Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
Abdullah: 22 hari yang lalu
muslimin23: 25 hari yang lalu
MTMKi: 38 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 51 hari yang lalu

DAMPINGILAH ALLAH
 Posted on Isnin, 08 Ogos 2005 @ 18:30:01oleh Hanan
Tazkirah azzahrah menulis Sekali lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: “aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: “Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya”

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???

 

  Tazkirah


Komen


"DAMPINGILAH ALLAH" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: DAMPINGILAH ALLAH
oleh Iman_Hayati pada Isnin, 08 Ogos 2005 @ 21:35:20
(Info AHLI)


Ya ALLAH, jangan kau palingkan HATI ini dari terus mengingati MU.
Tetapkanlah HATI ini agar terus beramal kepada MU..semoga diri ku sentiasa di bawah keberkatan MU..Amin
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: DAMPINGILAH ALLAH
oleh mulimahsejati pada Jumaat, 19 Ogos 2005 @ 14:04:33
(Info AHLI)


alhamdulillah....ana masih diberi kesempatan oleh yang maha esa untukbersyukur kepada-Nya...Tuhanku tetapkan lah hati ku dalam agamamuuu.............
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: DAMPINGILAH ALLAH
oleh ikhwan_1403 pada Jumaat, 19 Ogos 2005 @ 16:27:38
(Info AHLI)


syukran jazilan... "DIMANA ALLAH DALAM HATIKU????"moga2 hati ini sentiasa berusaha untuk mencintaiNya...moga Allah mengampuni kita semua......
"brgsiapa yang ingin mengetahui maqamnya disisi Allah, maka perhatikanalah sejauh mana dia menempatkan Allah dalam hatinya"
-imam junaidi albaghdadi
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: DAMPINGILAH ALLAH
oleh miss_3 ([email protected]) pada Khamis, 25 Ogos 2005 @ 13:36:01
(Info AHLI) http://-


tumpuan ALLAH pada kualiti hati kita, sama2 peliharanya dari titik2 hitam dosa yang akan mencemarinya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: DAMPINGILAH ALLAH
oleh raudhah84 ([email protected]) pada Khamis, 16 Mac 2006 @ 18:04:56
(Info AHLI) http://-/


destinasi cinta yang ku cari...
sebenarnya terlalu hampir...
hanya kabur kerana dosa di dalam hati...
telah kuredah daerah cinta..
yang lahir dr wadah yang alpa..
tiada tenang kutemui...
hanya kecewa menyelubungi...

ku gelintar segenap maya...
dambakan sebutir hakikat...
untuk ku semai menjadi sepohon makrifat...
agar dapat ku berteduh di rendang kasihMu..

namun ranjaunya tak akan sunyi...
selagi denyut nadi belum berhenti..
durjana syaitan kan cuba menodai..
segumpal darah bernama hati...

lestrikan wadi kalbuku oh Tuhanku..
leraikan daku dari pautan nafsu...
biarpun sukar bagiku melamar redhaMu..
namun ku tetap mengharap ampunanMu...

...ya Allah...ampunkan dosaku...tetapkan imanku...jadikan aku anak yang solehah...penyejuk mata ibu dan ayah ku...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085683 saat. Lajunya....