Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 6 hari yang lalu

Pengorbanan seorang ibu
 Posted on Khamis, 23 November 2006 @ 18:11:42oleh istisafa
Kenangan ateh03 menulis Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

 

  Kenangan


Komen


"Pengorbanan seorang ibu" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh rifhan pada Sabtu, 25 November 2006 @ 18:51:18
(Info AHLI)


Maha Suci Allah...mulianya hati seorang ibu..
Semoga ianya dapat memberi iktibar kepada kita semua..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh ulfah_widad pada Ahad, 26 November 2006 @ 9:59:06
(Info AHLI)


Kasih ibu sentiasa mengiringi anak2nya. Kebahagiaan anak2 lebih diutamakan melebihi kebahagiaan dirinya sendiri.
Oh Ibu, Engkaulah ratu di hati anak2mu...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh perak ([email protected]) pada Selasa, 28 November 2006 @ 18:26:21
(Info AHLI) http://redzx.multiply.com/


sayangilah ibu anda slgi mereka masih ada...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh qudwah ([email protected]) pada Selasa, 28 November 2006 @ 21:57:58
(Info AHLI)


mulianya hati seorang ibu....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Rabu, 13 Disember 2006 @ 21:02:02
(Info AHLI)


wah..bez gila cerita ni.rasa nak nangis lah..tak sangka mak dia sanggup lakukan pengorbanan yang sebesar ni demi anak dia..subhanallah!!! lain kali buat lah cerita yang begini lagi ye..banyak pengajarannya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh irfanshah pada Isnin, 18 Disember 2006 @ 0:28:45
(Info AHLI)
Oh ibu...
Rasanya tak terbalas segala jasamu ini...
Ya Allah Ya Tuhanku...semoga aku dapat membalas segala jasa ibu bapaku ....
Ya Allah ...kabulkanlah doa hambamu ini
]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh alexander pada Khamis, 03 Mei 2007 @ 20:09:46
(Info AHLI) http://www.wardatulmusfirah.blogspot.com/


Kasih ibu bawa ke syurga...itulah besarnya pengorbanan seorang ibu......mak..rindu mak sangat-sangat......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh annynatasha88 ([email protected]) pada Isnin, 18 Jun 2007 @ 22:28:16
(Info AHLI)


kasih ibu tiada tandingnya...pengorbanan yang cukup besar dan benar-benar bermakna..harap satu hari nanti,saya juga menjadi ibu yang baik yang menyayangi anak2nya dan keluarga saya...insyaALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh alexander pada Sabtu, 18 Ogos 2007 @ 5:33:03
(Info AHLI) http://www.wardatulmusfirah.blogspot.com/


Assalamualaikum....


Begitulah pengorbanan seorang ibu....sanggup berduka...bersusah payah demi anak2nya....

    baru-baru ni hari ulang tahun kelahiran arwah mak...iaitu pada 5/8/07....rasa macam sekejap saja masa berlalu...dah 2 tahun lebih arwah mak pergi....

Tanpa seorang ibu disisi..hidup ini dirasakan kurang..terasa kekosongannya...apatah lagi ketika berduka...kecewa...begitu rindukan kata-kata azimat seorang ibu.....bila dirasakan orang lain makin jauh dari kita...rindukan bisikan suara ibu yang mendamaikan.....yang menyejukkan hati....

HAri raya nanti...raya yang kali ke 3 tanpa arwah mak....perasaan ketika menziarahi kubur arwah mak....mmmm...moga mak damai dan bahagia disana....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh PerMataHiJau pada Ahad, 04 November 2007 @ 23:44:55
(Info AHLI)


Sedih dan menginsafkan...semoga saya dapat menjadi anak yang menyenangkan hati ibu dan juga ayah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pengorbanan seorang ibu
oleh sinyak ([email protected]) pada Selasa, 16 Disember 2008 @ 23:03:04
(Info AHLI) http://www.sinyak.co.cc/
bunda aku menyayamgi mu...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081131 saat. Lajunya....