Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 16 jam, 53 minit yang lalu
isa777_musa: 21 jam, 35 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu

Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah
 Posted on Jumaat, 03 Ogos 2007 @ 20:10:27oleh istisafa
Umum faizatuzzahrah menulis Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah saya?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan saya dan saya adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah saya?". Lalu nafsu berkata, "saya adalah saya, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah saya?". Lalu nafsu berkata, "saya adalah saya dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah saya?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " saya adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab jika nafsu yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.

 

  Umum


Komen


"Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah
oleh srikandi_khaulah pada Selasa, 14 Ogos 2007 @ 16:44:14
(Info AHLI)


patutlah Rasulullah s.a.w bersabda yang jihad paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah
oleh oasyse pada Ahad, 19 Ogos 2007 @ 18:06:13
(Info AHLI)
oleh itu..
kita selaku hamba Allah dan umat nabi Muhammad hendaklah selalu berdoa supaya dijauhkan dari keburukan hawa nafsu, akhlak, dan sifat.....
]

Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah
oleh zainul ([email protected]) pada Rabu, 15 Ogos 2007 @ 7:22:16
(Info AHLI)


Betul.... ana pernah mangalaminya...

Terlalu sukar mangharungi hidup saat itu....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080002 saat. Lajunya....