Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 7 hari yang lalu

Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku
 Posted on Khamis, 29 September 2005 @ 10:22:56oleh istisafa
Kenangan salina1968 menulis Sewaktu kecilku, ibu sentiasa menceritakan kepada ku akan kisah-kisah yang terdapat dalam kitab-kitab sebelum saya memejamkan mata untuk tidur. Masih ku ingat, sebuah kitab berwarna hijau yang di muka hadapan tertera perkataan TANBIHUL GHAFILIN.

Pernah ku tanya ibu, "Siapakah yang menulis cerita-cerita di dalam kitab itu". Jawabnya "Abu Laits As Samarqandi".

Ku bertanya lagi, "Siapakah dia ?" Jawab ibu, "Dialah salah seorang yang dijadikan Allah untuk menyambung lidah Nabi (SAW)".

Ku bertanya lagi, "Bagaimana mereka menyambung lidah Nabi ibu ?"

Jawab ibuku, "Mereka mengorbankan kesenangan dan kemewahan dunia untuk mendapat harta yang paling berharga".

Ku bertanya lagi, "Apakah harta yang paling berharga ?"

Jawab ibu secara spontan dan ringkas, "ILMU."

Saya kebingungan, "Ilmu ?"

Ibu tersenyum sambil mengusap rambut ku. "Ya, ilmulah harta yang paling berharga di dunia. Kerana ilmulah yang akan menjadi pelita buat menyuluh jalan untuk kita beramal ke arah kesempurnaan iman."

Ibu menyambung, "Llmu juga harta yang tidak mampu dirompak dan dicuri. Malah ilmu juga tidak seperti harta-harta yang lain. Ilmu makin diberi kepada manusia, ilmu itu semakin bertambah tidak berkurang. Tidak seperti duit, makin diberi semakin berkurangan", ujarnya.

"Ilmu juga bisa dibawa ke mana sahaja dan tidak memakan ruang berbanding dengan harta dunia yang lain."

Lalu ibu berkata lagi, "Bila dewasa nanti jadilah seperti mereka. Kelak hidup mu akan mendapat keberkatan di dunia serta bahagia di akhirat."

Ku bertanya, "Jika saya tidak mampu menjadi seperti mereka ?"

Ibu menjawab, "Maka Allah tidak akan jatuh darjat-Nya walau sedikit pun. Sebaliknya Allah akan datangkan seorang hamba-Nya yang lebih bertaqwa untuk memperjuangkan lidah kekasih-Nya. Waktu itu anak ibu akan berada di dalam kerugian."

"Tapi bu, Saya tidak mahu mendapat kerugian, tapi mampukah saya menjadi seperti mereka ?"

Ibu tersenyum, "Sebab itu ibu membacakan kisah-kisah mereka. Agar anak ibu dapat mempelajari bagaimana ingin menjadi seperti mereka. Ibu yang mana yang sanggup melihat puterinya dalam hayatnya digamit kerugian ? Jadi niatlah dari sekarang agar kelak di usia dewasa mu nanti, anak ibu akan menjadi seperti mereka. Memberi ilmu buat menyuluh jalan-jalan menuju kesempurnaan iman dan taqwa. Yang menjadikan diri mereka bagai bulan purnama, menerima cahaya matahari untuk keindahan diri serta menerangi manusia didunia dari kegelapan malam. Begitulah resam orang yang menimba ilmu bagai bulan purnama. Mengambil ilmu dari Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui untuk mengindahkan diri dengan akhlak terpuji, serta menyebarkan ilmu kepada masyarakat untuk menyinari kegelapan zulumat jahiliah".

 

  Kenangan


Komen


"Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Isnin, 03 Oktober 2005 @ 8:21:08
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com


Memang benar, imlu adalah tersangat penting. Bagaimana pula denga iman? Tahap iman, tingkatan dan kekuatan iman? Tanpa iman, ilmu takkan dapat diamalkan, hatta memiliki ijazah/sarjana di bidang agama sekalipun.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Isnin, 03 Oktober 2005 @ 8:21:59
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com


Contoh termudah, semua orang tahu dan faham solah berjemaah di masjid sangat disukai oleh Allah, ganjaranya dilipat gandakan 27 kali. Tapi bukan ramai yang tak datang berjemaah di masjid, malah ustaz-ustaz ilmuwan pun tak mampu datang berjemaah di masjid. Apakah masalahnya?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Isnin, 03 Oktober 2005 @ 8:24:17
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com


Bukan tak ada ilmu.....rata-rata orang hari ni dah ada ilmu, walaupun sedikit. Tapi, masalahnya tak lain tak bukan ialah lemahnya iman. Allah swt jamin syarat kejayaan adalah bagi orang mukmin, beriman dengan iman yang sebenar-benarnya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku
oleh in_saff ([email protected]) pada Rabu, 05 Oktober 2005 @ 14:20:52
(Info AHLI)


hebatlah budak ni..kecik-kecik pun dah pandai memahami benda-benda yang rumit sebegitu...mungkin hasrat ibunya akan menjadi nyata jika terus berkekalan begini...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terkenang Semasa Dulu - Nasihat Ibu Ku
oleh sakeenah pada Rabu, 23 November 2005 @ 6:27:14
(Info AHLI)


Ilmu yang paling baik ialah yang paling banyak memberikan manfaatkepada pamiliknya. Taqwa kepada Allah adalah hasil final dari ilmu pengetahuan. Semoga kita semua dapat menjadi penyambung lidah Nabi SAW.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077933 saat. Lajunya....