Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Cerita Bersiri: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
 Posted on Selasa, 06 September 2005 @ 17:59:22oleh Kang
Karya diny menulis first of all ini bukan karya diny..copy dan paste from my friend's bulletin..

Pintu masuk kedai itu dibukanya dengan sedikit tergesa-gesa. Sebaik sahaja pintu terbuka, dia pantas memetik suis lampu dan pendingin hawa di belakang meja. Beg sandangnya diletakkan ke
bawah meja.

Belum pun dia bersedia untuk tugasnya., seorang lelaki masuk ke kedai itu. Pelanggan pertama malam itu. Tanpa mengukirkan senyuman seperti biasa yang dilakukannya, gadis itu pantas menghidupkan tujuh buah komputer yang tersusun menghadap dinding kaca. Malam ini dia agak lewat membuka kedai. Biasanya selepas solat Maghrib dia akan terus membuka Service Center itu. Tetapi hari ini dia hampir terlupa tugasnya dek kerana sibuk mengulangkaji pelajaran.Setelah berpuas hati dengan keadaan komputer dan pencetak yang berfungsi dengan baik, dia melangkah ke kerusi empuk berwarna biru. Sambil itu dia menjeling ke arah lelaki yang masuk tadi. Lelaki yang memakai jaket yang berlambangkan logo kolej itu sedang membelek-belek beberapa batang pen di bahagian alat tulis. Tanpa menghiraukan lelaki itu lagi, Iza mencapai buku nota subjek Fizik dari begnya. Pukul 9 nanti dia akan menghadapi ujian dua subjek berkenaan.

Macam mana nak pesan majalah? Hampir sahaja buku di tangan terlepas dari pegangannya. Terkejut dia dengan pertanyaan tiba-
tiba itu. Lelaki yang masuk tadi kini sudah berdiri di hadapannya. Lelaki itu tersenyum manis. Iza mancapai sehelai borang pesanan yang disediakan tanpa sedikit pun membalas senyuman itu. Dia
terlalu risau akan ujian yang akan dihadapinya sebentar lagi. Apabila borang sudah bertukar tangan, Iza menatap notanya kembali. Ermacam mana nak isi? Iza mengeluh berat. Hatinya sedikit geram. Apa yang susah sangat nak isi borang itu? Selama ini tidak ada satu pun komen yang didengarinya mengenai borang itu. Semuanya pandai mengisi sendiri borang. Isi nama, nombor telefon dan majalah yang nak dipesan, jelas gadis itu separuh ikhlas. Nombor telefon nak juga ke ? Iza mengeluh lagi. Kenapalah di saat-saat dia risau begini terpaksa berhadapan dengan pelanggan seperti itu. Kalau bukan kerana abang Pian yang meminta dia tunggu sekejap, pasti dia kini boleh mengulangkaji dengan lebih tenang. Fizik adalah subjek yang agak susah baginya. Risau juga sekiranya gagal dalam ujian itu. Nombor telefon tu untuk kami hubungi bila majalah dah ada. Tak perlulah awak datang sini untuk tanya, jelas gadis itu lagi. Kali ini dia sudah memberi perhatian pada pelanggannya itu. Ditenangkan sedikit hatinya. Tetapi matanya jarang dipanahkan ke wajah lelaki itu. Dia mudah berasa malu apabila memandang wajah lelaki yang tidak pernah ditemuinya.Mata gadis itu jatuh pada kad matrik yang dipakai lelaki itu. Serta-merta dia bagaikan tertarik dengan nama yang tertera di situ. Faizul Amin.

Sekali lagi dia memandang wajah itu. Lelaki yang berwajah sederhana dengan kaca mata tanpa bingkai. Wajahnya dihiasi dengan sedikit kumis dan janggut yang dijaga rapi. Dengan penampilan sederhana itu, Iza tidak menafikan bahawa lelaki seperti itulah yang diminatinya. Mungkin kerana itu debaran di dadanya bagaikan lari dari rentak biasa. Melihat kad matrik lelaki itu, dia pasti mereka adalah dari kemasukan yang sama. Cuma bezanya lelaki itu adalah pelajar ijazah.Sedang dia melayan perasaan, telefon di belakang berbunyi. Gadis itu sedikit hairan. Siapa pula yang telefon. Biasanya telefon itu hanya digunakan
ketika siang untuk urusan kedai. Dia pantas mengangkat gagang telefon.

