Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 261
Ahli: 0
Jumlah: 261




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 22 hari yang lalu

Semarak Semangat Generasi Muda
 Posted on Rabu, 05 April 2006 @ 10:16:29oleh istisafa
Umum Faris_Ahlamiyy menulis Oleh: Esqandar Mazri Shaari (Faris_Ahlamiyy)

Suatu ketika dahulu, Islam mampu melebarkan sayap empayar di bumi Andalusia. Catatan historis ini dinukil di dalam sejarah Islam sebagai keagungan aspirasi taghyir (kemasyhuran) pemerintahan Khilafah Islamiyyah paling berjaya selepas zaman Khulafa’ lah-Rasyidin.

Ketika itu Eropah sangat susah untuk ditumbangkan kerana tamadunnya telah mencapai aras kebangunan peperangan yang terlalu tinggi, mencakupi taktik & strategi peperangan, akomodasi persenjataan dan sokongan dari pelbagai arah tamadun sekitarnya. Namun atas keizinan dari percaturan Maha Hebat Allah SWT, Islam berjaya dibuka dan diperkembang dengan luas.

Tercatat juga dalam rentetan sejarah tersebut wira yang bertanggungjawab melaksanakan taklif (amanah) ini, yang pasti kelicikan fikirannya, kekuatan semangatnya, ketundukan pada menyelesaikan taklif ini telah dilaksanakan dengan begitu sempurna, atau bicara lainnya panglima yang mengepalai armada tentera-tentera Islam untuk menakluki Kota Sepanyol.

Beliau ialah Sultan Muhammad al-Fateh. Pada seawal usia 18 tahun Sultan Muhammad al-Fateh telah dilantik sebagai panglima penggempur ke Andalusia. Armada yang terdiri dari ratusan kapal perang telah dibakar supaya semangat tentera-tentera Islam tidak luntur bahkan tidak berkesempatan untuk mengundur diri. Saat ketikanya sebelum peperangan, dikumpulkan kesemuanya lantas bertanya Sultan Muhammad al-Fateh kepada tentera-tenteranya;
“Siapakah dikalangan kalian sepanjang dari baligh sehingga kini tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu?” Maka terduduklah hampir sebahagian tentera-tenteranya, hanya beberapa ribu yang tampil kehadapan.

Lalu dari kelompok ribuan ini dipertanyakan persoalan selanjutnya; “Siapakah dikalangan kalian sepanjang dari baligh sehingga kini tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib?” Nyata persoalan ini menapis hampir keseluruhan dari ribuan tadi, yang tinggal hanya beberapa ratus sahaja. Sehingga akhirnya diajukan persoalan terakhir; “Siapakah dikalangan kalian sepanjang dari baligh sehingga kini tidak pernah meninggalkan qiyamullail?” Suasana hening dan sepi sebentar, lantas kesemua ratusan tentera tadi berundur, duduk dan tertunduk keinsafan.

Berdirilah Sultan Muhammad al-Fateh seorang diri menghadap ribuan tenteranya. Lalu peperangan dimulai dan Sultan Muhammad al-Fateh mara di barisan paling hadapan, bersedia untuk menggempur Kota Sepanyol, menerima panahan dari tentera-tentera Rom untuk membuka empayar Islam di Andalusia.
Menganjak nahdah (kebangkitan) generasi muda zaman ini yang telah cair dan hilang jati diri, matlamat dan prospek kehidupan adalah terlalu sukar kerana mereka enak berada di dalam zon yang terlalu selesa. Kesan dari globalisasi telah mewujudkan imperialisme pemikiran dan budaya, sehinggakan budaya keMelayuan Nusantara sendiri telah disanggah dan dinafikan, apatah lagi pencernaan sikap dan sifat mulia muslim seolah-olah hari ini dipandang sesuatu yang jelik dan ganjil.

Lantas generasi muda lesu dan disibukkan dengan keseronokan melampau sehingga segala pertimbangan dibuat atas dasar pengaruh yang santai. Inilah belenggu kongkongan mentaliti yang mesti dipecah, diberi vaksin penyembuh kesedaran bahawa mereka adalah tunggak pengharapan yang bakal menerajui negara kelak. Generasi muda hari ini dilihat gagal memajukan diri, membentuk suasana sirna, menguasai dan menghadami ilmu dan kemahiran, meneladani sejarah silam Tanah Air, menghayati suruhan dan batasan agama dan menghormati budaya.

Prof. Syed Hussein al-Attas menyifatkannya sebagai penyakit perhambaan mentaliti (the captive mind) yang menghambat kemajuan ummah. Kerunsingan sepatutnya timbul adakah generasi muda hari ini benar-benar mampu menjinjing tamadun Melayu Islam Nusantara untuk terus kekal sebagai tamadun yang wibawa. Sedangkan lintasan kejatuhan tamadun-tamadun terdahulu disebabkan oleh keadaan dan sifat generasi mudanya yang semakin kikis.

Memang telah nyata generasi pelanjut sesuatu tamadun jika diabaikan akan memutuskan kesinambungan tamadun dan terkubur sebagai tamadun yang telah lenyap. Allah SWT telah memberi amaran di dalam tanzil ayatnya yang berbunyi;
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah keadaan diri mereka.”

Sebahagian para mufassirin ada yang melontarkan penulisan bahawa mengubah keadaan itu sama maksudnya juga mengubah hati, jiwa dan fikiran. Mengubah keadaan hati dari amarah kepada taqwa, mengubah keadaan jiwa dari lesu kepada bangkit dan mengubah keadaan pemikiran dari jahil kepada ilmu. Dalam konteks generasi muda hari ini, ketiga-tiga elemen perubahan di atas tidak berlaku sekata, kerana itu kedapatan bermacam-macam masalah dan krisis dikaitkan dengan mereka. Dari gagal di dalam pelajaran, menjadi sampah masyarakat, terjebak dengan kehinaan, mengambil sesuatu yang tidak bermanfaat, ekspresi jiwa yang kecil dan penakut sehinggalah tidak terbentuk adab kesantunan budaya Melayu dan melanggar syari’at Allah SWT.

