Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 42 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Aku Sayang Abah
 Posted on Khamis, 19 Jun 2003 @ 14:27:53oleh SaLaFiaN
Tazkirah aidilshah menulis Rupa-rupanya abah aku yang aku anggap garang tetapi mempunyai sifat seorang abah yang penyanyang abah setelah pemergianmu... hanya perkataan ini dapat ku lafazkan "abah aku rindu padamu"

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah
untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi
dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar..kerja semua
jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selamanie setiap suka duka....pasti
telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan
bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu
terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...ditelinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya......ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih
terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya keatas....saambil
mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih
dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak
beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh
harga.Boleh lah bawa mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...dah selera
makan. lepas itu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari saja buat. Tak payah ambik
gambar kat kedai gambar. mereka guna digital kamera kat office saja.Tapi
abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka
esok nya aku pergi sana bukannya untuk buat kad pengenalan aku, sebaliknya
buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita takboleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa
tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan
tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.Sambil mulut mengucap
dua kalimah syahadah.

Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van jenazah,
pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari , pertama
kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air
mawar...semuanya pertama kali. Dan peratma kali juga takkan jumpa abah
lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika
ditutup muka abah. Aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri .....dan
bangun....tiba-tiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki
dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil
aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium
pipinya.Ya Allah..tuhan segala alam...aku dan abang mengangkat
jenazahnya...........dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan
pemergian abah yang tercinta.Mak hanya memandang dengan air mata
sayu....penglihatannya kosong......setelah 36 tahun hidup bersama
ayah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah seorang
pendiam...... sabar.. dan alim....Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan
pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.Aku selamaini tidak pernah meluahkan
kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha mak hingga
ke hari ini.

Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.Tiada apa yang
ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar
tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah
catat..18 February..shairizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat
setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku
telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.
Abah catat shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah
catat Kak Se keguguran.....Abah catat Shaifol (abang sulung) ke
KL......menangis kami semua bila baca dairi itu....

Abah sayang anaknya.....takpernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam
dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya
banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan
kampung abah baru ini cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye.
seorang kerja sana seorang kerja sini. Dia bangga ada macam anda". Tapi jauh
disudut hati aku. Aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal
kereta,rumah,bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota
kuliah subuh abah yang terbaru.....catatan terakhir yang abah tulis "hati
orang beriman sentiasa ingat kubur" ...abah gariskan perkataan ingat kubur
....dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur
dan api neraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak siapa pasti dia
dukung...bawa berjalan......cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur
sama. Kini semuanya tiada.

YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan untuk diteruskan...tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun ini nak kasi
abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal
5hb ..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos
2002. Kali ini tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan
batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...lepas itu
ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang
pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek lepas itu ditimbus semula
masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah
meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak ada kotor najis pun
tak ada"...perkara itulah menyedapkan hati kami....untuk jadi seperti
abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah diMasjid.....aku memulangkan semula duit
masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira
kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis...."Dulu abah kau
yang tolong kira lepas itu tulis kat white board itu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja
apa sekali pun....

Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....Talkin
buat abah masih segar..."Wahai haji Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kimata itu benar, Allah itu benar" dan kita yang
hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung
dosa isteri dan anak-anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah
dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak
mula bekerja setelah terlupa dengan nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan
solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam
menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumahberdua....tapi sekarang
ini mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati
teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat anda yang masih ada....jadikan
iktibar.....cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.

Al-fatihah....

Wassalam

 

  Tazkirah


Komen


"Aku Sayang Abah" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re. Aku Sayang Abah jugakk
oleh fikiranku (apa_ygkupk) pada Ahad, 26 Mac 2006 @ 17:25:25
(Info AHLI)


a`kum..sungguh awak ini bertuah mempunyai seorang abah yang terlalu baik sehingga saya dapat membayangkan betapa hangatnya kasih sayang yang dia curahkann..namun saya juga mempunyai seorang abah ...juga senasib dengan abah awak..namun cerita kita berbeza..tapi saya tahu ada lagi insan yang lebih malang dari diri ini.pengjaran yang saya dapati setelah kehilangan abah..jangan segan untuk menyatakan sayang kepada insan yang berhak.abah saya juga aktif dalam hal kebajikan..haji di usia yang muda, membataskan pergaulan di antara anak2 perempuan tetapi anak perempuan yang lebih di ambil berat..abah saya juga sukar untuk menyatakan sayang pada anak2nyer tapi saya mengumpul spenuh perasaan menyatakan sayang padanya..kami sama-sama menangis disaat dia sakit..ketika semua orang cakap dia dah tak kenal sesiapa..jauh di sudut hati saya, saya tau dia kenal saya..sempat dia mengusap saya..apapun hidup ini mahu terus...dia ibarat nyawa...dilepas sakit...k sya chow dulu..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Aku Sayang Abah
oleh Tetamu pada Sabtu, 12 Julai 2003 @ 21:58:58


assalamualaikum,takziah saya ucapkan..saya sedih dengar cerita awak..utk pengetahuan awak ayah merupakan orang yang amat2 saya sayang..pantang bercerita pasal kematian oang tersayang pasti air mata saya menitik..pernah saya tanya pada diri sendiri..adakah saya sanggup menghadapinya...ters terang saya katakan saya tak sanggup...mungkin orang kata saya lemah tapi saya takut kehilangan dahan utk berpaut..seperti awak setiap perkara yang berlaku dan orang pertama yang akan mendengarnya ialah abah saya..abah seorang yang memahami..sekali lagi saya ucapkan takziah..mungkin agak terlambat tapi saya harap awak menerimanya...selalunya sukar utk kiter melepaskan sesuatu yang kiter sayang tanpa kiter sedari kiter sekadar meminjamnya dari yang MAHA ESA...bersabarlah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Aku Sayang Abah
oleh darul_numan81 pada Rabu, 16 Julai 2003 @ 21:33:45
(Info AHLI)


as'kum..cerita yg sungguh menyayat hati. semoga kita menghargai kasih kedua ibubapa kita sebelum mereka berdua hilang dari muka bumi ni.

p/s: ana rasa ni bukan cerita sebenar penulis... ana kenal siapa aidilshah ni
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Aku Sayang Abah
oleh Hubb_qilaf (pro2vivaA) pada Selasa, 22 Julai 2003 @ 10:24:38
(Info AHLI)
sedihnya cerita ni..Ana pun dah kehilangan ayaah,dah 3 tahun lebih,Ana rindukan dia..Semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org yg diredhai Allah..Hargailah ayah dan ibu kita....
]


Re: Aku Sayang Abah
oleh aidilshah pada Khamis, 25 September 2003 @ 10:23:06
(Info AHLI) http://www.wiramas.com.my
in the name of Allah the most gracious the most merciful

sabarlah akhie ingatlah enta masih ada lagi seorang ibu yang menyayangimu oleh itu hargailah beliau yang pergi tetap pergi cuma apa yang boleh kita buat ialah mendoakannya.

al-fatihah ameen.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.195047 saat. Lajunya....