Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu

Petua mencantikkan wajah
 Posted on Selasa, 07 Februari 2006 @ 11:28:02oleh istisafa
Umum alqibtiaz menulis Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.

Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidakj jemu memandangnya.

Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu. Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.

Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.

Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agma yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya.
Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.

Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini. Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.

Kedatang pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya..
    
“Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.

Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”

Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”

Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”

Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”

Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…

Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah….

 

  Umum


Komen


"Petua mencantikkan wajah" | Login/Mendaftar | 10 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Petua mencantikkan wajah
oleh mellisaleez ([email protected]) pada Rabu, 08 Februari 2006 @ 14:27:19
(Info AHLI)


MasyaAllah...itulah sebenar2nya kecantikan...kecantikan wajah terhasil dari kebersihan hati...hati yang ikhlas dan tenang.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Petua mencantikkan wajah
oleh lebah ([email protected]) pada Khamis, 16 Februari 2006 @ 13:13:17
(Info AHLI)


SAYA SETUJU.

CUMA NAK TAMBAH SIKIT. IAITU BRGSIAPA yang SENTIASA MEMBACA TASBIH, TAHMID, TAHLIL DAN TAKBIR (SUBHAANALLAAHI WALHAMDULILLAAHI WALAA ILAAHA ILLALLAHU WALLAAHU AKHBAR) SEBANYAK 300 KALI SETIAP HARI INSYALLAH AKAN DIKURNIAKAN AWET MUDA DAN PELBAGAI LAGI KELEBIHAN SEBAGAIMANA YANG BANYAK DISEBUT DALAM HADIS.

TASBIH INI MERUPAKAN PENJAGAAN BADAN DAN JIWA DARIPADA SISI ALLAH.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Petua mencantikkan wajah
oleh kakciknah ([email protected]) pada Jumaat, 17 Februari 2006 @ 14:33:27
(Info AHLI)


subahanallah..inilah sebenar-nenar kecantikan yang wajib ada pada diri yang bergelar mukmin.........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Petua mencantikkan wajah
oleh safiya06 pada Sabtu, 18 Februari 2006 @ 11:25:49
(Info AHLI)


ya...zaman sekarang ni memang ramai yang ghairah sangat nak cantik...sanggup berhabis beribu-ibu beli itu dan ini kononnya untuk cantikkan wajah...
semua orang nak cantik tapi tahukah anda wajah yang cantik boleh mengundang fitnah???subbahanallah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Petua mencantikkan wajah
oleh karkuntimur pada Ahad, 26 Februari 2006 @ 8:44:12
(Info AHLI)


salam...

Hm...bagus betul nasihat itu. ini la hakikat kecantikan.
satu lagi nak tambah yang orang biasa lupa.
selalu la dalam keadaan berwudu'.
kerana berwudu' itu menyerikan wajah.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Petua mencantikkan wajah
oleh Mujahidah_inas pada Sabtu, 11 Mac 2006 @ 15:30:17
(Info AHLI)
semua yang kawan2 kata tu semuanya betul, tapi ni petua yang paling unik .. petua ni inas dapat daripada ustaz yang mengajar semasa inas mununtut kat madrasa kafe masa kat darjah lima. betul atau tak inas sendiri yang mengamalkannya... tapi ini khas untuk para solehah saja. begini, semasa seorang muslimah yang telah didatangi haid, selepas haid yang terakhir cuci bahagian kain atau pad hingga bersih dan hilang darah kotornya.. selepas itu selawat dan salam keatas junjungan nabi dan sapu keseluruh wajah sehingga tiga kali. mungkin petua ini agak menggelikan sedikit bunyinya.. tapi alhamdulillah, inas mengamalkannya, dan hingga hari ini wajah inas tetap putih dan berseri2.. kalian muslimah cubalah amalkannya sambil berdoa pada Allah, insyallah.. wajah andah akan berseri dan senang mata2 memandang kalian.. wassalam..
]

Re: Petua mencantikkan wajah
oleh putri_syiffa pada Ahad, 26 Mac 2006 @ 13:35:28
(Info AHLI)


salam...........

subhanallah........
tak payahlah nak gunakan produk....
yang mahal2......amalan mana......tak perlukan bayaran pun........hanya dengan hati yang ikhlas....dan bersih.......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Petua mencantikkan wajah
oleh ctMarz pada Jumaat, 31 Mac 2006 @ 11:45:18
(Info AHLI)
em....betul tu...
Kecantikkan wajah seseorng itu lahir dari hati yang suci dan akhlak yang baik...yang penting keimanan dan ketakwaan seseorang ...
]

Re: Petua mencantikkan wajah
oleh Daeng_Jati pada Isnin, 10 April 2006 @ 22:46:37
(Info AHLI)


menarik...
*saya nak tanya soalan tentang susuk...saya tak pernah tengok susuk,jadi macam manakah rupanya?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Petua mencantikkan wajah
oleh teruterubozzu ([email protected]) pada Isnin, 14 Mei 2007 @ 15:00:37
(Info AHLI)
susuk macam mmm keypad henpon hehe... gurau saja..mmm macam-macam jenis susuk..da bentuk jarum,serbuk emas,berlian dan yang sewaktu dengannya..itulah yang koi tahu...tak lama dulu da keluar dalam paper mengenai susuk ni.. di pakai pada tempat2 yang ingin dicantikkan di tubuh badan...haram hukum memakainya..kerana mengubah kejadian Allah. walahualam...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08362 saat. Lajunya....