|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir. -- Kata Bijaksana
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 124
Ahli: 0
Jumlah: 124
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
Cinta Seorang Lelaki
|
|
|
Posted on Jumaat, 02 September 2005 @ 8:56:42oleh istisafa
|
|
|
syahbi menulis Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama. 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya. 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA.
Lebih baik dipraktikkan selepas berkahwin..
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
|
Komen
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Jumaat, 02 September 2005 @ 22:50:50
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com
Yang ni semua ciri-ciri lelaki tak sejati ni.... Lelaki sejati kenalah mencintai umat lebih daripada dirinya, bukan cinta kepada kekasihnya saja, ni tak betul ni kalau ada ciri-ciri macam ni... Ni bukan lelaki sejati dan bukan cinta sejati.... Contohilah cinta Rasulullah saw
oleh Ramzi (alisya_suhana_bib) pada Isnin, 05 September 2005 @ 9:45:18
(Info AHLI)
oleh futurama pada Khamis, 08 September 2005 @ 13:07:10
(Info AHLI)
oleh inspirasiku_85 pada Selasa, 13 September 2005 @ 12:33:39
(Info AHLI)
oleh sofea_soleha ([email protected]) pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 9:25:26
(Info AHLI)
>>Berharap dapat bertemu jodoh yang menjadi penyejuk mata, penawar hati (Amin)
oleh atiqahsyahidah pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 22:12:27
(Info AHLI)
oleh mujahid007 ([email protected]) pada Isnin, 26 November 2007 @ 17:09:20
(Info AHLI)
jk cinta macmana pun jk kat ketepikan ALLAH,RASUL,IBU BAPA itu bukan cinta sejati namanya..
oleh kama_klate ([email protected]) pada Khamis, 15 September 2005 @ 14:54:44
(Info AHLI) http://-/
saya cadangkn contohilah cinta speprti Rasulullah
oleh syahrenger ([email protected]) pada Ahad, 18 September 2005 @ 16:46:38
(Info AHLI) http://tungguuuuuuu!!!!!
Kita orang lelaki ni jangan hopokrit lah.... Walaupun betul2 cinta kepada seseorang perempuan... namun tidak dapat 100%. masih ada hati juga dengan perempuan lain sikit2. Apa yang penting ialah tanggung jawab selepas kahwin. Sekarang boleh lah kata cinta sepenuh hati tapi kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku selepas kahwin. Buat masa sekarang dan selama-lamanya, cubalah untuk bercinta dengan sepenuh hati dengan ibu kita. Itu lebih penting. Insya Allah akan jadi anak yang soleh. Insya Allah, berkat daripada doa ibu, kita bercinta dengan cara yang betul dengan sesiapa pun
oleh leo (fiera_86:)) pada Ahad, 02 Oktober 2005 @ 12:37:21
(Info AHLI)
memang betul 100%
oleh amakusa ([email protected]) pada Rabu, 26 Oktober 2005 @ 12:59:09
(Info AHLI)
saya setuju pandangan ridwan daie......... lelaki sejati meletakkan cinta kepada allah yang teratas kemudian rasulullah s.a.w.......
contohilah rasulullah s.a.w itu yang terbaik.
jangan jadi hamba cinta manusia.
oleh ibn_wanza pada Ahad, 13 November 2005 @ 3:01:41
(Info AHLI)
CINTA..banyak tafsiran yang boleh dbuat padanya..jangan samakan cinta ILAhi dengan cinta sesama manusia...sebaik2nya,jadikanlah cinta sesama manusia sebagai wasilah untuk menuju redha ILAHI..-yang memberi pendapat,insan jaheel.
oleh aisyah_kasihmuslimah pada Sabtu, 10 Disember 2005 @ 22:25:04
(Info AHLI) http://-/
"Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan...."
Lebih baik menitiskan airmata selayaknya untuk ibu tercinta...& isteri tersayang
Sahabat saya juga pernah pesan
Jangan titiskan airmatamu kerna seorang lelaki
Jadi, lelaki juga patut begitu..
Semoga hidup kita semua sentiasa dalam redha Allah swt. ameen...
oleh mirwana_87 (cahaya_mirwana) pada Jumaat, 20 Januari 2006 @ 14:54:34
(Info AHLI)
alhamdulilah....kalau selepas berkahwin dikurniakan lelaki sebegitu,syukurlah...tapi kalau sebelum itu....tak manis di pandangan islam..biarlah kita bazirkan air mata ini kerana allah,tapi jangan pula kita bazirkan ia kerana hal dunia semata-mata.anggaplah sudah ketentuan dan tiada jodoh...kan ramai lagi kaum hawa kat dunia ni.mana tahu allah mahu kurniakan kita jodoh yang lebih baik lagi dari sebelumnya.ingatlah...setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
oleh siswa ([email protected]) pada Ahad, 02 Julai 2006 @ 3:51:16
(Info AHLI)
Cinta sejati HANYA untuk aLLAH dan NABINYA.
oleh attuffah_humairah ([email protected]) pada Jumaat, 09 Februari 2007 @ 0:46:48
(Info AHLI)
hehe..kelakar jugak lelaki ni bila dah jatuh cinta...perasaan halus itu fitrah...peliharalah ia bila dah dapat org yang sepatutnya...ana tak pandai nak komen apa-apa...
oleh _norlidahashim_ pada Ahad, 28 September 2008 @ 12:44:16
(Info AHLI)
oleh masturat ([email protected]) pada Rabu, 21 Februari 2007 @ 21:15:10
(Info AHLI)
Allah kurniakan setiap manusia dengan naluri....hargailah ia dengan sebaiknya.gunakan naluri pada tempatnya....tak salah berkasih sayang sesama manusia..tapi pastikan ianya tak melanggar hukum...=)
oleh ululalbab pada Khamis, 06 Mac 2008 @ 15:01:28
(Info AHLI)
saya bersyukur andai ditakdirkan saya dapat cinta seorang lelaki selepas berkawin serta diiringi keredhaan dari Illahi.. tapi lelaki sekarang tak macam lelaki dulu..laki sekarang yang minority merasa diri mereka akan dapat segala-galanya dari seorang perempuan..tak hairanla kalau lelaki yang bercinta boleh pasang 2,3,4 orang awek dalam masa yang sama..
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:36:06
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/
panduan untuk lelaki yang sudah berkahwin sahaja!!!!
oleh miss_nuyu ([email protected]) pada Isnin, 06 Oktober 2008 @ 11:57:25
(Info AHLI)
semuanya betul,tapi semua 2 atas masing-masing,bukan semua llaki sjati...tapi kalau yang betul-betul sjati memang susah betul nak jumpa..kalau ada,nak kenal juga,hehehe