Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

RINDU!
 Posted on Khamis, 23 Mac 2006 @ 9:09:57oleh istisafa
Semasa ToK_iMaM menulis Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.

Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".

Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri.

 

  Semasa


Komen


"RINDU!" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: RINDU!
oleh aisyahusna pada Khamis, 23 Mac 2006 @ 23:06:46
(Info AHLI)


Sayunya kisah ni..tersirat banyak makna..harap pembaca dapat ambil iktibar..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: RINDU!
oleh nooriesha ([email protected]) pada Sabtu, 25 Mac 2006 @ 11:38:12
(Info AHLI)
bila baca rasa macam nak nangih juga...takut pun ada...betapa kerdilnya saya slalue alpa dengan kerja dunia....
]

Re: RINDU!
oleh ctMarz pada Jumaat, 31 Mac 2006 @ 11:50:13
(Info AHLI)


Em....sama-samalah kita menghayatinya & muhasabah diri kita sendiri......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: RINDU!
oleh aifarina pada Selasa, 04 April 2006 @ 22:25:36
(Info AHLI)


syahdu sungguh cerita ni.banyak maksud yang tersirat disebalik cerita ni. sama-samalah kita renung apa yang tersirat sebenarnya......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: RINDU!
oleh raudhah84 ([email protected]) pada Jumaat, 23 Jun 2006 @ 18:39:38
(Info AHLI) http://-/


subhanAllah...berapa ramai yang rindu untuk solat dengan hati yang ikhlas..berapa ramai yang rindu untuk bertemu dengan Allah...betapa Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' merindukan tangisan, zikir...bagaimana pula dengan solat2 sunat, dhuha, taubat, hajat...mereka juga merintih..tetamu yang sering datang, tapi tak dihiraukan...menghadap Allah dengan kocoh-kacah, pakaian yang tak sempurna, mungkin juga mata masih terpejam lena walaupun badan terus membongkok sujud..!ayuh sahabat2...ikhlaskan hati..!kelak tetamu2 ini yang akan menyambut kita di pintu syurga..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: RINDU!
oleh PUTERI_FUZA ([email protected]) pada Ahad, 30 Julai 2006 @ 16:43:15
(Info AHLI)


waktu subuh adalah waktu yang paling seronok untuk tidur.. tapi ketahuilah kewajipan kita yang perlu di laksanakan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: RINDU!
oleh Wuddah pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 15:44:12
(Info AHLI)


Assalamualaikum...bagus kisahnya...banyak perkara tersirat dan peringatan..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079952 saat. Lajunya....