Hello.
Iza, ujian dah nak mula.
Apa?
Dia pantas memandang jam di tangan. Baru pukul 8.30. Setahunya ujian hanya akan bermula pada pukul sembilan. Hatinya semakin risau. Abang Pian masih belum tiba untuk menggantikannya.Cepatlah datang dewan. Suara Nurul kedengaran lagi di hujung talian. Ok, ok. Aku datang sekarang, balas Iza separuh cemas. Dia meletakkan gagang kembali. rasa paniknya muncul. Apa yang perlu dia buat sekarang. Lelaki bernama Faizul Amin tadi sudah pun keluar dari kedai. Nampak gayanya terpaksalah dia tutup sahaja kedai. Ketika dia bergegas keluar, abang Pian muncul. Iza mengeluh lega.

Eh! Kata ujian pukul 9, tegur senior tahun lima itu.
Entahlah, tadi Nurul telefon kata ujian dah nak mula.
Dia terus keluar dengan perasaan cemas. Kalau betul ujian sudah hampir bermula, pasti perhatiannya pada ujian akan terganggu.
Sebaik sahaja keluar dari kedai, dilihatnya lelaki itu masih lagi berada di luar. Dapat dirasakan wajahnya mula terasa panas dek malu. Seakan tidak menghiraukan lelaki itu, dia mencapai sandal
di atas rak.

Eh, kita sebaya ke? Lelaki itu bertanya tiba-tiba. Iza mengangkat wajahnya, memandang tepat ke wajah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum lagi sambil memerhatikan kad matrik yang tergantung di lehernya.

Buat part time ke kat sini? Tanya lelaki itu lagi. Buat kali pertama Iza mengukir senyuman sambil mengangguk untuk mengiyakan.
lah.. saya ingatkan bukan student, ujar lelaki bernama Faizul Amin itu lagi. Iza tertawa kecil. Memang ramai yang menganggap dia bukan pelajar kolej berkenaan. Yalah, jarang boleh lihat pelajar kolej itu membuat kerja sampingan seperti itu.

Nak pergi mana ni? Er saya ada ujian kejap lagi. Ohgitu. Tak apalah. Good luck ye, ucap lelaki itu mesra. Thanks, balas gadis itu sambil mengukir senyuman. Kali ini rasa malunya sudah semakin berkurangan. Cuma terasa hangat di hati dengan kemesraan lelaki itu. Debaran di dadanya sudah semakin berkurangan, tidak seperti mula-mula dia menatap wajah itu.

Setelah mengucapkan terima kasih, Iza melangkah terus ke Dewan Peperiksaan tanpa berpaling lagi pada lelaki itu. Namun nama dan wajah itu pasti tidak akan dilupakan. Apatah lagi suara bernada mesra itu. Untuk pertama kali dalam hidup gadis berusia 18 tahun itu, dia dapat merasakan kehangatan menyentuh ke dasar hatinya. Begitu indah, begitu mengasyikkan perasaannya.

 

  Karya


Komen


"Cerita Bersiri: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :." | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
oleh al-hafizz ([email protected]) pada Khamis, 08 September 2005 @ 12:02:20
(Info AHLI)


best jugak
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
oleh farhanna pada Khamis, 15 September 2005 @ 9:18:37
(Info AHLI) http://www.farhanna.blogdrive.com
macam best saja cerita ni.....
]


Re: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
oleh amirez pada Jumaat, 17 Mac 2006 @ 0:50:35
(Info AHLI)
intro yang menarik juga. macam kenal orang bernama faizul amin tu. hmm
]

Re: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
oleh neerza pada Sabtu, 08 Julai 2006 @ 23:15:31
(Info AHLI)


best lah cerita ni
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
oleh cute_unlimited pada Ahad, 15 April 2007 @ 15:14:52
(Info AHLI) http://www.misijutawan.com, www.friendster.com/1490087/


Intro yang menarik...

bila nak sambung?
nak baca samapai habis then baru boleh komen or bagi pendapat panjang2 sikit...

keep up d good work...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: .: Kau Yang Ku Cinta-Bahagian 1 :.
oleh cahayaputeri ([email protected]) pada Rabu, 28 November 2007 @ 17:12:36
(Info AHLI)


cerita ini dah besz dah tapi macam tgantung saja..
harap dapat continue..besz sangat!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079074 saat. Lajunya....