Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

Rahsia khusyuk dalam solat
 Posted on Rabu, 06 September 2006 @ 11:52:49oleh istisafa
Tazkirah atma menulis Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimankah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu bersolat saya berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1.    Bertaubat
2.    menyesali dosa yang dilakukan
3.    tidak tergila-gilakan dunia
4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5.    tinggalkan sifat berbangga
6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.    meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian saya pergi ke masjid. saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan saya mula bayangkan pula bahawa saya seolah-olah berdiri di atas titian “Sirratul Mustaqim” dan saya menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian saya ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, saya bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya solat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.”

 

  Tazkirah


Komen


"Rahsia khusyuk dalam solat" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Rahsia khusyuk dalam solat
oleh adeqzinnirah ([email protected]) pada Rabu, 06 September 2006 @ 14:41:26
(Info AHLI)


Betapa rendahnya solat kita.......
mudah-mudahan kita mampu solat seperti itu.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Rahsia khusyuk dalam solat
oleh ulfah_widad pada Khamis, 07 September 2006 @ 11:45:04
(Info AHLI)


Ramai yang tahu wudhu zahir tapi wudhu batin, jarang orang yang ambil tahu...artikel yang berguna untuk memperbaiki solat kita seharian...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Rahsia khusyuk dalam solat
oleh noorsyahadah (smiley_cute:)) pada Rabu, 13 September 2006 @ 22:24:44
(Info AHLI)
Solat adalah tiang agama. Solatlah perkara utama yang bakal dipersoalkan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.Andai solat kita sempurna maka, amalan lain kita pun diterima. Andai solat kita tak sempurna maka amalan lain kita juga tidak berguna. Tanda-tanda orang yang cemerlang itu salah satunya ialah dia khusyuk dalam solatnya. Beerti, dia menjaga solatnya..Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita moga Allah menerima segala amal ibadah kita..Wallahua'lam.
]

Re: Rahsia khusyuk dalam solat
oleh eme86 ([email protected]) pada Khamis, 14 September 2006 @ 13:40:52
(Info AHLI)


baguslah.......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Rahsia khusyuk dalam solat
oleh lisa_solehah pada Isnin, 25 September 2006 @ 16:50:52
(Info AHLI) http://cinta-ilahi.blogdrive.com/


Itu solat ahli ibadah di zaman dahulukala, kita di zaman jahiliyah moden ini memang payah untuk kita melakukannya. Lisa sendiri belum mengecapi solat yang yang benar-benar lazat bagi diri lisa. Malahan, ada juga diantara kita yang tanpa perasaan berdosa, meninggalkan solat begitu sahaja. Ramai juga yang melihat solat sebagai perkara yang remeh dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Itu baru dinamakan solat fardhu lima waktu, bayangkanlah jika kita disyariatkan untuk bersolat 50 waktu. Betapa besar jasa Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya iaitu kita sehingga kita diberi lima solat fardhu sehari semalam namun masih ada juga yang leka dalam menjalankannya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076357 saat. Lajunya....