Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Cara Hidup Berpandukan AL_QURAN
 Posted on Rabu, 12 Oktober 2005 @ 10:01:07oleh istisafa
Tazkirah srikandisolehah menulis Marilah kita bersama-sama merenungi sepotong ayat yang difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam surah Al-Nisa iaitu ayat 136 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan (kepada) kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasulnya (Muhammad) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu.

Dan sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasulnya dan hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan sejauh-jauhnya.

Ayat ini menunjukkan bahawa beriman kepada kitab suci Al-Quran dan menjadikan isi kandungannya sebagai pedoman dan panduan hidup kita merupakan suatu kewajipan bagi kita. Tidak ada seorang mukmin pun yang boleh mengatakan bahawa isi dan suruhan di dalam Al-Quran sudah tidak sesuai di zaman moden ini. Bagi mereka yang mengatakan sedemikian dengan bermaksud menghina dan memperkecilkan isi kandungan Al-Quran sesungguhnya ia telah sesat di akhirat kelak, Allah menyediakan untuknya azab.

Marilah kita bertanya kepada diri kita, sejauh manakah usaha kita untuk menambah keimanan dan keyakinan kita dengan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk dalam kehidupan kita sehari-hari dan sejauh manakah usaha kita untuk menghayati isi dan kandungan Al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah untuk umat manusia.

Untuk melihatkan bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan Al-Quran tersebut perlulah ada pada diri kita berapa ciri sebagai tanda dan ukuran. Ciri yang dimaksudkan itu ialah:

Yang pertama, hendaklah kita sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya. Dengan membaca Al-Quran ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, kaimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dengan membaca Al-Quran itu juga kita akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat dari Allah, sebagaimana maksud sabda junjungan kita nabi Muhammad s.a.w.: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya".

Ciri yang kedua pula ialah Al-Quran itu hendalah di baca dengan tertil iaitu dengan bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca Al-Quran akan menjadikan bacaan tersebut menyusuk ke dalam jiwa lalu menyentuh perasaan pendengarnya. Ciri yang ketiga ialah hendaklah kita sentiasa meneliti makna-makna ayat Al-Quran, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam Al-Quran itu. Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 24:

Yang bermaksud: Maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran.

Ciri yang keempat, hendaklah Al-Quran itu diajarkan kepada semua umat Islam iaitu disebarkan Al-Quran dengan seluas-luasnya agar mereka juga akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab mengamalkan dan memelihara kitab Allah tersebut dari satu generasi ke satu generasi selanjutnya. Mempelajari dan seterusnya mengajarkan Al-Quran itu merupakan sunah suruhan Rasulullah s.a.w. sebagaimana anjuran baginda dalam sabdanya yang bermaksud: Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.

Seterusnya hendaklah kita berusaha mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran tersebut. Inilah munafaat dan faedah yang paling penting dan besar yang dapat kita nikmati dan perolehi daripada Al-Quran setelah kita memahami isi kandungan. Amatlah buruk sekali jika kita hanya mengetahui isi kandungan Al-Quran dan memperkatakannya, tetapi kita gagal atau tidak mahu beramal dengannya. Allah s.w.t. berfirman:

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? amat besar kebenciannya disisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Marilah kita hiasi hidup kita ini dengan memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran. Kita munafaatkan hidup kita dengan membaca, menghafal, mempelajari segala petunjuk yang terkandung di dalamnya, memahaminya serta menghayati dan mengamalkan segala ajaran yang ada di dalamnya. Semoga Allah mencurahkan kepada diri kita, anak-anak kita dan isteri-isteri kita keberkatan dan keredhaannya sepanjang hayat kita di dunia dan kita mendapat kebahagiaan di akhirat nanti.

Kita pada hari ini sewajibnya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan sifat pemurahnya kita tidak dibiarkan hidup sendirian dan kita tidak dilepas hidup tanpa panduan. Kita dibekalkan oleh Allah dengan kitab suci Al-Quran Al-Karim untuk membimbing dan memandu kita dalam menghadapi hidup dibumi ini. Kita dijadikan dan diwujudkan oleh Allh s.w.t. dimuka bumi ini adalah untuk bekerja dan beramal mengikut panduan dan pengajaran yang diberikan oleh Al-Quran. Dan Allah juga yang memerhati dan menilai segala perbuatan kita itu. Kita sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menilai perbuatan kita dan kita juga tidak diberi kuasa untuk membalas perbuatan kita sendiri.

Marilah sama-sama kita mempelajari Al-Quran, menadah dan membaca makna dan pengajaran Al-Quran dan seterusnya beramal dan bekerja mengikut Al-Quran, kerana Al-Quran adalah panduan hidup kita.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kejalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

 

  Tazkirah


Komen


"Cara Hidup Berpandukan AL_QURAN" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cara Hidup Berpandukan AL_QURAN
oleh haiza pada Khamis, 13 Oktober 2005 @ 10:58:16
(Info AHLI)


begitu lah seperti yang telah disuruh oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

sebarang masalah....
rujuk lah Al-Quran dan sunnah.

agar kehidupan sntsa di jalan yang benar dan diredhai Allah.

wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cara Hidup Berpandukan AL_QURAN
oleh ibn_wanza pada Isnin, 05 Disember 2005 @ 2:31:28
(Info AHLI)


salam..
sayang bilamana generasi kini tidak celik dengan pentingnya berpegang dengan ajaran al-Quran..hakikatnya kita semakin jauh dari landasan sebenar..harapan ummat Islam semuanya agar kita generasi yang bakal menggantikan pentadbiran dunia nanti dapat kembali memartabatkan Islam sebagai agama yang memerintah dan unggul..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079916 saat. Lajunya....