Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 169
Ahli: 0
Jumlah: 169




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Sajak: monolog seorang hamba..
 Posted on Rabu, 17 Mei 2006 @ 10:40:40oleh istisafa
Karya sephia menulis kubukan penyair agung..
ku juga bukan sasterawan terbilang..
ku hanya diriku..gembiraku..hibaku..hanya ku..
Ya…hanya diriku...yang tahu…

Tegak tinggi pepohon melambai..hatiku tertanya..
Mengapa tinggi menggapai awan..

Memikir indah mutiara tenggelam..
Mengapa terdampar di perut lautan..
Terpegun ralit melihat bulan..
Mengapa jauh tak tergapai tangan..

Monologku sendiri..
Kenapa ku tercipta..
Kenapa ku ada didunia..
Kenapa ku dicuba…Kenapa saya menderita..
Kenapa ku dibiar sengsara..Kenapa daku jadi pilihanNya...
Kenapa ku terus dihambat anakdot lalu..
bukankah semalam adalah kenangan?
Kenapa ku lain aturannya..
Kenapa ku berbeza rentaknya.
Kenapa ku sonsang jalannya..

ssyhhh…ku tak perlu bertempik gila..
ku sendiri tak kuasa meraung hiba…
kerana ku tahu…
yang pastinya ku terlalu tahu…
fitrahnya..
alasannya..
relevannya…

ya Rahman…ku yang lemah ini…
munajatku..doaku..zikirku..tahmidku…hanya untukMu..
lantas ku serahkan segala..juga hanya untukMu…
susahku..senangku..hidupku..juga matiku..
ku redha ketentuanMu…

 

  Karya


Komen


"Sajak: monolog seorang hamba.." | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: monolog seorang hamba..
oleh irhanan pada Jumaat, 19 Mei 2006 @ 14:55:27
(Info AHLI)


sephia...
monolog itu seakan mempersoalkan kejadian kita di dunia.
monolog itu seakan menyesali penderitaan.
memang adakalanya kita didatangi ujian yang berat..yang tak mampu kita pikul..hingga terasa amat derita dan mula bertanya pada Tuhan sekian banyak soalan berbentuk...Kenapa?

monolog itu mungkin hanya suatu puisi dan tak berkaitan dengan realiti. mungkin juga situasi yang benar-benar sedang dihadapi.
apapun, hanan doakan...semoga tabah menghadapi dugaan..dan temui jalan penyelesaian yang terbaik.ok.

salam ukhwah dari hanan.kalau salah tolong tunjukkan
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081149 saat. Lajunya....