat yang kita lakukan...

tasbih kaffarah...

salam...
]


Re: Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
oleh petok pada Rabu, 14 November 2007 @ 19:39:17
(Info AHLI)
wah....bagus lah banyak juga sifat orang-orang jepon patut kita contohi ek....
bagus artikel macam ni..
dapat naik semangat anna untuk terus maju dalam hidup...
insyallah.....
takbir...ALLAHUAKHBAR!!!
]

Re: Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
oleh ummusafiah pada Isnin, 11 Februari 2008 @ 7:59:14
(Info AHLI)


aduhhh!bestnya...seperti yang d war2kan..
teringin pula nak menjejak kaki ke jepun...
Hmm moga-moga kita boleh aplikasi dan belajar sstu dr sini
nak rajin2 membaca macam org jepun :-P,
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.169582 saat. Lajunya....