|
Kisah burung pipit
|
|
 |
Posted on Isnin, 17 Julai 2006 @ 8:33:59oleh istisafa
|
|
|
buDaak_baik menulis Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.
Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air? Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja? Burung : Saya tahu. Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu? Burung : Saya tahu wahai pemuda. Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu? Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaran itu, saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu. Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia. Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh nooriesha ([email protected]) pada Selasa, 18 Julai 2006 @ 12:07:58
(Info AHLI)
bagus kisah inie, dia dapat memberi pengajaran kepada manusia sekarang ini jangan hanya melihat kesusahan orang lain tapie bantulah setakat kemampuan kita.....
oleh skater (tak baik menipu) pada Rabu, 08 November 2006 @ 9:51:26
(Info AHLI) http://skater.biz.ly/
menarik
oleh NurSal pada Jumaat, 15 Disember 2006 @ 16:19:23
(Info AHLI)
Ya banyak pengajaran sekali kisah ni..kita sedar setakat mana kemampuan kita dan berusaha menolong sesiapa mengikut sekadarnya dan niat ikhlas krnNYA.
oleh dollah pada Sabtu, 12 Januari 2008 @ 18:26:49
(Info AHLI)
sangat memberi motivasi kepada kita untuk membuat kebajikan...
apa yang penting, kita haruslah ikhlaskan niat kita dalam apa jua yang kita lakukan... satu perkara yang harus diingat, allah tidak memandang akan hasil dari satu perkara yang kita lakukan, tetapi allah memandang kepada usaha dan keikhlasan kita dalam melakukan suatu perkara...