Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
isa777_musa: 1 jam, 39 minit yang lalu
zam_rizal: 9 hari yang lalu
wanja: 19 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 27 hari yang lalu

Cerpen: Pinggan untuk Ayah
 Posted on Rabu, 05 Oktober 2005 @ 12:51:35oleh istisafa
Karya great_teacher menulis Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kasihan melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. kasihan ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu Kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Pinggan untuk Ayah" | Login/Mendaftar | 21 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh mulimahsejati pada Rabu, 05 Oktober 2005 @ 15:25:30
(Info AHLI)


anak zaman sekarang,..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh nur_ukhwah pada Jumaat, 07 Oktober 2005 @ 13:37:24
(Info AHLI)
baca kisah ni,cukup buatkan hati ni nak menangis saja...sampai macam tu sekali anak kandung memperlakukan ayahnye sendiri macam tu..disebbkan terlalu ikutkan kata isteri...apapun kisah ni cukup membuatkan saya terfikir..janganlah kita buat mereka macam tu sebab mereka pernah mencari rezeki untuk kita...dan tanpa mereka jugak kita takkan dapat lahir ke dunia ni...oleh tu jagalah mereka selagi mereka masih ada didepan mata kita ni supaya kita xmenyesal kelak....
]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh great_teacher ([email protected]) pada Rabu, 12 Oktober 2005 @ 1:18:27
(Info AHLI) http://fairudz.cjb.net
tapi...hairan ye...benda ni masih berlaku dalam realiti masyarakat kita sekarang...mana nilai kemanusiaan kita...renungilah
]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh jAiLuL_mAnsHuDaH pada Jumaat, 09 Disember 2005 @ 22:37:34
(Info AHLI) http://mycita.blogs.friendster.com/
jasa ayah jangan dilupakan...perginya seorang ayah tiada galang gantinya...
semoga kita semua tergolong dalam golongan anak2 yang soleh...Aminn...
]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh dharwillis pada Isnin, 12 Disember 2005 @ 15:28:14
(Info AHLI)
subhanallah..nasib baik sempat insaf..kalau tak tak tahulah..sedih bila baca tentang cerita tu...tapi ramai anak zaman sekarang beri layanan yang buruk pada mak ayah mereka..nauzubillah..semoga kasih kita semua pada parents kita sentiasa mekar...amin
]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh zaleha pada Khamis, 13 April 2006 @ 9:33:50
(Info AHLI)
sesungguhnyer jasa dan pengorbanan ibu bapa kita amat besar..malaupun kita menantu tapi mentua kita ibarat ibubapa kita..kita kena hormat mereka..kita sebagai anak kena pertahankan hak ibu bapa.....
]


Pinggan untuk Ayah
oleh fauzy_fx86 pada Jumaat, 22 September 2006 @ 23:21:57
(Info AHLI) http://www.wdfa.tak/
habis madu, sepah dibuang.
janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit..
]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh immad pada Rabu, 15 November 2006 @ 9:28:14
(Info AHLI)
erm cerpen ni menarik
tapi saya pelik napo hampir sama dengan iklan raya kat tv
siapa tiru idea siapa?
ha jawab jawab jawab
]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh yan4485 pada Khamis, 20 Oktober 2005 @ 13:02:10
(Info AHLI)


tu la anak yang lupa daratan..
tak mengenang budi...
so selalu la berdoa untuk dijauhkan dari situasai sebegini
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh jundey025 pada Khamis, 20 Oktober 2005 @ 13:28:53
(Info AHLI)
ayah kita tetap ayah kita..
tanpa ayah siapa la kita..
berbudi la kepada ayah selagi mereka masih hidup...
]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh hafizahfarhanah pada Jumaat, 28 Oktober 2005 @ 10:15:20
(Info AHLI)


assalamualaikum warahmatullah...
syabas dan setinggi2 ucapan tahniah saya ucapkan kerana cerpen yang saudara karang memberikan kesedaran dan boleh dijadikan renungan kepada para pembaca dalam jangka masa yang singkat..walaubagaimanapun,mungkin jalan cerita cerpen ini telah terlalu kerap digunakan oleh pengarang cerita2 lain seperti cerita teladan yang mengisahkan seorang anak yang memasukkan ayahnya yang telah tua ke dalam sebuah raga untuk dihantar ke rumah orang-orang tua.kemudian si cucu mengingatkan ayahnya supaya jangan lupa untuk membawa kembali raga itu supaya ia dapat digunakan untuk mengisi si ayah apabila di telah tua sepertimana yang telah beliau lakukan kepada ayahnya pada waktu itu....Walaubagaimanapun,cerpen ini masih mampu membuatkan saya terharu meskipun jalan cerita ini telah kerap kali saya ketemu..TAHNIAH!TERUSKANLAH NIAT MURNI ANDA.....!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh Fatim_Azza pada Rabu, 28 Disember 2005 @ 12:57:26
(Info AHLI)


