Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
 Posted on Ahad, 11 Disember 2005 @ 10:40:27oleh istisafa
Umum yuiummi menulis Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.

Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

 

  Umum


Komen


"Perjalanan Takdir yang Menakjubkan" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh ajefikrah pada Khamis, 22 Disember 2005 @ 18:16:28
(Info AHLI)


tersentuh hati ana.betapa ALLAH maha agung.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh fezaldocter pada Selasa, 17 Januari 2006 @ 22:19:28
(Info AHLI)
Subhanallah...
Usahlah kita sesekali bersifat sombong dan bakil
]


Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh fezaldocter pada Selasa, 17 Januari 2006 @ 22:26:02
(Info AHLI)
Subhanallah...
Moga kita semua di jauhi dari sifat sombong dan bakhil
]

Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh nurada ([email protected]) pada Rabu, 28 Disember 2005 @ 11:27:34
(Info AHLI)


MAHA SUCI ALLAH
sebab tu dalam islam kita di larang untuk bermegah-megah dengan apa yang kita miliki kerana takdir hidup insan sentiasa berubah-ubah...
setiap insan sama sahaja yang membezakan hanyalah amalan
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh hilmy pada Isnin, 09 Januari 2006 @ 22:29:48
(Info AHLI)


betul juga..memang banyak perkara yang indah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh fizah_862000 pada Selasa, 10 Januari 2006 @ 23:25:58
(Info AHLI) http://-/
SubhanaAllah...
]


Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh albarlasy ([email protected]) pada Ahad, 22 Januari 2006 @ 0:39:33
(Info AHLI)
semua tu kuasa Allah belaka.kita ni hamba dia tak payahla nak berlagak kat atas bumi ni...tuhan boleh balas kita on the spot saja..
]

Re: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
oleh izzahtulsakinah pada Jumaat, 14 Disember 2007 @ 16:05:51
(Info AHLI) http://hati-berbicara.blogspot.com/


hidup ini seperti roda,masa kita diatas jangan lupa orang yang dibawah dan begitu juga sebaliknya..setiap orang miskin tu ada haqnya yang perlu kita berikan kepada mereka.bersedekah menambahkan rezeki.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080164 saat. Lajunya....