Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu

Etika Foward Email / SMS / YM
 Posted on Rabu, 11 Mei 2005 @ 0:16:53oleh Hanan
Semasa cahaya_kelembutan menulis Message: Dunia globalisasi hari ini dalam situasi revolusi maklumat. Maklumat dalam beberapa saat daripada seluruh dunia boleh disebarkan dengan mudah, sama ada melalui email, ataupun
menggunakan sistem pesanan ringkas. Dengan kemudahan ini, berita boleh disampaikan dengan cepat, boleh disebarkan dengan begitu mudah
sekali.

Perkembangan ini menyaksikan popularnya penggunaan:
- Email Foward
- SMS Foward
- Yahoo Messenger Foward
- Posting2 Berita di Forum

Seronok juga melayan e-mail2 foward dengan bermacam-macam berita daripada seluruh dunia. Ada gambar-gambar yang menarik, indah-indah dan ada jugak tazkirah-tazkirah yang boleh
menginsafkan diri kita.

Kadang-kadang saya juga menerima mesej Yahoo Messenger. Ada katanya Yahoo Messegger akan ditutup dan kena send kepada 10 orang agar Yahoo Messegger akan berfungsi!! Bodohnya
mereka yang turut fowardkan mesej sebegini kepada rakan. Mungkin dalam hati mereka, "Ah, bukan rugi satu sen pun kalau nak foward.." Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah dia turut
terlibat dalam unsur penipuan mesej2 foward2. Tak terfikirkah, andainya Yahoo benar-benar nak tutup, dia boleh announce sendiri kepada planggannya!!

SMS foward juga pernah berlaku. Antaranya jika foward 10 orang dapat kredit RM50 percuma. Maka ramainya yang foward masing-masing berantai sebegini.
Aduh, mengapa bengap sangat lah mereka yang percaya dengan SMS sebegini. Ada juga SMS tentang ayat al-Quran berkenaan dengan bala Allah Tsunami... macam-macam lagi SMS foward....

Tak kurang juga yang suka posting2 berita2 yang HOT.. PANAS.. HANGAT.. di forum2, dengan niat yang pelbagai. Ada yang nak kongsi berita panas, kononnya dia antara yang terawal tahu, ada juga
mereka yang suka memBIJAKkan diri, konon-konon, dia tahu apa yang orang lain tak tahu... macam-macam perangai. Tanpa mereka ini selidiki berita2 yang dipostingkan dalam forum2.....

ETIKA PEMBERITAAN ISLAM

Apa yang jelas ialah Allah telah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

Menurut tafsir Ibn Kathir, berasaskan ayat inilah para ulama' bersepakat untuk tidak menerima berita yang datangnya daripada orang yang tidak
diketahui. Sama ada berita itu berupa hadis Rasulullah atau pun apa jua berita, ia tidak boleh diterima, apa lagi disampaikan kepada orang lain,
kerana kemungkinan orang yang menghantar mesej itu adalah orang yang fasiq.

Dalam etika penyampaian berita Islam,
sistem 'sanad' ataupun 'the chain of narrators' adalah penting untuk memastikan kualiti berita yang disampaikan dan kebenaran berita itu.
Sistem sanad asalnya ialah sistem yang
diasaskan oleh sarjana hadis untuk memastikan kualiti hadis yang mereka terima itu benar-benar datang daripada Rasulullah. Bagi ulama' terdahulu,
cukuplah mereka dikira berdosa jika menyebarkan hadis tanpa memeriksa dahulu, dari mana sumber hadis tersebut, dari siapakah dia ambil? dia itu
ambil dari siapa pula? bagaimana cara orang itu dapat hadis? Adakah penerima dan penyampai itu kenal antara satu sama lain? Pernahkah penyampai itu berdusta? Atau adakah penyampai
itu seseorang yang berhati-hati, kuat ingatan atau sering melakukan dosa?
Hal-hal sebegini amat dititik berat oleh sarjana hadis.

REALITI KITA SEKARANG?

