Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 178
Ahli: 0
Jumlah: 178




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

TANDA-TANDA KECIL AKHIR ZAMAN
 Posted on Selasa, 12 Julai 2005 @ 15:46:41oleh Hanan
Tazkirah Nurul_Amin menulis Rasullullah SAW banyak memberitakan tentang alamat kecil dan besar akhir zamantanpa memberikan masa yang tepat terjadinya peristiwa-peristiwa akhir zaman ini (kerana masa sebenar itu rahsia Allah SWT). Sebahagian dari tanda tersebut mulai berlaku sejurus kewafatan baginda Rasullullah SWT dan secara berperingkat-peringkat semakin banyak tanda yang diberitakan kemudiannya muncul satu demi satu.

Dalam perkiraan dunia hari ini, hampir kesemua alamat kecil yang berikut (dan banyak lagi) bagi akhir zaman telahpun menjadi kenyataan dan antaranya:

-sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.

-tidak ramai umat islam yang. mahu mengamal dan menyebarkan agama islam.

-keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan, gambar-gambar serta filem-filem lucah berleluasa.

-penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakkannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

-perkara-perkara yang halal dianggap haram dan sebaliknya.
berbohong menjadi satu keperluan.

-zakat dianggap beban

-hujan/salji turun tidak pada musimnya serta tempatnya.

-wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan dan wanita lebih ramai dari lelaki.

-kawan dan lawan sukar dibezakan.

-masjid-masjid dihiasi, tetapi banyak yang kosong dan berkunci.

-riba berleluasa, orang yang beramal dengan agama pun tidak terlepas dari fitnahnya.

-darah manusia menjadi murah, peperangan, pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup. pergaduhan dan peperangan antara umat islam menjadi-jadi.

-akan datang manusia dari barat mempengaruhi umat supaya ikut cara mereka.

-ilmu agama tidak diberikan tempat yang sepatutnya dalam masyarakat (umumnya masyarakat muslim).

-kebodohan dan kejahilan tentang agama menjadi semakin jelas dan nyata.

-zina berleluasa serta arak menjadi munuman biasa bagi umat islam.

-banyak berlaku gempa bumi serta fitnah berleluasa.

-masa dirasakan begitu cepat.

-orang-orang miskin bermegah-megah dengan bangunan pencakar langit.

-muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela.

-ramai manusia mati secara mendadak.

-kebanyakan berita berupa pembohongan.

-ramai orang muslim yang hanya tahu bercakap mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.

-umat islam yang beriman merintih melihat maksiat berlaku sekelilingnya tapi tidak mampu untuk mencegah kerana sudah terlalu umum.

-ramai yang menjadi pengampu kepada pemerintah yang zalim.


Alamat-alamat kecil akhir zaman seperti yang dinyatakan di atas ini hanyalah sebahagian dari hadith-hadith Rasullullah SAW yang memperihalkan kejadian-kejadian akhir zaman. Banyak lagi alamat lain telah terbukti menjadi perkara yang umum pada masyarakat dunia hari ini, terutama mulai abad ke-20 Masihi.

Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lainn untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan takut mati'.

Kita akan bersambung dengan "alamat-alamat besar akhir zaman"....

(petikan dari: "Ahlul-Bait, Rasulullah SAW, Dinasti Melayu & Akhir Zaman",Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad.)

 

  Tazkirah


Komen


"TANDA-TANDA KECIL AKHIR ZAMAN" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: TANDA-TANDA KECIL AKHIR ZAMAN
oleh walllessmeem ([email protected]) pada Isnin, 15 Ogos 2005 @ 23:17:53
(Info AHLI)


1)kemusnahan alam berlaku.
2)kanak-kanak dan wanita ditindas.
3)wanita lebih ramai dari lelaki.
4)maksiat-maksiat berleluasa.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082238 saat. Lajunya....