Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 22 hari yang lalu
nur_takwa88: 27 hari yang lalu
kismis: 28 hari yang lalu
qaulah_atrah: 39 hari yang lalu
muaz9768: 43 hari yang lalu
Rashdin: 49 hari yang lalu

Nikmat yang didustakan
 Posted on Isnin, 22 Mei 2006 @ 12:30:50oleh istisafa
Tazkirah almumtahanah menulis Ia dikaitkan dengan kebebasan dan kemudahan untuk bergerak. Membawa empunya diri ke mana dan sejauh mana yang termampu olehnya. Destinasinya mengikut keinginan hati, menurut apa yang terdetik di sanubari. Jika dipandu dengan nafsu terarahlah ia ke tempat maksiat.

Dibimbing dengan ilmu dan akal melangkahlah ia ke taman ibadat. Itulah kaki, menjadi tiang pengampu badan. Nikmat besar anugerah Tuhan.

Tanpanya terasa sempit sungguh dunia. "Ah... Alangkah bagusnya kalau ada kaki...bebas ke sana..ke sini...ah, kalaulah.."
Begitu kata hati orang yang kecewa dengan Pencatur Alam. Namun begitu, tidak dinafikan ada segelintir yang berjiwa besar. Redha dengan apa yang dianugerahiNya. Kerana baginya disebalik setiap kejadian terselit hikmah yang hanya Allah mengetahuinya.
    
Malangnya bagi mereka yang sempurna anggota badan sekiranya tidak pernah menyoal diri, "Bagaimana kalau aku tidak mempunyai kaki..?" Lalu dibawa kaki berjalan mengikut kehendak hati. Maka beradalah ia di tempat-tempat yang sarat dengan kemungkaran.
Kaki-kaki menjadi saksi di banyak pusat hiburan. Menjadi saksi di taman-taman bunga, di situ bergelandangnya maksiat yang menjamin kemurkaan Allah. Bagi wanita pula, tumit yang lebih tinggi lagi bagus. Jalannya menarik perhatian insan-insan bernama lelaki. Lagi kuat berbunyi keletuk..keletak.. lagi baik.

Justeru itu wahai sahabat, bawalah kaki itu ke masjid-masjid. Seretlah ia untuk bersila di majlis-majlis agama. Berziarahlah ke rumah-rumah sahabat agar terjalin ukhwah islamiyyah. Kunjungi tempat sepi di mana perginya mereka yang telah pergi meninggalkan kesibukan dunia. Ziarahi mereka yang zahirnya tidak cukup sempurna. Singgahlah ke rumah orang yang telah dimamah usia walaupun hanya memberi salam dan bertanya khabar. Bawalah diri bertamu di rumah anak-anak kecil yang ditinggalkan, bekalkan sekelumit kasih sayang untuk mereka. Semoga dengan rahmat Allah lahir rasa keinsafan dan ketenangan.
        
Pergilah ke mana sahaja dan carilah iktibar bagi diri yang sering lalai dan lupa untuk bersyukur di atas anugerah Tuhan. Kerana di akhirat nanti akan ditanya "Ke mana kau bawa kakimu ke hari sekian..sekian.." Dan janganlah kesal, usahlah kaget jika tiba-tiba mulutmu bisu, lidahmu dipateri kaku, lalu kakimu menjadi saksi! Berkata-kata dengan fasih mengenai apa saja perlakuan diri.

Maka kasihilah kakimu kerana ia adalah sebahagian dari dirimu. maksud firman Allah di dalam surah Arrahman:    
"Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dioegang ubun-ubun dan kaki-kaki mereka. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan."

 

  Tazkirah


Komen


"Nikmat yang didustakan" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Haiwan lebih bersyukur dari manusia
oleh jundulloh ([email protected]) pada Selasa, 06 Jun 2006 @ 0:04:14
(Info AHLI)


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Nikmat yang didustakan
oleh siswa ([email protected]) pada Selasa, 27 Jun 2006 @ 3:41:31
(Info AHLI)


Baguslah... membawa keinsafan dan brtambah syukur.
Brguna di print dan dibacakan pada anak-anak. :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079946 saat. Lajunya....