Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Coretan Seorang kakak
 Posted on Isnin, 13 Mac 2006 @ 11:00:04oleh istisafa
Kenangan Tetamu menulis Dear beloved Adik..
I’ve read your posts and I was so touched with one of it.. and believe me, I cried.. it’s already 200 days since mak left us.. but the pain we felt inside is still the same.. just like mak had just left us yesterday..

Adik.. no one could understand how we feel until they face the same situation.. mak is our best friend ever.. and trust me.. no one could ever replace her.. no one is comparable to her.. no one!! Mak tak pernah marah anak-anaknya.. tak pernah membebel.. tak pernah look down kat kita even though sometimes we did not perform well in our studies..

We share everything with mak.. even masa kak julie baru ada boyfriend dulu pun kak julie bagitahu mak.. we will tell mak about all our friends.. what we did at school.. every single thing! Mak will visit all her children at hostel as frequesnt as she could.. she will cook for us the most delicious food.. and until now, kak julie tak jumpa lagi masakan yang lebih sedap daripada masakan mak.. Maybe some of your friends tak rapat dengan mak mereka the way we did.. and that’s why mereka cakap adik selalu feeling..

Adik.. untuk pengetahuan adik.. hampir setiap hari kak julie menangis teringatkan mak.. since mak meninggal, sampai kak Julie lahirkan Aisya and sampai sekarang.. kak julie nangis masa sembahyang, baca Quran & especially time baca Yasin untuk dihadiahkan untuk mak.. and sometimes kak julie curi-curi menangis sebab takut abang F nampak.. kak julie pun tak nak abang F label kak julie as feeling.. the word is not right kan?.. kak julie bukan meratapi pemergian mak.. kita semua redha.. cuma it takes a long time to heal.. mak tak boleh diganti..

Adik.. bukan kita saja yang terasa kehilangan mak.. mak’s bestfriend; Aunty Fatanah, Aunty Chit & Aunty Wan always SMS me telling that they still feel sad loosing their bestfriend.. mak tak pernah berkira dengan kawan-kawannya.. sentiasa pemurah.. sentiasa suka menolong.. we are not alone.. you are not alone.. I know it’s really hard for a girl at your age to hold this burden.. and the hardest thing is that you are sitting for your PMR when mak left.. but Alhamdulillah.. Allah gaves you 8As.. and I am so proud of you dear.. you have passed the battle without mak at your side.. and Alhamdulillah.. I have delivered a daughter and passed my confinement period without mak at my side too..

Adik.. kami semua nak adik kuat semangat!! Dalam masa 2 tahun inilah penentuan masa depan adik.. kalau SPM adik cemerlang, insyallah banyak peluang melanjutkan pelajaran yang adik akan dapat.. dan itulah harapan mak terhadap semua anak-anaknya.. Walaupun mak dah tiada, sentiasalah pegang segala nasihat mak.. rajin-rajin belajar, rajin-rajin baca Quran, sembahyang jangan tinggal, jadi anak yang patuh, jangan lawan cakap Ayah, jadi orang yang pemurah, jadi orang yang bersyukur, jangan suka merungut, berfikiran positif, muhasabah diri selalu, berkawan dengan kawan-kawan mak bila mak dah tiada dan sentiasa kuat semangat dan banyak lagi.

Jadikan mak sebagai idola dalam segala aspek kehidupan kita.. insyallah kita akan jadi kuat semangat macam mak.. tak pernah kak julie jumpa orang sekuat mak.. walaupun menderita sakit kanser selama 2 tahun sehingga merebak ke paru-paru dan otak, mak tak pernah merungut.. mak redha dengan penyakit yang Allah uji padanya.. mak sentiasa tersenyum walaupon jauh di sudut hatinya hanya Allah yang tahu betapa dia sedih..

Mak tak pernah menangis di hadapan anak-anaknya.. sebolehnya mak nak rahsiakan penyakitnya daripada kita semua.. mak pergi treatment radioterapi & kemoterapi dengan wajah berseri-seri, dengan baju baru, dengan perfume dan memakai lipstick.. walaupun bila selesai treatment mak akan muntah-muntah selama 2-3 hari, mak tak pernah serik..

Adik.. Allah menguji kita untuk menjadikan kita lebih sabar untuk menghapuskan dosa-dosa lampau kita.. dan untuk kita lebih mengingatiNya.. kalau kita lulus dengan ujian Allah, insyallah kita akan mendapat keredhaanNya dalam setiap yang kita hajati.. kalau adik ingatkan mak, ingatlah pada Allah.. jadikan Al-Quran sebagai teman dan sejadah tempat mengadu kepada Allah.. jangan peduli apa kawan-kawan adik nak kata.. kalau dengan cara menangis sambil mengingati Allah dapat menenangkan hati adik.. teruskanlah.. Allah Maha Mendengar.. dan semoga setiap titisan airmata itu akan melahirkan keinsafan & rasa tawadduk kepada Allah..

Ingatlah saat-saat indah kita bersama mak.. masa kita ramai-ramai berkumpul di atas katil mak dan tidur bersamanya.. masa kita sama-sama menolong mak memasak di dapur.. kita sama-sama keluar makan sedap-sedap di restoran.. kita sama-sama merawat luka mak.. masa mak menemani kita bila kita sakit dan demam.. dan masa kita menemani mak ketika sakit.. semuanya indah! Syukur kita sempat lakukan itu semua bersama-sama mak.. arwah mak lagi banyak diuji.. mak kehilangan mak dan ayahnya selang 50 hari sahaja.. lagi besar dugaan Allah terhadap mak..

