|
Sajak: Peringatan buatmu dan diriku
|
|
 |
Posted on Isnin, 26 Februari 2007 @ 9:24:55oleh istisafa
|
|
|
Kembara_sufi menulis WAHAI DIRI.. MENGERTILAH…. Diriku, Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulatNya, Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..
Diriku… Seringkah kau mencari jalan Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..? Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyukmu kurang Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya Terlalu banyak kurang dan salahmu..
Diriku.. Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku… Pada nawafil dan amalan sunat Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu Pada qiamullail di keheningan malam Bersama bisikan doa dan munajatmu Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya Di situ ada bekalnya.. Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie
Diriku.. Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat Ada ketenangan dan kekuatan
Diriku.. Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu Namun rasailah kekerdilan dirimu Di hadapan kudrat dan iradatNya PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
|
|
| |
|
|
|
|
|
Karya
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Karya:
Air mata cintaRecent News About Karya:
Misc
|
|
|
Komen
oleh Imaniera pada Jumaat, 06 April 2007 @ 14:19:34
(Info AHLI)
kembara sufi....
dirimu cukup berbakat. dirimu mampu mengembara lebih jauh. diriku menanti karyamu yang seterusnya.
oleh cute_unlimited pada Isnin, 16 April 2007 @ 0:27:53
(Info AHLI) http://www.friendster.com/4900187/
kembara Sufi....
nukilan mu seindah namamu...
peringatan untuk dirimu dan diriku...
dibisikkan ke telingaku dan dihembus ke hatimu...
teruskan usaha mu...
oleh sout pada Rabu, 02 Mei 2007 @ 10:14:16
(Info AHLI)
alhamdulillah...