Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 23 jam, 40 minit yang lalu

CINTA...!
 Posted on Khamis, 24 November 2005 @ 8:50:11oleh istisafa
Umum khalida menulis "Mama, salahkah jika saya menyintainya?"
saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta?
Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan
juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.

Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:

1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya:
Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: "Dan diantara
manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik." (Al Baqarah: Ayat 165)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat
wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan
perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita
merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan
perkara-perkara yang dilarang.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya
mengikut kehendak syariat. Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah.

Memang adab bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah
neraka.

Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."

Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin.......sekolah saja belum habis, bagaimana nak bernikah???

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wa
jalla: "Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32

"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap
mendekati zina...." tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan....."(hari. Tabrani) "Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akan
berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya.
Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani kakak yang sedang bercinta...

Jadi mama, apakah penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.

Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu, dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apalah jodoh mu ada insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara - perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:
- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.
- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)
- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).
- Janganlah berwewenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram.
- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.
- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.
- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.
- Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

Apabila kita telh mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kita
fahami firman Allah; "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah Al Furqan:Ayat 27-29).

Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang "teman akrab" yang kononnya menyintai kita.
Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." Surah An Naziat :Ayat 40-41).

Bernikah lah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai mama, Susahnya!

Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.

Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."

Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.

Insya-Allah..Amin.

 

  Umum


Komen


"CINTA...!" | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: CINTA...!
oleh ada_syuhada pada Khamis, 24 November 2005 @ 13:19:43
(Info AHLI)


ya Allah..tabahkan hatiku dalam menempuh mehnah ini...jangalah engkau tanggungkan daku dengan apa yang tak mampu bagiku menaggungnya...ampunilah daku..rahmatilah daku
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: CINTA...!
oleh rawdhah pada Isnin, 28 November 2005 @ 7:49:36
(Info AHLI) http://www.yahoo.com
amin ya rabbal alamin.........
]


Re: CINTA...!
oleh Nazri ([email protected]) pada Selasa, 29 November 2005 @ 14:11:57
(Info AHLI) http://www.kukum.edu.my/
Inilah tafsiran CINTA sebenar....
]


Re: CINTA...!
oleh fizah_862000 pada Selasa, 10 Januari 2006 @ 0:53:06
(Info AHLI) http://-/
COUPLE DALAM ISLAM?
Message:     Syubhat bercouple Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang
sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke
semasa.
Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil
yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau
terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor
calon isteri mahupun suami merupakan satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di
kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan
untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh
cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas
dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam
berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik
beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang
dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah
rasul-NYA. Mereka bukan setakat
mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti
mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan
semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang
seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan
katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah
berhujah untuk membenarkan perkara yang telah
terang haramnya di sisi ALLAH.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076609 saat. Lajunya....