Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu

Salahkah bebas tapi bertudung???
 Posted on Jumaat, 20 Jun 2003 @ 10:11:23oleh Engku_Salina
Umum noor_cute menulis Assalamualaikum kepada semua ahli ukhwah yang membaca artikel saya ini. Terima kasih sekali lagi kepada anda semua kerana sudi membaca artikel daripada saya ini.

Erm.... kebelakangan ini sering kita dengar tentang kutukan kepada remaja muslimah kita yang mengenakan tudung sebagai penutup aurat tetapi sering kali mereka ini dipertikaikan sifat mereka. Mengapa? Salahkah memakai tudung tetapi aktif dalam kehidupan seharian kita? Erm... saya sendiri contohnya, sering dikutuk jika keluar menjalankan aktiviti harian saya iaitu bersukan atau pergi ke kelas. Bukannya apa sebagai salah seorang daripada jutaan remaja di dunia ini tak mungkin saya atau sesiapa dapat mengelak untuk mencuba fashion terkini, terutama sekali dari segi pakaian. Ya, kalau kita perhatikan tak mungkin ada seorang pun daripada kalangan remaja masa kini ingin melepaskan peluang untuk mencuba fashion terkini tapi tidak lah sampai terdedah sana-sini, cuma sekadar ingin menambahkan sedikit kelainan sahaja. Erm itu pun salah kah??? Cuba renungkan...

 

  Umum


Komen


"Salahkah bebas tapi bertudung???" | Login/Mendaftar | 31 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh aishah pada Jumaat, 20 Jun 2003 @ 11:53:01
(Info AHLI)


assalamualaikum,salahkah bebas tapi bertudung???sememangnya tidak salah bebas dalam bertudung cuma janganlah orang menabur fitnah keatas tudung itu....o.klah fikirkanlah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


tak salah... tapi....
oleh tou_aii ([email protected]) pada Sabtu, 21 April 2007 @ 19:38:44
(Info AHLI)
salam... tak kisah bebas tapi jangan melampaui batasan... ikut lah trend macam mana pun... tapi jangan lah terlalu menonjol sehingga menjadi tarikn ramai... islam menggalakkn kita berserdehana...
betul tak??? pk2 kan..
wassalam...
]


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh arieyana pada Rabu, 31 Oktober 2007 @ 13:31:57
(Info AHLI)
bagi saya tak salah bebas tapi biarlah bebas yang bukan melanggar hukum hakam agama.janji kita pandai dan tahu membawa diri tambahan pula bertudung ini adalah lambang keperibadian seorang muslimah.Asal tahu menjaga diri dan tidak menjatuhkan imej wanta bertudung.
]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh Tetamu pada Sabtu, 21 Jun 2003 @ 11:22:01


assalamualaikum....

memang tidak salah tapi yang salahnya apabila ia dapat timbulkan fitnah keatas tudung itu. dan yang penting ia dapat menarik perhatian lelaki hukumnya adalah haram.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh putera_ariz ([email protected]) pada Isnin, 23 Jun 2003 @ 10:18:40
(Info AHLI)


asslammulaikum,
sudah tertulis dalam al quran bahawa aurat perempuan perlu ditutup walau macam mane pun...jangan la kerana org mengata mengenai tudung kite pun malu memakai tudung jadi kita akan mendapat dosa jika membuka aurat halau sehelai rambut terdedah asstaukfirullah besar dosa nye.ingin cuba fashion terkini taksalah tapi terdedah aurat adalah salah jadi i,bangila kedua-dua nye..........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh aronis pada Selasa, 24 Jun 2003 @ 14:12:47
(Info AHLI) http://hotmail
Sebenarnyer xder aper yg perlu nak dibincangkan dlm soal ni...SALAH KAH BEBAS TAPI BERTUDUNG??hmm dalam konsep ni..semua org rasanyer perlu tahu menutup aurat itu wajib..BEBAS! dr segi apa? pakai baju ketat..clubbing... merokok..itu yg dimaksudkan bebas..cuba bayangkan u pakai tudung nak buat perkara bebas mcm tu...xmasuk akal..'coz org yg tahu auratnya wajib ditutup x akan buat perkara bodoh mcm tu..b'coz memakai tudung even nampak luaran tapi org yg memakainya akan rasa something yg 'she shouldn't do what they shouldn't do..'kira macam hormat kat diri sendiri dan dlm masa yg sama org lain akan respek dgn cara kiter..bukan hipokrit ...tapi ia dpt menilai diri sendiri...xlah nak bebas tapi kena tahu erti BEBAS YG SEBENAR...
]


