Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu

Peranan Sayyidah Khadijah di sisi Rasulullah
 Posted on Selasa, 02 Ogos 2005 @ 23:07:09oleh Hanan
Umum alea13 menulis Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Adapun peranan Khadijah sewaktu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mula-mula menerima wahyu dan diangkat menjadi Rasul, secara ringkasnya dapat disimpulkan seperti di bawah:

1. Khadijah amat mengenali dan memahami jiwa, peribadi serta akhlak suaminya dari sejak kecil sehingga dewasa. Beliau mengetahui betapa Rasulullah membenci adat kaum Quraisy yang menyembah dan mendewakan berhala. Demikian juga Baginda sangat benci kepada kegemaran kaumnya yang berjudi dan minum khamar, serta melakukan perbuatan di luar peri kemanusiaan seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana rasa malu dan takut jatuh miskin.

2. Khadijah memberi suaminya kesempatan dan kebebasan yang sebesar-besarnya untuk berfikir dan beruzlah, dalam usaha untuk mencari hakikat yang benar dan mutlaq. Baginda diberi dorongan semangat agar terus mencari kebenaran, dan tidak dibebani dengan persoalan rumahtangga dan perdagangan, yang semuanya diuruskan oleh Khadijah sendiri. Dan ketika Nabi bertafakur di Gua Hira', disediakannya perbekalan untuk Baginda tinggal di sana selama beberapa hari, dalam melakukan tahannuts mencari hakikat yang benar itu.

3. Ketika Nabi Muhammad berada dalam keraguan dan kebimbangan menghadapi kejadian-kejadian yang dilihat dalam mimpi Baginda, Khadijah meyakinkan suaminya, bahawa dengan akhlak Baginda yang mulia dan tidak pernah menyakiti hati orang lain, adalah mustahil Nabi akan diganggu atau digoda oleh jin dan syaitan.

4. Ketika Nabi Muhammad berada dalam kegelisahan dan kebingungan setelah menerima wahyu yang pertama, Khadijah menghiburkan hati dan meyakinkan suaminya, bahawa suaminya itu dilantik menjadi Rasul, dan akan mengangkat darjat kaumnya dari lembah kejahilan dan kesesatan kepada darjat kemuliaan dan kebahagiaan. Setelah hilangnya keraguan dan kecemasan suaminya, Khadijah pergi berjumpa dengan Waraqah bin Naufal, untuk menceritakan hal yang dialami oleh suaminya. Lalu Waraqah menjelaskan kepada beliau berdasarkan pengetahuannya dalam kitab Injil yang dipelajarinya, bahawa Muhammad tlh dipilih menjadi Nabi.

5. Ketika suaminya menerima wahyu kedua yang berisi perintah menyuruh Nabi mulai bekerja dan berjuang menyebarkan agama Allah dan mengajak kaumnya kepada agama tauhid, Khadijah merupakan manusia yang pertama yang mempercayai kalam Nabi dan menyatakan keimanannya, tanpa sedikit pun keraguan kepada apa yang disampaikan oleh suaminya.

Peranan Khadijah sebagai isteri dan wanita pilihan yang memang tlh dipilih dan ditetapkan oleh Allah dalam qadar-Nya adalah amat besar, dalam membantu usaha dah'wah suaminya untuk menyeru dan mengajak kaumnya kepada agama tauhid, meninggalkan sembahan berhala dan adat-adat jahiliyyah, serta mengesakan Allah. Allahu a'lam..

- Al-Qur'an dan Terjemahannya, cetakan al-Malik Fahd, Madinah.


Diriwayatkan dari Aisyah, beliau berkata: "Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga Baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah beliau seorang wanita tua, yang Allah tlh menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka Baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh Khadijah tlh beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dgnnya Allah mengurniakan zuriat kepada ku dan tidak dengan wanita yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya buat selama-lamanya."

 

  Umum


Komen


"Peranan Sayyidah Khadijah di sisi Rasulullah" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Peranan Sayyidah Khadijah di sisi Rasulullah
oleh houri pada Jumaat, 05 Ogos 2005 @ 7:35:42
(Info AHLI)


syukran untuk artikel ini.

seperti yang kita sedia maklum, Sayyidah Khadijah boleh dijadikan contoh isteri yang solehah, yang menjadi penenteram batin, penyokong setia dan penguat semangat kepada suami dalam berjuang dan beribadat kepada Allah. Beliau sanggup berkorban dengan harta, kedudukan dan diri beliau sendiri demi membela perjuangan Rasulullah SAW. begitu kuatnya kesan kesolehan Sayyidah Khadijah sehingga nama beliau banyak disebut-sebut oleh Rasulullah walau setelah Khadijah menghembuskan nafasnya. Begitu suci kasih antara Sayyidah Khadijah dan Rasulullah.

wallahu a'lam.
wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086684 saat. Lajunya....