Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 5 hari yang lalu

Mencari cinta sejati
 Posted on Khamis, 26 Oktober 2006 @ 8:38:17oleh istisafa
Umum nursyahadah_86 menulis Mencari cinta sejati?.siapakah yang benar-benar mencintai kita?

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.

Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi
merasai senang dan susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi
penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya,
sebagai ganjaran buat hambaNya itu..
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong,
dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa
dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan
apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara
hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup
berbuat apa sahaja keranaNya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan
lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan,
Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap
Allah lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah bangun
malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan
kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan
kekasih hati, dia bermujahadah
(melawan kehendak nafsu) menolak ajakan
kekasihnya kerana mengutamakan
larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia
beriman kepada Allah,
bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan
kebajikan, sabar,
bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan
agama melakukan ibadah yang
fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan
saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan
menjaga batas-batasnya (),
saling beri-memberi kerana Allah demi
keredhaanNya.
Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan
kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang
dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan
mulia di Akhirat.

Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran
kepada orang yang
sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan
danberakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang
sabar."
( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebajikan."
( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan mencintai orang-orang yang
mensucikan diri."
( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )

Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah
kerana mendapat
perhatian,cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan
mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang
mencintainya turut mendapat kecintaan daripada
Allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup
bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.
Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang
abadi.

Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan
Tuhan yang Maha Pencinta itu.
Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.
Agar cinta kita berbalas, bercintalah
denganNya,Tuhan yang Maha
Pencinta itu dengan curahan cinta agung.
Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa
dariNya.
Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati
balasan cintaNya.

Rasulullah pernah bersabda :-
Cintailah sesuatu itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu
pada suatu seketika
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..
berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu
pada suatu ketika.

 

  Umum


Komen


"Mencari cinta sejati" | Login/Mendaftar | 15 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Mencari cinta sejati
oleh bintubahariyah ([email protected]) pada Sabtu, 28 Oktober 2006 @ 17:55:33
(Info AHLI) http://www.bintubahariyah.blogspot.com/


syukran..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mencari cinta sejati
oleh Nilam_sejati pada Sabtu, 30 Disember 2006 @ 20:44:57
(Info AHLI)
hanya Allah mengetahui isi hatiku..
]


Re: Mencari cinta sejati
oleh Mas_elliana pada Sabtu, 13 Januari 2007 @ 14:48:44
(Info AHLI)
Smmgnya benar & tulus cinta terhadap Illahi..
]

Re: Mencari cinta sejati
oleh sahabat_nurani pada Selasa, 31 Oktober 2006 @ 14:43:06
(Info AHLI)


salam...

syukran diatas tazkirah...
saya setuju dengan artikel tersebut.
semoga ia akan menjadi panduan buat kita...
semoga kita semua dalam redhaNYA...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Mencari cinta sejati
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Jumaat, 03 November 2006 @ 21:04:11
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


cinta yang sejati hanya cintakan Illahi..cinta ayahbonda tulus suci selamanya..cintakan saudara masa berada hanya sementara..cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan...=)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Mencari cinta sejati
oleh najeeh pada Isnin, 06 November 2006 @ 15:36:52
(Info AHLI)


cintailah Allah..
sesungguhnya dia tidak akan mnegecewakan hambaNya
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mencari cinta sejati
oleh nurhaida ([email protected]) pada Rabu, 15 November 2006 @ 8:53:53
(Info AHLI)
Syukran...
Cinta Allah cinta yang kekal abadi...semakin kita mendekatkan diri kepada-Nya semakin dekat Dia dihati kita.InsyaAllah.
]

Re: Mencari cinta sejati
oleh azzahrah pada Rabu, 15 November 2006 @ 13:30:12
(Info AHLI) http://-/


mengenali cinta Allah
menyedarkan kita
betapa kerdilnya cinta manusia
mengenali cinta Allah
takkan pernah kita kecewa..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mencari cinta sejati
oleh mza5102 pada Rabu, 22 November 2006 @ 10:44:51
(Info AHLI)
cintailah Allah..
sesungguhnya dia tidak akan mengecewakan hambaNya...
]

Re: Mencari cinta sejati
oleh bdksmile82 ([email protected]) pada Jumaat, 17 November 2006 @ 15:35:19
(Info AHLI)


cinta yanga tiada akhir...
ingat bertapa bahagia mencintai NYA...
renungan bersama..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mencari cinta sejati
oleh izzahtulsakinah pada Jumaat, 15 Disember 2006 @ 15:09:15
(Info AHLI)
Cinta yang kekal abadi..
Begitulah berkasih dan bercinta denganNya..

Bahagiannya kekasih ALLAH
Sentiasa dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya.
Begitulah berkasih dengan Allah.
Tak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah
tetapi dilindungi dengan cobaan & ujian tidak berkesudahan..
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang kita padaNya

cintakan manusia ,manusia akan meninggalkan kita...
cintakan harta harta,harta akan habis...
cintakan ALLAH..DIA sentiasa berada disisi kita penuh keiklhasan tanpa darjat dan rupa..
]

Re: Mencari cinta sejati
oleh cahayakuiman pada Sabtu, 25 November 2006 @ 17:01:28
(Info AHLI)


cinta itu hakikatnya adalah milik Allah swt..
DIA memberikan dan mencampakkan perasaan kasihsyg dan cinta dm hati manusia.agar memeliharanya dengan baik..
mengenali TUhan bermakna mengenali cinta sejati dan hakiki.
CInta manusia tak selalunya bahagia,,
namun cinta pada Allah...kebahagian akan menjelma..
memberi dan menerima cinta dr manusia kerana ALLAH ..
itulah akan melahirkan cinta abadi bersama Pencipta cinta itu...hanya padaNYA lah segala cinta tertumpah bgi semua makhluk di bumi ini...kerana DIA lah lahir cinta pada manusia,alam dan selurh isi bumi...hanya padaNya kita berserah agar dikurniakan cinta sejati lhir dr hati yang suci krnNYa..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mencari cinta sejati
oleh nazran7 pada Isnin, 27 November 2006 @ 18:58:07
(Info AHLI)
CINTA ALLAH...
SENANG MENYEBUT CINTA..
TAPI BILA MENYEBUT "DENGAN NAMA ALLAH"..
APA yang DAPAT KITA rasa....
ADAKAH rasa TAKUT?... KALAU TAKUT.. ADAKAH TAKUT ITU CINTA?..
JADI CINTA ITU BAGAIMANA?...
]

Re: Mencari cinta sejati
oleh Khazinatul_asrar92 ([email protected]) pada Rabu, 13 Disember 2006 @ 7:39:48
(Info AHLI)


Dalam hidup ini kita ada Allah untuk dicintai....
CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mencari cinta sejati
oleh saifuddin_92 pada Jumaat, 15 Disember 2006 @ 15:23:33
(Info AHLI)
Cinta Allah adalah cinta hakiki.Marilah kita menyerahkan jiwa dan raga kita kepada Allah untuk menemui cinta sejati.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086183 saat. Lajunya....