Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 222
Ahli: 0
Jumlah: 222




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Sajak: Bicara buat sahabat.....
 Posted on Jumaat, 23 September 2005 @ 9:12:32oleh istisafa
Karya alqibtiaz menulis Sahabat…
Di kesepian ini
Bersama nyanyian kerinduan
saya mula membayangkan
Detik-detik kita bersama
Mengharungi lautan bersama demi satu perjuangan

Menuruni lurah dan lembah
Demi mencari secebis sinar
Bekalan hari esok
Di sebalik pencarian itu
Terselit sebuah ikatan…PERSAHABATAN
Yang sukar diungkaikan

Namun…
Tanpa diduga
Lautan tenang tetap bergelora
Adakah bahtera kasih yang dibina ini akan dilanda badai gelora
Dihempas oleh sang ombak yang menggila    
Akan terungkaikah sebuah ikatan?
saya telah cuba menyelamatkannya dari musnah
Tapi apakan daya diriku ini tak mampu lagi menanggung beban ini

Sahabat…
saya merantau mencari diriku semula
Dimanakah saya kini
Akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan
Yang pernah saya miliki dulu?
Lubuk hatiku dilanda resah,sedih,pilu dan rindu
Akan sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu
Deraian air mata mengiringi semuanya

pagi menyerlah kembali
Bangkit saya mencari ketenangan
Bagai tersedar dari mimpi
Di puncak kegelisahan
Kuharap sinar ini merubah segalanya
Akan kubawa haluanku sendiri
Akan kuteruskan perjuangan ini demi menggenggam sebuah kejayaan
Kemaafan kupinta sepanjang kita bersama
Bisa mengguris hati masing-masing
Harapanku agar kau berjaya dalam hidup ini
Meneruskan perjuanganmu

 

  Karya


Komen


"Sajak: Bicara buat sahabat....." | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Bicara buat sahabat.....
oleh ridwan ([email protected]) pada Selasa, 18 Oktober 2005 @ 15:42:29
(Info AHLI)


tiada ungkapan
perpisahan dalam ukhwah
walaupun maut menjadi nohtahnya
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa
dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.......

sahabat sejati
takkan membeku dikala musim sejuk,
takkan cair dikala musim luruh,
tapi iakan sentiasa mekar sepertimana tibanya musim bunga.........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bicara buat sahabat.....
oleh alqibtiaz (saqafiah_wahidah@yahoo) pada Ahad, 23 Oktober 2005 @ 14:28:42
(Info AHLI)
Antara kita tiada rahsia,
Susah dan senang tetap bersama,
Terpatri namamu kau takkan ku lupa,

Sudah bertahun lama,
Kita tidak lagi bersua,
Hanya tinggal kenangan,
Yang tak mungkin kita lupa,
Kirimkan khabar selalu,
Seiringan hembusan bayu,
Sekadar pengubat rasa rindu di kalbu,

Pantas masa berlalu,
Meninggalkan kita semua,
Tanpa disedari,
Bertambahlah usia kita,
Potert lama masih kusimpan,
Ku bingkaikan kenangan,
Hingga terkadangku,
tersenyum sendirian.

Oh perjalanan kita msih jauh,
Jalanan berliku bakal kita tempuh,
Imbaslah kenangan semalam,
jadi azimat penguat semangat,
Menempuh masa hadapan,
Harapanku kau kan bahagia selalu,

Padaku engkau penghibur duka,
Pengubat hati resah kecewa,
Di kala malamku kau bawa cahaya,

Antara kita tiada rahsia ,
Susah dan senang tetap bersama,
Terpatri namamu kau takkan ku lupa,

Sematkanlah bingkisan rindu di kalbu...
]


Re: Bicara buat sahabat.....
oleh syuhada_islamic pada Sabtu, 12 November 2005 @ 11:13:41
(Info AHLI)
jadilah sahabat sejati...
]


Re: Bicara buat sahabat.....
oleh alqibtiaz (saqafiah_wahidah@yahoo) pada Selasa, 22 November 2005 @ 13:52:14
(Info AHLI)
sahabat...bukan senang di cari ganti..
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082378 saat. Lajunya....