Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 14 hari yang lalu
sadiqah: 18 hari yang lalu

Sajak: rindu..
 Posted on Rabu, 31 Ogos 2005 @ 15:15:48oleh Kang
Karya sufti_ilham menulis ku renung ke langit..
awan jingga berarak sepi
bersama hembusan sang bayu menyapa wajahku..
aduhai..damainya terasa
ku lirik ke dasar hatiku..

rinduku peneman setia
tak pernah menoleh dariku..
rindu yang ku simpan..hanya untuknya..
ku tersenyum kerana
dia sentiasa menemaniku di sudut itu..
namun kini kau berjaya merampasnya
kau bawa rindu itu jauh dariku
oh..Kenapa kau berlalu dengan membawa rinduku
wahai sang bayu..??
pulangkan..
pulangkan rinduku itu kepadaku
tolonglah..
aku tak tega tanpanya
hanya itu yang ku ada
setelah dia berlalu dariku..
hanya rindu itu penemanku..
hanya di situlah namanya..
hanya di situlah senyumnya
kerana nama dan senyumnya
yang ku simpan jauh di lubuk hatiku
telah ku pudarkan..
oh..tolong sang bayu..
kembalikan ia padaku..
belum masanya untukku padamkan ia..
aku masih memerlukannya
ku rayu padamu..kembalikan..
namun kau semakin jauh melarikan rinduku itu..
oh,ya Rabbi..
ku berwudhu' untuk menghadapMu..
untuk mengadu padaMu..
untuk meminta Kau kembalikan rinduku itu
aku tak tega..
aku tak tega..
sesungguhnya Engkau Yang MAha Berkuasa..
Maha Suci Engkau Ya Allah..
hatiku berbelah bahagi
adakah patut ku minta padaMu
kembalikan rindu itu padaku..
atau..
harus saja ku biarkan ia berlalu..
ku sujud menghadapMu..
banjir lagi bening mataku..
keputusanMu ku terima Ya Allah
Terima kasih kerana berikanku petunjukMU..
terima kasih sang bayu
kerana kau bawa ia dariku..
untuk digantikan dengan kerinduan yang lebih bermakna..
rinduku sayang..
pergilah dikau
jangan menjengahku lagi
tolonglah..
tak ingin ku seksa lagi hati ini..
ku redha..
terima ksih kerana mewarnai hidupku
walau sekelumit cuma..

 

  Karya


Komen


"Sajak: rindu.." | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: rindu..
oleh affenry pada Khamis, 19 Oktober 2006 @ 12:26:45
(Info AHLI)


salam.........
syahdu nya...........
terusik hati ku..............
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: rindu..
oleh mas_ayu ([email protected]) pada Khamis, 06 Mac 2008 @ 11:04:27
(Info AHLI)


syahdunye...... terusik kalau baca di tengah2 mlm....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: rindu..
oleh are_rule1981 pada Isnin, 08 September 2008 @ 10:45:27
(Info AHLI)
syahdu nya ku rasa di saat ini
suasana sepi membisu
tersentuh hatiku
dibuai kenangan lalu..
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081873 saat. Lajunya....