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh afiz_ana pada Rabu, 25 Jun 2003 @ 10:06:34
(Info AHLI)
Assalamualaikum...w.b.t
mmg tak salah ingin mencube fesyen terkini asalkan fesyen tu tak mendatangkan [email protected] menjejaskan cara menutup aurat yang sempurna.kalau betul kite nak menjage aurat kite, why not kite ikut ape yang telah junjungan besar kite Muhammad s.a.w.suruh.Baginda menyuruh wanita muslim yang berIMAN melabuhkan jilbatnye hingge ke dada.so, kalau betul kite cintakan baginda, suah tentu kite akan mengikut sunnahnya."APABILA CINTA ALLAH SAMPAI KU LUBUK HATI, MAKA CINTA KEPADA BARANG LAINNYA AKAN TERSINGKIR" sama-samalah kita renungkan.....
]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh islamic_student ([email protected]) pada Khamis, 03 Julai 2003 @ 8:16:38
(Info AHLI) http://http//:


Tak Salah tapi akhlak yang penting Jangan biarkan tudung sebagai penutup JASMANI saja tapi jadi penutup rohani juga
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh ada_comel ([email protected]) pada Rabu, 09 Julai 2003 @ 16:27:25
(Info AHLI) http://-


Ish, mane ade salah! Lagi baguss ade arr. Bukan senang nak tgk Islam tu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Lebih2 lagi kepada kaum pompuan yang auratnye dari ujung rambut sampai ujung kuku kaki. Tak timbulkan fitnah, apatah lagi menghalang dr melakukan aktiviti harian. Jgn fikirkan tentang pendapat orang lain yg agak jahil dlm bab2 ni. Just do it!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh Tetamu pada Rabu, 09 Julai 2003 @ 18:26:09


assalamualaikum...
sape ckp salah...tak der dlm hukum pun.. asalkan menutup aurat. jangan lah pulak kepala jer tudung yang lain didedahkan.. haa... tue lainlah pulak.yang penting niat kita baik...yek...
wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh Tetamu pada Rabu, 09 Julai 2003 @ 18:39:33
]


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh ayuazar ([email protected]) pada Rabu, 06 Ogos 2003 @ 16:50:39
(Info AHLI)
seorang wanita muslim yg bertudung tidak salah jika bebas dlm kehidupan seharian asalkan bebas yg bertempat...maksudnya bebas dlm perkara yg baik...belajar,bersukan dan sebagainya...bukannya membuat perkara yang dilarang...bebas dlm menggayakan fesyen bertudung pun tak salah asalkan menutup aurat itu yg paling penting
]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh Tetamu pada Ahad, 14 September 2003 @ 12:29:05


asalamualaikum
saya cume nak tambah je.Baru2ni batch kitaorang buat tazkirah dalam lecture hall Bagus sangat sahabat ana pesan,kan sekarang dah teruk sindrom tudung bawal,pastu siap kerongsang cun2 pulak tambah menyedihkan siap selepang lagi.Apa yang sedap dia cakap muslimat ni pelik islam suruh kita tutup aurat untuk elakkan dari pandangan lelaki tapi right now pakai tudung utk tarik perhatian pulak
Pastu tutup aurat bukan bermakna tutup rambut tapi tutup semua kec tapak tangan dan kaki
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh arifah pada Isnin, 15 September 2003 @ 15:03:58
(Info AHLI)


BERTUDUNG adalah cara menutup aurat yang sangat dituntut kepada

Baca komen seterusnya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh Tetamu pada Khamis, 23 Oktober 2003 @ 10:34:22


Bukan perkataan bebas yang patut dijadikan masalah di si. Tapi kita skrg bicarakan ttg fesyen dlm bertudung. Tak salah kalu nak ikutkan. Cuma biarkan fesyen itu tidak melampau dari had yang telah ditetapkan.

Wallahhualam......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh suci pada Sabtu, 15 November 2003 @ 13:38:54
(Info AHLI)


assalammualaikum...

