Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 243
Ahli: 0
Jumlah: 243




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Sajak: Dialog dua puteri
 Posted on Jumaat, 26 Mei 2006 @ 10:18:19oleh istisafa
Karya AsFaRiNa menulis Puteri I :
Wanita,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gersang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya kau wanita

Puteri II :
Wanita,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Menampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Puteri I :
Wanita,
Padamu lelaki memanggil bonda,dinda dan puteri
Keranamu dapur rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hampar pada insane
bergelar suami
Bakti kau hulur megaburi cita-citamu
Kudus hatimu wanita

Puteri II :
Tidak wanita,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
untuk anak dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlumembentuk watan berhati insane
Jangan biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah wanita persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang

Puteri I :
Namun wanita,
Mampukah khudratmu menongkah arus
Menabur bakti diluar kepompong duniamu
Kau insane berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu setipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berdayakah engkau wanita

Puteri II :
Wanita,
Mengapa engkau sangsi dengan upaya diri
Pastinta tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Bukankah rahim lembutmu yang
mengandungkan lelaki waja
Bukankah tangan lembutmu yang
mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah wanitac.
Kau mampu berganding menjadi
benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal Penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Puteri I dan II :
Ya wanita,
Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu
dan nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau
melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya
di dapur tapi di medan tempur
Bangunlah wanitac
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang
cemerlang, gemilang,dan terbilang
Bukan pak kadok yang bersorak bangga
tapi kampong tergadai

Annor Aida Hashim

 

  Karya


Komen


"Sajak: Dialog dua puteri" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Dialog dua puteri
oleh hanif ([email protected]) pada Isnin, 03 Julai 2006 @ 10:11:04
(Info AHLI)


kuatkan lah diri menghadapi dunia hari ini..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078133 saat. Lajunya....