Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kata-kata kehidupan
 Posted on Selasa, 14 Mac 2006 @ 16:37:35oleh istisafa
Umum al-nadiah menulis Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan. Malangnya, dua diantara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati.

Kedua kodok tersebut mengacuhkan komentar-komentar itu dan mencoba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap melanjutkan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kencang dan akhirnya berhasil.

Akhirnya, dengan sebuah lompatan yang kencang, dia berhasil sampai di atas. Kodok lainnya takjub dengan semangat kodok yang satu ini, dan bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?" Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahwa ia tuli.

Akhirnya mereka sedar bahawa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberikan semangat kepada kodok tersebut.

Apa yang dapat kita pelajari dari ilustrasi di atas?

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kata-kata positif yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Sebaliknya, kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati-hatilah dengan apa yang akan diucapkan.

Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berpikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputus-asaanya, kejatuhannya, kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan 'spirit' bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

Sampaikanlah pesan ini kepada orang yang sedang kamu pikirkan sekarang ini.

 

  Umum


Komen


"Kata-kata kehidupan" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kata-kata kehidupan
oleh aisyahusna pada Selasa, 14 Mac 2006 @ 17:01:09
(Info AHLI)


Hmmm..memang banyak terjadi dalam dunia perkara sebegini..cerita yang beri banyak pengajaran..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kata-kata kehidupan
oleh sephia pada Selasa, 28 Mac 2006 @ 15:58:28
(Info AHLI)
Cerita kodok sama juga dengan cerita manusia.Hanya watak yang berbeza tapi peranan tetap sama. Kadang-kadang manusia perlu menjadi tuli kerana lebih ramai manusia di dunia hanya hanya tunggu untuk melihat dan mengata dari menyedarkan yang buta dan memulihkan yang lara..
]


Re: Kata-kata kehidupan
oleh ctMarz pada Jumaat, 31 Mac 2006 @ 11:41:42
(Info AHLI)
Assalamualaikum
bagus KAta-kata kehidupan itu...
]


Re: Kata-kata kehidupan
oleh jundulloh ([email protected]) pada Selasa, 06 Jun 2006 @ 0:30:23
(Info AHLI)
Tekad kuat
Tak putus asa
Tak hiraukan ucapan orang

Cerita menarik

Salam dari Indonesia
Ana dari Bandung
]

Re: Kata-kata kehidupan
oleh annynatasha88 ([email protected]) pada Selasa, 19 Jun 2007 @ 1:22:11
(Info AHLI)


kadang-kadang kata-kata yang tajam boleh membunuh seseorang...
kata-kata semangat akan menyembuhkan seseorang dari keresahannya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078647 saat. Lajunya....