Tentang yang diperkatakan...sebenarnya tak salah kalau kiter nak cuba fashion bertudung yang up to date. cuma apa yang perlu kiter sebagai perempuan islam haruslah menjaga aurat kita...itu yang penting dalam hati kita....tentang kebebasan pulak...nawaitu kiter dalam menjalankan aktiviti seharian kiter yang paling penting....itu sahaja
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh hanamichi pada Isnin, 17 November 2003 @ 11:34:09
(Info AHLI)


tak salah sangat lagi bagus. Walaupun saudari menjalankan aktiviti luar tapi still menjaga aurat. Tunjukkan pada mereka walaupun bertudung kite still boleh melakukan aktiviti luar.
Tapi sedihnya mentaliti orang kiter yang masih ditakuk lama. Bila bertudung mesti duk rumah tak boleh keluar sesuka hati. Bila kite lihat perempuan bertudung berjalan jalan lepas tu cakap kuat-kuat terus kite cakap "bertudung tapi suara tak jaga "
Pada pandangan saya baik kite lihat yang baik. Cuba kita cakap "bagusnya dia bertudung." jangan lihat dari sudut yang negatif. Sekurang-kurangnya dia masih bertudung.
Tiada manusia yang sempurna. Tapi kite mesti berusaha menjadi yang terbaik.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh putrihidayah ([email protected]) pada Rabu, 24 Disember 2003 @ 16:42:56
(Info AHLI)


assalamualikum w.b.t Sebelum tu salam ukhwah saya ucapkan memang tak salh klu untuk berfashion,tpi adakah cara anda berfashion itu berlebihan ...selalunya klu pokok tak bergoyang org tak kkn hendak mengata...klu rasa dri kita sudah bersedia untuk menerima pelbagai pendapat silakan lah,tpi perlu juga memikirkan adakah cara kita pakai tudung ni baik atau tidak,terpulang kepada individu tu sendiri untuk memikirkan dn menilainya...sy tau saudari pandai orangnya,contoh ramai pelajar kat sini memakai tudung cre fashion dn mengutuk mungkin diorg jealous sbb tak bleh pakai cm tu...itu semua sebenarnya ader ditangan anda...pakailah yang berpatutan..tak salah untuk menjaga imej dan pakaian itu merupakan peribadi sesorag klu dilihat dr segi luaran...mungkin diorg pertikaikn pakai tudung perangai cm somethig so tak payah pakai tudung...tpi kiter perlu tetap ngan pendirian.dengan cara memakai tudung itu kita dapat menjalankan perintah Allah dn sekaligus dpt mengelakkn dr bahan umpatan org,selain tu boleh elakkn dr mata22 yg melihat...saudari renungkan ler untuk diri anda,saya ,dan semua k maap klu ader yg tersilap.....yg baik datang dri Allah dn yg buruk itu datang dri diri sy sendiri k wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh lynn (kejora-03 @yahoo.com) pada Ahad, 18 Januari 2004 @ 16:02:21
(Info AHLI)


berpakaian mengikut peredaran semasa tak salah..tapi kalau dah melanggar batas agama tu haram hukumnya.Anda mesti ingat aurat seorang perempuan bukan hanya rambut saja..malah seluruh anngota badannya adalah aurat kecuali telapak tangan dan muka.Seandainya semuanya tertutup tapi ketat apa pula bezanya..anda boleh beraktiviti tapi jangan sampai aktiviti tersebut mengundang bala Allah.Anda juga harus menerima kutukan dari orang ramai dgn hatiygterbuka..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh jiha pada Selasa, 03 Februari 2004 @ 13:10:12
(Info AHLI)


A'kum..kite sbg manusia, m'lukn khdpan y' sempurna. Tapi bagaimana?? setiap insan m'punyai citarase b'beza...xperlu dengar kata org selagi kite tak m'langgar perintah tuhan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh ladybirdy pada Rabu, 25 Februari 2004 @ 14:09:47
(Info AHLI)


sorrylah klu komen ni ada yg trkluar topik.brtudung mmg baik especially tudung labuh tp mst kene dgn gayanya.meaning,klu tudung labuh tp jenis kain xkene xleh gak.
kes lain yg mengenekan tudung ikut keadaan.mmgla nmpk cam main2 kejap pakai kejap bukak.but somtimes diorg ni baru nk blaja.so bgla galakn bkn hanya nk kutuk je.lagi satu if diorg pegi tmpt2 xelok mmgla kene bukak supaya xdikutuk agama lain.
psl feyen lak,ikut pengalaman,masa mula2 blaja dulu mak sy bg galakan klu tudung stil blh brfesyen.tp bg sy klu niat xbtl utk kelihatn cantik utk org lain xleh gak.tp xpelah kot at least brtudung.tp klu niat utk self satisfying kan elok.tp adeke yg berhias utk diri sendiri?maybe ...somtimes....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh ladybirdy pada Rabu, 25 Februari 2004 @ 14:10:15
(Info AHLI)


