Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

Hidup kita
 Posted on Isnin, 27 Februari 2006 @ 9:19:23oleh istisafa
Tazkirah masz menulis Insaflah Wahai Manusia...
Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang Kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Hidup Kita Cuma Dalam 2 Nafas
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa Dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Hidup Kita Cuma Ada 2 Pilihan
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

Hidup Kita Yang Abadi Cuma Ada 2 Tempat
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita harus diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah Solat...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengirimkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam........

 

  Tazkirah


Komen


"Hidup kita" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Hidup kita
oleh houri pada Isnin, 27 Februari 2006 @ 12:23:12
(Info AHLI)


syukran jazilan.
fikir-fikirkan, timbang-tambangkan dan ambil pengajaran dan panduan kepada diri kita semua untuk menempuh kehidupan di dunia dan sebagai bekalan untuk ke destinasi abadi.

ana teringat nasihat yang diberikan oleh sahanbat ana.
sungguh bermakna dan mendalam maksudnya.
"hidup ini hanya sekali dan sangat mahal untuk dibazirkan"
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Hidup kita
oleh Iman_Hayati pada Rabu, 01 Mac 2006 @ 21:57:11
(Info AHLI)


Syukran..
Jadikan apa yang berlaku pada hari lepas sebagai pedoman untuk hari esok, jika ada kesedihan, jadikan ia peringatan untuk kita bagi menempuh hari esok. Usah dikenang apa yang berlaku sebagai dugaan yang tak mampu dibendung, jadikan ia sebagai pembuka jalan untuk kita mencapai kebahagiaan.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Hidup kita
oleh miezaunique (mizaunix) pada Sabtu, 04 Mac 2006 @ 16:28:11
(Info AHLI)


bila seseorang tu terlalu mengejar nikmat dunia, segala perkara2 akhirat dilupakan... itulah manusia... pelupa.. leka.. terlampau asyik dengan syurga dunia... menyedihkan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076678 saat. Lajunya....