Assalamualaikum..
syabas..bagus novel ni..
anak2 selalu macam tu...tak pasti nak salahkan si parents ke..or anak2 tu sendiri.
nak kata salah asuhan..parents tak pandai didik..tak kan la anak2 tu pula tak boleh fikir sendiri..
apa-apa pun..sama2lah kita ambil iktibar dari cerita ini..
Assalamualaikum..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh fizna_hana pada Selasa, 31 Januari 2006 @ 23:52:13
(Info AHLI)
Assalamualaikum..
entahlah... terusik juga bila baca novel ini...
kadang-kadang didikan mak ayah tu dah cukup sempurna tapi diri sendiri yang tak dapat menilai. Renungkanlah sendiri...
]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh khalifah_85 ([email protected]) pada Selasa, 28 Februari 2006 @ 6:55:11
(Info AHLI)


assalamualaikum...

agak sedih cerpen yang saudara karang ini,hampir mengalir air mata saya membacanya..

ceritanya memang menarik bagi saya,semoga berjaya ye..

teruskan usaha saudara...

wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh rabiatul_dhiyah pada Sabtu, 01 April 2006 @ 19:26:40
(Info AHLI)


keberkatan Allah itu datang daripada keberkatan ayah dan ibu. sayangi ayah dan ibu sebelum sayangi insan yang terkemudian hadir. sesal dahulu pendapatn, selalu kemudian tiada ertinya... sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah dan ibu kita.. Al-Fatihah.
wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh safiya06 pada Khamis, 13 April 2006 @ 10:28:31
(Info AHLI)


cerita ni memberi kesedaran kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita akan berlaku juga pada kita..
so,kesimpulan dari cerita ni,berbuat baiklah pada ibu bbapa kita..=)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh lipur pada Jumaat, 25 Ogos 2006 @ 10:19:48
(Info AHLI)


assalamualaikum....

sungguh hebat cerpen anda ini.....

sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita yang membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa tidak akan termampu kita membalas nya.....

berbaktilah serta taatilah kepada kedua orang tua selagi mereka masih bernafas. sesungguhnya tanpa mereka tidak akan ada kita didunia ini.......

wasalam......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh abu_ayyub pada Sabtu, 07 Oktober 2006 @ 17:01:35
(Info AHLI)


sedih mengenangkan ayah ana di kampung yang sudah uzur
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pinggan untuk Ayah
oleh ToK_iMaM ([email protected]) pada Rabu, 14 Februari 2007 @ 23:00:50
(Info AHLI) http://www.ukhwah.blogs.friendster.com/
assalamualaikum....
hurmm...jadilah anak yang soleh untuk kedua ibu bapa kita..kalau bukan mereka ..siapa lah kita di dunia ini...
semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat....amieenn....
]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh ima280387 pada Jumaat, 09 Mac 2007 @ 10:39:18
(Info AHLI)


Assalamualaikum..
tahniah atas penghasilan cerpen yang begitu menginsafkan..
rugi kalau sesiapa yang xbace..
sesungguhnya kedua ibu bapa adalah insan penting dalam hidup kita..
tanpa mereka, tiada lah kita atas muka bumi Allah ni..
insaflah, wahai insan2 diluar sana..
jangan menderhaka pada kedua ibu bapa..
sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapanya..
so, think about it..
pada yang telah pergi, sama-sama lah kita hulurkan Al-Fatihah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pinggan untuk Ayah
oleh cute_unlimited pada Ahad, 15 April 2007 @ 16:02:25
(Info AHLI) http://www.misijutawan.com, www.friendster.com/1490087/


Kasih ayah, berkorban apa sahaja
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara dek kerana harta...

kerana kesenangan kadang-kadang kita mudah lupa pada kesusahan..
tapi apakan daya kita...
manusia...makhluk yang mudah lupa..
tetapi di bahu kita ltknya tgg jawab..
tgg jwab sesama makhluk dan kepada Tuhan.
sedarlah...

kalau ibu ayah kita mampu untuk mendidik,mengasuh dan membesarkan kita yang seramai 10 orang ni...
Kenapa kita yang seramai 10 orang ni tak mampu nak menjaga mereka yang hanya 2 org?

fikir2kanlah sahabat....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097964 saat. Lajunya....