Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
 Posted on Selasa, 17 Januari 2006 @ 9:52:42oleh istisafa
Umum nur_syazarina menulis Fitrah manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai, ingin dikasihi dan mengasihi, ingin dirindui dan merindui. Dari yang si kecil sehinggalah dewasa. Semua menginginkannya. Hatta Nabi Adam a.s sendiri menginginkannya. Walau pun diberi kebijaksanaan mengenal seluruh isi bumi, dianugerahkan segala-galanya namun Nabi Adam a.s tetap terasa sepi dan sunyi.

Maka lahirlah Hawa untuknya. Begitulah juga kita, menginginkan untuk memiliki seseorang yang disayangi dan pada masa yang sama turut dicintai.

Inginkan seseorang yang memiliki ciri-ciri yang sempurna juga fitrah manusia. Menginginkan yang cantik, lawa, menarik dan mempesonakan pandangan mata. Pendek kata yang memiliki keindahan, kekayaan, kebijaksanaan, kejayaan. Semuanya menjadi pilihan. Dengan pelbagai usaha digunakan untuk mendapatkannya, hinggalah ada yang sanggup bertumpahan darah seperti Qabil dan Habil, bergadai nyawa seperti Laila dan Majnun, sehidup semati ibarat Romeo dan Juliet.

Kerana ingin memiliki kasih sayang dan kononnya demi cinta suci. Akhirnya terkubur jasad ke tanah tanpa pengakhiran yang membahagiakan. Beginikah dikatakan ingin memiliki dan dimiliki. Apa yang pasti janji cuma tinggal janji..

Agama tidak melarang seseorang menginginkan teman dalam hidupnya. Namun apakah yang kita inginkan adalah yang kita perlukan? Adakah pasti yang diingini akan kita miliki? Seseorang yang kita inginkan belum tentu yang kita perlukan, dan seseorang yang kita perlukan juga belum tentu yang kita inginkan. Jadi, mana yang akan dipilih, yang diinginkan ataukah yang diperlukan? Ikut hati tentulah yang diingini tapi tanya akal pula pastilah yang diperlukan. Alamak, akal dan hati sentiasa berperang dan bermusuhan.

Lantaran itulah Allah s.w.t turunkan Al-Quran sebagai panduan dan sunnah Rasullullah s.a.w sebagai ikutan. Kandungannya banyak memberi petunjuk jalan agar usaha dan keputusan yang kita lalui sentiasa lurus, diredhai dan penuh keberkatan.

Malangnya, ramai antara kita belajar dari artis-artis Hollywood, Bollywood dan entah apa entah wood lagi. Novel-novel, majalah-majalah cinta pula sebagai rujukan utama. Maka, lahirlah ‘sektor perkapalan’ haram yang mengemudi bahtera bersama kelasinya. Ke hulu ke hilir membelah lautan biru menuju ke destinasi bahagia, kononnya. Tapi, yakinkah kita itulah kebahagiaan, itukah yang kita inginkan dan adakah itu yang kita perlukan? Tatkala, ada di antara kita yang tidak menginginkan seseorang itu sebagai teman hidupnya namun ditakdirkan menjadi miliknya. Umpama Nabi Yusuf a.s menolak cinta Siti Zulaikha akhirnya menjadi isteri yang paling disayangi dan dikasihi. Bukan didesak oleh keinginan hati tapi kerana memerlukan insan seperti Siti Zulaikha, menjadi isteri kerana Allah.

Kini, kenyataan telah terukir. Sesuatu yang kita perlukan itulah yang kita inginkan. Maka agama itulah yang kita perlukan bukan selain darinya. Sebagaimana yang tercoret dalam hadis Rasulullah s.a.w pilihlah seseorang itu kerana kecantikannya, hartanya, keturunan dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya insya Allah kita akan temui kebahagiaan yang sebenar, wallahua’lam..

 

  Umum


Komen


"Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?" | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
oleh ibnuriz_faridz ([email protected]) pada Rabu, 18 Januari 2006 @ 4:04:35
(Info AHLI)


Assalamualaikum pembuka bicara...

sekian lama perbincangan seperti ini tidak diketengahkan...memang benar apa yang dikatakan oleh saudari...manusia pada akhir zaman ini sering leka dengan percintaan...dan kasih-sayang...tidak lagi mengikut syariat islam untuk mengikutinye...umat islam kini lebih suka melihat dan mengikut cara2 barat...yang sama sekali berbeza dengan syariat dan tuntutan Allah kepada umatnya dalam mengasihi sesama manusia.

oleh itu kita perlulah mengikut dan menadaptasikan cara2 islam dalam memilih pasangan...lebih indah bercinta mengikut landasan agama yang sebenar...

sekian wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
oleh nur_syazarina ([email protected]) pada Khamis, 07 Ogos 2008 @ 11:41:52
(Info AHLI)
syukran jazilan atas komentar anda...moga-moga kita tergolong orang yang disayangi di sisi Allah..amin..amin..amin yan Rabbal alamin...
]

Re: Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
oleh azzahrah pada Rabu, 18 Januari 2006 @ 16:22:09
(Info AHLI) http://-/


Ya Allah, temukanlah aku dengan suami yang soleh yang meminang dan mengahwiniku serta menjadi sahabatku di dunia dan di syurga..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
oleh muawwiz pada Rabu, 18 Januari 2006 @ 18:07:05
(Info AHLI)
assalamualaikum..

terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua..tidak semestinya yang kita inginkan itu milik kita
]


Re: Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
oleh sephia pada Selasa, 28 Mac 2006 @ 16:00:40
(Info AHLI)
Sesungguhnya perempuan yang baik untuk itu laki-laki yang baik...
]

Re: Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
oleh KIKO ([email protected]) pada Jumaat, 07 Julai 2006 @ 10:44:35
(Info AHLI)


Sya insaf lah baca erticle awak ni memang agama yang kita perlukan dahulu barulah yang seterusnya....syangi lah diri kita dahulu sebelum kita nak mula menyangi seseorang....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078383 saat. Lajunya....