sorrylah klu komen ni ada yg trkluar topik.brtudung mmg baik especially tudung labuh tp mst kene dgn gayanya.meaning,klu tudung labuh tp jenis kain xkene xleh gak.
kes lain yg mengenekan tudung ikut keadaan.mmgla nmpk cam main2 kejap pakai kejap bukak.but somtimes diorg ni baru nk blaja.so bgla galakn bkn hanya nk kutuk je.lagi satu if diorg pegi tmpt2 xelok mmgla kene bukak supaya xdikutuk agama lain.
psl feyen lak,ikut pengalaman,masa mula2 blaja dulu mak sy bg galakan klu tudung stil blh brfesyen.tp bg sy klu niat xbtl utk kelihatn cantik utk org lain xleh gak.tp xpelah kot at least brtudung.tp klu niat utk self satisfying kan elok.tp adeke yg berhias utk diri sendiri?maybe ...somtimes....utk confident pun ada.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh ladybirdy pada Rabu, 25 Februari 2004 @ 14:11:02
(Info AHLI)


sorrylah klu komen ni ada yg trkluar topik.brtudung mmg baik especially tudung labuh tp mst kene dgn gayanya.meaning,klu tudung labuh tp jenis kain xkene xleh gak.
kes lain yg mengenekan tudung ikut keadaan.mmgla nmpk cam main2 kejap pakai kejap bukak.but somtimes diorg ni baru nk blaja.so bgla galakn bkn hanya nk kutuk je.lagi satu if diorg pegi tmpt2 xelok mmgla kene bukak supaya xdikutuk agama lain.
psl feyen lak,ikut pengalaman,masa mula2 blaja dulu mak sy bg galakan klu tudung stil blh brfesyen.tp bg sy klu niat xbtl utk kelihatn cantik utk org lain xleh gak.tp xpelah kot at least brtudung.tp klu niat utk self satisfying kan elok.tp adeke yg berhias utk diri sendiri?maybe ...somtimes....utk confident pun ada.
tp sebaik2nye utk suami.dh kawin blhla kot.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh nurhaida ([email protected]) pada Khamis, 22 April 2004 @ 17:04:08
(Info AHLI) http://www.yahoo.com
x salah tetapi biarlah berpada.ini bila bertudung tapi pakaian yang dipakai pulak mendedahkan bahagian lain yang x sepatutnyer.....
So, pikir sendiri ini bg mengelakkan diri dari dipandang serong.
biar trendy tapi tak lah sampai dedahkan body,ok?
]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh kumpulansenyum pada Selasa, 23 Mei 2006 @ 15:19:31
(Info AHLI)


tak salah....
tapi kena betul-betul paham erti aurat....
jangan yang :
1) ketat
2) jarang @ nipis
3) singkat
4) boleh menimbulkan fitnah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh rifhan pada Khamis, 08 Februari 2007 @ 12:23:27
(Info AHLI)


Tak salah..bertudung bukannya penghalang nak bebas.. Nak berfashion pun tak mengapa,tapi pastikan fashion tu menutup aurat..Kalau pakai t-shirt atau blaus misalnya..pastikan labuh..Kalau awak memang dah tutup aurat,tapi orang masih pertikaikan,buat tak tau saja.. mereka mungkin jahil ataupun mungkin jeles..! Hehe..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh rose84 pada Sabtu, 17 Mac 2007 @ 0:31:06
(Info AHLI)


assalammualaikum..
sekadar nak memberi komen..
remaja bertudung sekarang dah dipandang serong..
disebabkan ramai yang buat perkara tak senonoh sekarang ni ramai yang terang-terang 'pandang slack' pada yang bertudung..nak buat bagaimana..memang realiti sekarang ramai bertudung tapi bukan dengan keikhlasan..

apa pandangan anda semua pada mereka yang pakai tudung tapi pakai ketat, baju pendek, dll?ramai yang kata..alaa..baik tak payah pakai tudung..ataupun..same juga macam tak pakai tudung..ataupun mungkin ada yang berpendapat..sekurang-kurangnya dia dah tutup rambut..kurang satu dosa dia..
hmmm..
tapi bukan senang juga zaman sekarang ni wanita nak pakai tudung, labuh, baju yang longgar dan laguh dan tebal..

berfesyen tak salah..bertudung tu tuntutan..
cuma kalau bertudung tapi nak buat perkara yang bukan2..ingatlah..kita bukan saja bawa diri kita tapi kita jugak bawa maruah semua wanita bertudung lain kat luar sana..