Sultan Muhammad al-Fateh adalah sebahagian dari ratusan generasi muda yang diangkat di dalam sejarah kerana berjaya memakmurkan pembawaannya. Justifikasi yang harus dinilai bahawa tokoh-tokoh muda yang dirakam dalam sejarah dunia sangat memiliki sifat-sifat agung sebagai seorang penjana dan penggerak kebangkitan. Tokoh-tokoh muda Islam berjaya mengadaptasi Islam kepada suasana dan masyarakat, tokoh-tokoh muda nasionalis berjaya membakar semangat juang negara dan tokoh-tokoh muda cendiakawan berjaya mempelopori dan mengamali ilmu.

Kesemua menghasilkan sesuatu yang memberi kermanfaatan sama ada perolehan untuk diri, ummah, agama, negara dan ilmu. Mereka tahu dan sedar peranan dicampakkan di dalam persekitaran disekelilingnya sehingga akhirnya mampu menggerakkan perubahan dan pembaharuan. Mekanisme paling berkesan membentuk tokoh-tokoh muda sebegitu adalah agama, diikuti oleh ilmu.

Generasi muda hari ini belum cukup kondusif dan komprehensif dengan kefahaman sempurna terhadap Islam sebagai agama dan belum cukup iltizam dan dominan mengungguli ilmu sebagai adab. Menjelang alaf baru pula, generasi muda ditimpa dengan krisis besar, azmah al-ummah (kepincangan ummah) yang sungguh mencabar. Generasi muda menghadapi krisis nilai, krisis akhlak, krisis ekonomi, krisis sosial dan krisis ilmu bahkan mudah tersungkur di antara salah satu krisis-krisis tersebut. Hendaklah ada di dalam jiwa generasi muda hari ini akan kebimbangan yang berat terhadap generasi seusianya yang terjerumus ke lembah kekalutan dan kehinaan.

Sungguhpun ada kebimbangan tetapi tiada proses pembaikan maka persekitaran akan semakin berat untuk dijana perubahan.
Semarak semangat generasi muda seperti Sultan Muhammad al-Fateh adalah teradun dengan beberapa keunggulan sebagai seorang yang matang. Generasi muda harus mengenalpasti dan menjauhi perkara-perkara bersifat kelesuan dan santai untuk membiasakan diri kental terhadap sebarang permasalahan. Mereka mesti berpandangan jauh, menyusun prospek dan matlamat dengan sempurna seterusnya melaksanakan tanpa jemu.

Konotasi inilah yang meruntun pembesaran jiwa generasi muda, mereka mampu berdiri sendiri dan mampu pula mengubah suasana dan membentuk trendsetting kepada perbaikan jika dicampakkan ke sesuatu tempat dan keadaan. Ringkas kata generasi muda adalah sebagai jurubicara masyarakat dan ummah, dirinya mampu mengasimilasi dan mengadaptasi Islam kepada persekitaran sekeliling. Harus juga diwaspadakan bahawa impak keberadaan di dalam zon yang terlalu selesa telah melahirkan generasi muda yang lepas tangan, mereka semacam telah dijangkiti sindrom talk but no action; hebat merencana penuh strategis, tajam bicaranya dan lebih mengetengahkan peribadi seorang advokasi iaitu hanya pandai memberi komentar tetapi gagal menunjukkan aksi dan perbuatan terhadap apa yang dilontarkannya.

Inilah penyakit kritikal segenap generasi muda, tidak mahu mengambil bahagian terhadap membina kebangkitan perubahan, hanya senang sebagai pemerhati dan pak turut. Lantas senang melalaikan diri dengan perkara yang bukan-bukan dan tiada kemanfaatan kepada umum. Ayuh generasi muda, bangkitlah semarak semangat untuk memulihkan kembali segala yang telah lesu.-Kerana Tuhan Untuk Manusia-

 

  Umum


Komen


"Semarak Semangat Generasi Muda" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Semarak Semangat Generasi Muda
oleh jundulloh ([email protected]) pada Selasa, 06 Jun 2006 @ 0:44:45
(Info AHLI)


Tak ada kebangkitan
Tanpa peran pemuda
Kerna mereka penyokong utamanya

Tak ada pemuda
tanpa peran taqwa
Kerna taqwa penyokong utamanya

Tak ada taqwa
tanpa peran iman
Kerna iman penyokong utamanya

Tak ada iman
tanpa peran amal salih
Kerna amal salih penyokong utamanya

Tak ada amal salih
tanpa peran ikhlas
Kerna ikhlas penyokong utamanya

Tak ada ikhlas
tanpa peran ilmu
kerna ilmu penyokong utamanya

Tuntutlah ilmu...!!!
Imam Syafi'i berucap
"Hidup pemuda
berisi ilmu dan taqwa."

Insya 4W1 kebangkitan ummah
akan segera terwujud nyata
di alam nyata
tak di bayang-bayang sahaja

Salam dari Indonesia
Ana dari bandung
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

betul-betul membuka minda saya
oleh siswa ([email protected]) pada Selasa, 27 Jun 2006 @ 4:00:07
(Info AHLI)


betul-betul membuka minda saya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Semarak Semangat Generasi Muda
oleh hanif ([email protected]) pada Isnin, 03 Julai 2006 @ 9:12:39
(Info AHLI)


Pemuda tiang negara,
Pemudi harapan bangsa..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079168 saat. Lajunya....