Adik.. setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya.. dan yang paling ketara selepas pemergian mak.. kita adik-beradik bertambah akrab.. semuanya saling menjaga hati masing-masing.. dan kak julie harap ukhwah antara kita akan bertambah erat.. betapa besar pahala yang kita akan dapat sekiranya kita menjaga hubungan baik sesama kita yang wujud sekarang ini.. hikmah yang lain pula.. Allah memberi kita peluang untuk kita memperbaiki diri kita terutama sekali hubungan kita dengan Allah.. semoga peluang sekali seumur hidup yang Allah beri ini kita gunakan dengan sebaik mungkin.. sama-samalah kita memohon syurga daripada Allah agar kita dapat bertemu dengan mak di alam akhirat nanti..

Semoga selepas membaca coretan kak julie ini, adik akan berubah menjadi seorang yang penuh bersemangat di dalam pelajaran dan menunaikan ibadah kepadaNya.. kak julie bukan setakat menasihati adik, tetapi kak julie juga menasihati diri kak julie sendiri.. ceria-ceriakan hidup ok? Sentiasa hadiahkan al-fatihah & yasin untuk arwah mak dan berdoalah selalu agar mak ditempatkan di dalam golongan ahli-ahli syurga.. doa anak-anak yang soleh insyallah dapat menolong mak di alam sana..

Salam sayang..
Kak Julie

 

  Kenangan


Komen


"Coretan Seorang kakak" | Login/Mendaftar | 9 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Coretan Seorang kakak
oleh ketenteramanku ([email protected]) pada Isnin, 13 Mac 2006 @ 17:50:35
(Info AHLI)


assalamulaikum...
cerita menarik. cuma satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh saudari iaitu penggunaan bahasa rojak. secara tak sedar saudari telah merosakkan bahasa ibunda saudari sendiri. dalam situasi di mana negara sibuk membicarakan soal bahasa dan akta bahasa. janganlah berkompromi untuk membiarkan bahasa anda sendiri di telan zaman.bahasa jiwa bangsa. harap dapat mempertimbangkan dan menerima teguran ni secara terbuka.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Coretan Seorang kakak
oleh given2life pada Jumaat, 24 Mac 2006 @ 10:04:56
(Info AHLI)
tak apalah..janji input yang nak disampaikan tersampai..
]


Re: Coretan Seorang kakak
oleh ladybirdy pada Khamis, 30 Mac 2006 @ 18:06:25
(Info AHLI)
saya tak berapa setuju penggunaan perkataan idola,,tapi hanya pendapat saya saja....yang pasal bahasa rojak tu maybe dia tak ada words tertentu agaknya huhu...apa pun,,lebih baik elakkn bahasa rojak,kalau ada perkataan yang nak diekspresskan( hehe rojak ini) mengikut budaya sesetangah pihak tu tak mengapa saja.....
]

Re: Coretan Seorang kakak
oleh fikiranku (apa_ygkupk) pada Khamis, 30 Mac 2006 @ 21:35:11
(Info AHLI)


Assalamualaikum..maaf buat komen dari ketenteramanku..saya tak bersetuju dengan komen anda yang cuba pada kononnya ingin mengangkat budaya bangsa..bagi saya komen anda tidak relevan langsung..lain yang jadi intipatinya lain pula yang diambil kira oleh ketenteramanku.Saya rasa komen awak sendiri mencerminkan bahawa bahasa melayu awak di tahap yang sederhana begitu juga saya. Lagipun sudah menjadi lumrah apabila manusia meluahkan rasa dalam karyanya, lebih mementingkan maksud yang dicapai..apa gunanya ayat bm yang baik sedangkan tidak dapat mencapai maksudnya.Terlalu menjaga bahasa,sedangkan bahasa itu kita sendiri yang merekanya..bukannya salah awak menegur tapi seandainya penulis atau kak julie menghantar cerpen saya rasa tepat apa yang awak katakan tapi ini luahan rasa. inilah dikatakan kerana mulut badan binasa..cakap tak kena tempatnya,menyampuk tak kena masanya.harap awak terima teguran ini dengan hati terbuka..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Coretan Seorang kakak
oleh Az-Ziarah ([email protected]) pada Rabu, 19 April 2006 @ 21:11:59
(Info AHLI)


coretan ini banyak membawa maksud dalam kehidupan saya.....kesedaran sedikit timbul....


ibu kasihmu tak pernah sirna namun bahasaku adakalanya melukakanmu ....... maafkan aku ibu walaupun kau sering mengatakan kau telah memaafkan segala kesalahanku yang lepas yang kini dan yang akan datang sekalipun.....terima kasih ibu
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Coretan Seorang kakak
oleh syauqahaziqah ([email protected]) pada Sabtu, 17 Jun 2006 @ 20:19:22
(Info AHLI)


kasih ibu membawa ke syurga
tiada gantinya kasih seorang ibu terhadap anaknya
ibu.................
engkaulah ratu hatiku
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Coretan Seorang kakak
oleh maisarah_anisah pada Isnin, 14 Ogos 2006 @ 18:28:56
(Info AHLI)


assalamualaikum..
sesungguhnya kasih ibu itu tak ada tolok bandingnya dengan apa yang ada di dunia..
menitis air mata saya bila membaca coretan ini..
bukan senang nak hilangkan sedih kehilangan mak..
sabarlah bagi yang menghadapi situasi ini..
sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Coretan Seorang kakak
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Jumaat, 03 November 2006 @ 22:25:31
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


thanks atas nasihat akak...terharu rasanya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Coretan Seorang kakak
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Rabu, 13 Disember 2006 @ 21:49:01
(Info AHLI)


sdeynyer cerita ni..teruskanlah hidup dengan penuh semangat dan keazaman. Semoga cerita ni dapat menyedarkan kita erti kehidupan dan kasih sayang ibu terhadap anaknya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079412 saat. Lajunya....