Sekadar pendapat..
thank you..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh khaulahazwa pada Sabtu, 14 April 2007 @ 21:52:39
(Info AHLI)


Assalamualaikum wbt...
terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua jika komen saya mampu menyentuh sensitiviti sahabat˛ terutamanya kepada saudari penulis..

islam itu mudah dan ianya tidak memberatkan hamba˛Nya.namun begitu kita perlu mencari makna mudah dan tidak memberatkan tersebut.
dalam bab bertudung dan aktif di luar...itu bagus dan mengagumkan kita semua.islam juga menggalakkan umatnya berdaya saing dalam dunia ini.tapi perlu diigtkan juga akan sunnah dan contoh tauladan terdahulu...cuba kita contohi mereka yang telah syahid dijalan Allah itu.jadikan mereka sumber tauladan.

peredaran zaman bukanlah alasan untuk kita berfesyen walaupun sudah menutup aurat.berfesyen tidak salah tapi yang salahnya cara berfesyen oleh individu tersebut.kalaulah menutup aurat tapi masih mampu menimbulkan fitnah pada masyarakat...mungkin ada suatu yang tak kena pada personaliti kita.sama ada perwatakan zahiriah mahupun lahiriah..sebab itulah islam telah menggariskan cara berhias khas untuk muslimah.cuba kita positifkan diri dan nilai dimanakah usul benar salahnya kata˛ mereka terhadap kita.dan dari itu secara tak langsung kita boleh jadikan ia sebagai motivasi untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik..

segalanya˛ bergantung pada iman seseorang.keputusan masing˛ ada ditangan sendiri.pokoknya tepuk dada tanya iman dimana kita dalam dunia islam yang berlandaskan syariat Allah yang sebenar˛nya.walau zaman kian berubah mengikut peredarannya namun hukum ajaran yang disyariatkan Allah tiada berubah..walau awal hingga ke akhirnya.kembili merujuk kepada syariatNya pasti segala kemusykilan kita akan terjawab.
"takkan wujud bayang tanpa pokoknya"....

syukran...
wassalam....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh PerMataHiJau pada Rabu, 24 Oktober 2007 @ 1:26:41
(Info AHLI)


Assalammualaikum.mungkin sekadar tmbhn sahaja.
Berfesyen itu tidaksalah malah memang kita digalakkan agama untuk menampilkan imej yang bersih dan baik agar dapat menarik minat kaum lain namun senario yang biasa terjadi hari ini....fesyen yang biasa dikenakan tidak sesuai dengan syariat.
Rasa2ny noor_cute mungkin faham maksud saya.
Tapi kalau kita keluar nak pagi kelas,buat aktiviti kena juga pakai pakaian yang sesuai kan,yang penting pakaian itu dapat menutup aurat dengan sempurnA.DAN LAGI(NI untuk PERINGATAN saya JUGA) bila dah pakai tudung ini banyak benda kita kena jaga bukan hipokrit tapi antaranya untuk mengelakkan fitnah macam yang ramai saudara2 kita bagitahu. memang kadang-kadang susah sebab saya sendiri pun kadang-kadang jadi serba salah nak bercakap dengan org escp, lelaki. tapi biasala dalam menuntut ilmu lebih-lebih lagi banyak godaan kan,moga-moga kita dapat mengharunginya InsyaAllah.biasany kaum adam akan hormat kita juga bdasarkan bagaimana kita menampilkan diri kita.macam cari kita bercakap dengan org dan sebagainya.Gitulah lebih kurang.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh Tetamu pada Jumaat, 26 Disember 2008 @ 17:53:08


Salam...

setiap aktiviti atau perkara yang kita lakukan seharian sebenarnya tidak telepas daripada 5 hukum yang telah ditentukan oleh syariat, noor_cute..
wajib,haram,makruh,sunat, dan harus..

kalau saudari nak bersukan atau belajar pun,hukumnya wajib tutup aurat,bukan setakat tudung saja..

Islam pun tak pernah halang umatnya berfesyen tapi di sini Islam dah anjurkan fesyen Islam yang mesti diikuti..

fesyen yang ikut agama ye, bukan agama yang ikut fesyen..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Salahkah bebas tapi bertudung???
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Sabtu, 06 Februari 2010 @ 23:10:55
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


salam...
sepatutnya pakaian kita biarlah selari dengan akhlak dan dan tindakan seseorang tu...
takut nanti jadi fitnah pula pad orang yang tak memahami...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107792 saat. Lajunya....