Huh, sampai sahaja kepada kita, mana-mana email yang ada tazkirah cantik, rasa menginsafkan diri, terus kita sampaikan kepada orang lain, tanpa
memeriksa status hadis-hadis yang kita gunakan. Dalam bab lain, ada saja gosip tentang seseorang tokoh politik, raja-raja ataupun artis, terus kita sebarkan tanpa memeriksa status berita itu betul
atau tidak? Adakah anda sedar dengan menghantar email yang terkandung fitnah, anda juga boleh didakwa atas menyebarkan berita palsu? Kalaupun anda terlepas di dunia, memang di akhirat anda tetap akan berdepan dengan soal jawab daripada Allah.

Bukan tidak elok menyebarkan tazkirah, tetapi pastikan kualiti hadis yang digunakan dalam tazkirah. Kalau kita jahil tentang agama, tak mampu nak cek status hadis, tanyakan saja kepada mereka yang pakar, sebelum sebarkan
kepada orang lain. Atau lebih baik guna untuk diri sendiri sahaja. Berdosa sebarkan tazkirah dengan hadis palsu walaupun 'tak sengaja'. Tak sengaja
bukan kerana anda tak sengaja klik 'foward' kat orang lain, tapi kerana anda tak tahu ia betul atau palsu. Tapi persoalannya mengapa tak diselidiki
dulu?? Tak mahir tentang hadis? Kalau begitu tak payah sebarkan...

Kalau tazkirah itu berbentuk umum, yang ada ayat-ayat al-Quran yang mudah untuk diperiksa dari al-Quran dan terjemahannya, itu tidak mengapa.
Sebarkanlah dakwah demi Islam. Tetapi berhati-hatilah dengan maklumat palsu.

Ini tidak, semua yang dapat, disebarkn. Cukuplah dosa seseorang itu menyebarkan semua berita yang diterimanya tanpa usul periksa. Macam
disebarkan Holy Water lah, murtad itu dan inilah. Tazkirah itu baik, tapi jangan cemarkan tazkirah dengan unsur pemberitaan yang tidak beretika.

Wallahu A'lam.

 

  Semasa


Komen


"Etika Foward Email / SMS / YM" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Etika Foward Email / SMS / YM
oleh alea13 pada Rabu, 11 Mei 2005 @ 5:48:05
(Info AHLI) http://alin81.blogdrive.com


sampai sahaja kepada kita, mana-mana email yang ada tazkirah cantik, rasa menginsafkan diri, terus kita sampaikan kepada orang lain, tanpa memeriksa status hadis-hadis yang kita gunakan. Dalam bab lain, ada saja gosip tentang seseorang tokoh politik, raja-raja ataupun artis, terus kita sebarkan tanpa memeriksa status berita itu betul atau tidak? Adakah anda sedar dengan menghantar email yang terkandung fitnah, anda juga boleh didakwa atas menyebarkan berita palsu? Kalaupun anda terlepas di dunia, memang di akhirat anda tetap akan berdepan dengan soal jawab daripada Allah.

Bukan tidak elok menyebarkan tazkirah, tetapi pastikan kualiti hadis yang digunakan dalam tazkirah. Kalau kita jahil tentang agama, tak mampu nak cek status hadis, tanyakan saja kepada mereka yang pakar, sebelum sebarkan kepada orang lain. Atau lebih baik guna untuk diri sendiri sahaja. Berdosa sebarkan tazkirah dengan hadis palsu walaupun 'tak sengaja'. Tak sengaja bukan kerana anda tak sengaja klik 'foward' kat orang lain, tapi kerana anda tak tahu ia betul atau palsu. Tapi persoalannya mengapa tak diselidiki dulu??


benarlah yg teramat sgt.. hayatilah semula maksud Surah al-Hujuurat ayat 6 & amalkan dlm kehidupan seharian kita..

Allahu a'lam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Etika Foward Email / SMS / YM
oleh sukri96 pada Sabtu, 25 Jun 2005 @ 9:14:53
(Info AHLI)
emmm betul tu..
kadang-kadang tu main hentam balik balik tanpa usul periksa
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141401 saat. Lajunya....