Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu

Kesunyian Dan Kesedihan Di Atas Kebenaran
 Posted on Khamis, 28 April 2005 @ 15:37:08oleh littlemuslimah
Tazkirah ummuarib menulis Telah berkata sebahagian ulama salaf:

"Hendaklah kamu berpegang teguh kepada kebenaran, dan janganlah berasa sunyi (atau sedih) kerana melihat jumlah yang kecil yang berjalan di atasnya. Sebaliknya, jauhilah kebatilan, dan janganlah kamu tertipu kerana melihat jumlah yang ramai di atasnya."
(Madarijus Salikin - Ibn Qaiyim Al-Jauzi Jilid 1 halaman 22)

Kebenaran ada maharnya dan maharnya ialah ujian dan pengorbanan. Kebenaran tidak ditentukan oleh suara majoriti. Ia ditentukan oleh Al-Quran dan juga As-Sunnah. Ketika Baginda Nabi memperjuangkan Islam di Mekah, Baginda dan sahabat-sahabat merupakan golongan minoriti berbanding dengan musuh-musuh mereka. Namun mereka tetap cekal dan sabar di dalam perjuangan, semata-mata untuk mencari keredaan Ilahi. Begitulah keadaan Islam ketika ianya bermula dan begitulah akan jadi keadaannya di waktu ianya berakhir. Dalam sebuah hadis, Nabi telah bersabda:

“Islam bermula dalam keadaan asing dan ianya akan kembali asing sepertimana ia bermula dahulu. Kebahagiaanlah bagi mereka yang asing.”

(Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud dan mengikut Imam Tarmuzi ianya Gharib bertaraf Hasan Sahih.)

Di akhir zaman, tidak ramai yang komited dengan kebenaran, dan mereka yang benar-benar hendak menghayati Islam sering dipandang serong malah kadangkala akan dicap dengan gelaran-gelaran yang negatif. Namun ketika iman sudah menghiasi hati dan kelazatannya mula dikecapi, semua ujian dan tribulasi tidak akan dapat menggugat diri. Kesunyian, kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesyukuran, kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.

“Sesungguhnya Allah akan membela mereka yang benar-benar beriman.” (Al-Haj 22:38)

Begitulah janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji. Beruntunglah mereka yang terangsang dengan janji-janji ini dan tidak terpedaya dengan janji-janji manusia yang terbabas. Salah satu contoh yang menarik yang ditonjolkan oleh Al-Quran ialah tentang golongan yang bergelar 'Ashabul Kahfi.'

"Mereka adalah anak-anak muda yang beriman dengan Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." (Al-Kahfi 18:13)

'Ashabul Kahfi' merupakan anak-anak kepada raja dan pembesar Rom ketika itu. Jumlah mereka tidak ramai dan mengikut Ibn 'Abbas berkemungkinan berjumlah tujuh orang sahaja (Rujukan: Tafsir Al-Azhar -- Hamka.) Namun mereka tidak mengikut arus malah mereka tegas menyatakan kebenaran kepada pemimpin dan masyarakat. Justeru itu Allah merahmati hidup mereka dan memberikan pertolongan kepada mereka.

Inilah kisah untuk kita jadikan contoh pada hari ini. Kisah tentang kecekalan dan kesungguhan untuk menegakkan kebenaran walaupun dikelilingi oleh seribu-satu cabaran.

Wassalam.

 

  Tazkirah


Komen


"Kesunyian Dan Kesedihan Di Atas Kebenaran" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kesunyian Dan Kesedihan Di Atas Kebenaran
oleh sukri96 pada Sabtu, 30 April 2005 @ 11:28:44
(Info AHLI)


Artikel yag sangat2 menarik...
mekasih banyak2

Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya
Wallahu'alam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kesunyian Dan Kesedihan Di Atas Kebenaran
oleh cahayacinta pada Sabtu, 30 April 2005 @ 12:03:53
(Info AHLI)
]


Re: Kesunyian Dan Kesedihan Di Atas Kebenaran
oleh Tetamu pada Sabtu, 30 April 2005 @ 12:18:05
betul ape yang cikgu katakan tu,sebenarnya ana masih student nak kata tak tahu tapi dah tahu dan sekarang ana akan menambahkan ilmu lagi.Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya sendiri,jika seseorang tu,percaya akan janji Allah kepada hambanya seseorang tu tidak akan takut untuk menghadapi cabaran dan mereka rasa rasa dugaan yang ditempuh didunia hanya sementara sahaja tetapi dugaan yang akan ditempuh diakhirat akan kekal berterusan.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116503 saat. Lajunya....