Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 104
Ahli: 0
Jumlah: 104




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

Muslimah Hari Esok
 Posted on Selasa, 06 Jun 2006 @ 13:30:38oleh istisafa
Tazkirah iftihakim menulis MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.J angan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

 

  Tazkirah


Komen


"Muslimah Hari Esok" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Muslimah Shalihah
oleh jundulloh ([email protected]) pada Selasa, 06 Jun 2006 @ 18:23:12
(Info AHLI)


Masa depan yang baik
kita boleh nampak pada para pemudanya
pemuda yang baik siap menanggung amanah
amanah masa depan yang berat


Pemuda yang baik
kita boleh nampak pada kepribadian mereka
Kepribadian yang dibentuk oleh pendidikan
Pendidikan yang dibentuk oleh lingkungan
Lingkungan masa sekarang ini


Masa sekarang yang baik
kita boleh nampak pada wanitanya
wanita yang baik mendidik budak dengan baik
Wanita yang baik itulah muslimah
Wanita yang baik itulah mu'minah
Wanita yang baik itulah qanitah
wanita yang baik itulah taaiabah
Wanita yang baik itulah 'aabidah
Wanita yang baik itulah saaihah
Wanita yang baik itulah tsayyibah


Wallahu a'lam

Salam dari Indonesia
Ana dari bandung
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Muslimah Hari Esok
oleh aieyda ([email protected]) pada Rabu, 07 Jun 2006 @ 23:09:29
(Info AHLI) http://www.d6pa.cjb.net/


jagalah pandangan mata supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari,akhlak rasulullah jadikan pegagan dan panduan,jagalah kehormatan diri,tanpa ilmu kita akan dipandang rendah..walaupun ada ilmu tapi tiada berakhlak tiada gunanya kerana kita wanita penuh dengan sopan santun dan budi bahasa..

jadilah muslimah yang berakhlak mulia dan berpegang teguh pada ajaran agama,insya allah hidup akan bahagia..segala dugaan dan ujian dariNya tabah menghadapinya tanpa sebarang keluh kesah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Muslimah Hari Esok
oleh syauqahaziqah ([email protected]) pada Rabu, 14 Jun 2006 @ 18:48:56
(Info AHLI)


kebanyakkan hari ni wanita ramai yang tidak mempedulikan ttng aurat
mereka sebenarnya membalut aurat bukannya menutup aurat
terlalu banyak fitnah ttng wanita di muka bumi ini
tabarruj juga menjadi perkara yang biasa di kalngan wanita islam malah menganggap itu merupakan tuntutan zaman.up to date
sedarlah wanita merupakan penghuni neraka yang paling ramai
sedih melihat dunia hari ini
tiade lagi bi'ah islamiyyah
maksiat di sana sini
sudah banyak bala yang Allah turunkan untuk peringatan
namun hati manusia terlalu keras untuk melihat kebenaran

wallahu'alam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Muslimah Hari Esok
oleh mas2ra pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 14:04:25
(Info AHLI)


ALLAHualam... syukran jazilan iftihakim...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Muslimah Hari Esok
oleh iftihakim pada Isnin, 26 Julai 2010 @ 11:16:52
(Info AHLI)
Afwan...
Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07714 saat. Lajunya....