Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
the_brOtherz: 2 hari yang lalu
jasadkudisini: 10 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 12 hari yang lalu
isa777_musa: 12 hari yang lalu
zam_rizal: 21 hari yang lalu
wanja: 32 hari yang lalu

Berzina dengan ikhlas
 Posted on Isnin, 20 Februari 2006 @ 9:11:26oleh istisafa
Semasa Tetamu menulis Soalan : Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada dari Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya.

Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan dari. Danial Zainal Abidin
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223)

Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar ada Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Nukilan dari. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung
Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan
Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)

 

  Semasa


Komen


"Berzina dengan ikhlas" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Berzina dengan ikhlas
oleh Liasari (redup_senja) pada Isnin, 20 Februari 2006 @ 14:54:56
(Info AHLI) http://yahoo.com/


Jika kita lihat betapa remaja atau belia kini memang semakin tidak berakhlak dan menolak sewenang-wenangnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Begitu singkatnya pemikiran mereka dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hal agama.
Inilah yang amat menyedihkan kita pada masa kini kerana remaja kini hanya terpelajar dalam aspek duniawi tetapi tidak terpelajar atau istilahnya tidak menghalusi ilmu agama yang sepatutnya menjadi benteng kepada kehidupan seharian.
"YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PARA MUDA-MUDI HARI INI yang NYATA TELAH JAUH TERPESONG DARI JALANMU"...AMIN
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Berzina dengan ikhlas
oleh futurama pada Rabu, 22 Februari 2006 @ 9:46:13
(Info AHLI)
kadang kadang mereka2 yang commit zina ni bukannya cetek agama,
bukannya mereka tak tau,
bukan mereka buta,
tapi sikap terlalu liberal terhadap hukum Allah..
]

Re: Berzina dengan ikhlas
oleh ibnuriz_faridz ([email protected]) pada Isnin, 20 Mac 2006 @ 5:35:00
(Info AHLI)


Assalamualaikum...

sebagai umat islam renungilah kata-kata doktor ini..agar kita dapat mengambil istifadah darinya insyaAllah..

wala taqrabuz zina...janganlah kau menghampiri zina..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Berzina dengan ikhlas
oleh doraemong13 pada Ahad, 09 April 2006 @ 2:55:40
(Info AHLI)


pandangan masyarakat sekarang memang berbeza...jelas disebabkan pengamalan nilai-nilai murni dalam agama yang tidak telus...sebaik-baiknya perlu wujud lebih ramai ahli2 fikir ilmuan islam untuk mebanteras masalah ini bersama...bukannya wujud ahli2 fikir untuk menjatuhkan orang laen seperti yang berlaku pada zmn masa kini...pandangan dan pemikiran msyrkt perlu diubah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Berzina dengan ikhlas
oleh Saifuddin pada Isnin, 26 Jun 2006 @ 13:16:04
(Info AHLI)
tajuk ni tak betul perlu diubah ke tajuk lain, sebab zina tu maksiat, manakala ikhlas ialah ibadah hati yang tertinggi.maka keduanya tak boleh disatukan, mungkin pelajar tersebut terlalu jahil hingga zina pun nak dikaitkan dengan ikhlas. ikhlas itu rahsia di dalam rahsia Allah. kalau tajuk menghindari zina dengan ikhlas, baru sesuai.
]


Re: Berzina dengan ikhlas
oleh Saifuddin pada Rabu, 20 September 2006 @ 14:44:28
(Info AHLI)
sepatut tajuk dia, ingin bertaubat dengan ikhlas sebab terlanjur kerana jahil.
]


kejahilan
oleh Saifuddin pada Isnin, 02 April 2007 @ 17:09:11
(Info AHLI)
Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin Malik .a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2295
Dari Abdullah dan Abu Musa .a. keduanya berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda :”Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (Addin) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dansebagainya) dan banyak terjadi pembunuhan.
]


kahwin/jimak isteri itu sedekah vs zina itu haram
oleh Saifuddin pada Khamis, 12 April 2007 @ 15:54:54
(Info AHLI)
Banyak cara Untuk Bersedekah
Hadis no 959 jilid 2 Sahih Muslim
Dari Abu Dzar .a katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. Pernah berkata kepada baginda, “Kaum hartawan dapat memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan lebihan harta mereka, “ Jawab Nabi saw, “ Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah; Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma’ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kenajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun ada terdapat pula unsure sedekah” Tanya mereka, “Kalau begitu, dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat kami” Jawab Rasulullah saw. “Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa, Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala”
]

Re: Berzina dengan ikhlas
oleh kembara_girl ([email protected]) pada Selasa, 29 Ogos 2006 @ 15:08:42
(Info AHLI) http://-/


pertama kali seumur hidup saya,
saya terbaca kisah begini...BERZINA tETAPI NIAT IKHLAS...
ya allah,pemuda ni orang islam ke?dia tak pernah belajar kat sekolah ke yang berzina 2 haram,berdosa besar...mana ada benda yang haram boleh berniat iklas...
nauzubillah,muda mudi zaman sekarang...ibu dan ayah dikatakan kolot...mana pergi rasa hormat pada orang tua???
tahniah pada saudara danial kerana menjawab penuh dengan isi yang padat dan baik sekali..moga-moga 'yang iklas' akan membaca dan menjadikan jawapan yang di beri oleh saudara danial sebagai panduan u hidup lebih maju dan lebih iklas pada agama islam...
MUDA MUDI ISLAM MAKIN BANYAK HANYUT DAN ALPA DENGAN KESERONOKAN DUNIAWI DITAMBAH DENGAN DATANG ISLAM YANG BARU ISLAM HADHARI, LAGI lah MEREKA SERONOK..ISLAM YANG MENGIKUT KEMODENAN....
NAUZUBILLAH...
p/s:jauhilah zina dari diriku,anak2 ku saudara2 ku ya allah...

amin
.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Berzina dengan ikhlas
oleh mukminah_06 ([email protected]) pada Isnin, 11 September 2006 @ 12:00:53
(Info AHLI)
boleh tak kalau saya kata dia bodoh + bangang..
dan kwn2nya yang jahil dan mempersedndakan hukum Allah..
mana ada orang berzina secara ikhlas..
xbelajar agama ke?
kasihan mak bapak dia..
bertaubatlah..
]


Re: Berzina dengan ikhlas
oleh miss_nuyu ([email protected]) pada Selasa, 20 Januari 2009 @ 10:43:42
(Info AHLI)
emmm...sekarang ni dunia dah berubah...
zina 2 kan perbuatan haram...perkara yang ALLAH benci...
kalau ikhlas pun...perkara 2 tetap haram kan...taubat lah...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081653 saat. Lajunya....