Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 8 hari yang lalu

Boleh kah bercinta sblm nikah???
 Posted on Selasa, 17 Jun 2003 @ 10:04:12oleh Engku_Salina
Umum mohm3 menulis Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: Kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak
bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan:
1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup)
3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan

 

  Umum


Komen


"Boleh kah bercinta sblm nikah???" | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Boleh kah bercinta sblm nikah???
oleh aishah pada Khamis, 19 Jun 2003 @ 9:29:20
(Info AHLI)


Assalamualaikum,bolehkah bercinta sebelum nikah?pandangan saya,cinta merupakan sesuatu yang unik.Sukar utk mentafsirkannya.Adalah tdk salah utk bercinta dahulu sblm menjalinkan apa2 ikatan.Tapi tdkkah berkahwin dahulu lebih rasa nikmatnya bercinta.Cinta selepas berkahwin??????
Apa pandangan teman2 semua.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Boleh kah bercinta sblm nikah???
oleh zunnurain ([email protected]) pada Isnin, 08 September 2003 @ 21:49:25
(Info AHLI)
Assalamualaikum
bagi saya kahwin dulu baru bercinta adalah yang terbaik untuk diaplikasikan. ini kerana , bila dikatakan bercinta dulu maka segala perihal pasangan dari yang sebesar kuman pun akan diketahui. jadi ini secara tidak langsung sedikit sebanyak lama kelamaan akan membuatkan pasangan itu bila sudah berkahwin merasa jemu. akhirnya tanpa keimanan dan ketaqwaan yang maksimum ,sudah tentu .berlaku perkara-perkara yang tidak diingini berlaku... apapun saya tidak menafikan perlunya perasaan cinta dipupuk sejak awal tapi dalam batasannya...
]


Re: Boleh kah bercinta sblm nikah???
oleh Tetamu pada Rabu, 01 Oktober 2003 @ 14:49:00
assalamualaikum..saya setuju dengan pandangan aishah.sukar kita cari pasangan yang bercinta sebelum bernikah tidak berpegangan tangan ketika berjalan berdua-duaan.sekiranya kita sudah bernikah segalanya halal bagi suami isteri.bagi pasangan yang baru bercinta selepas berkahwin segalanya baru bagi mereka.ni akan lebih terasa nikmat mencintai dan dicintai oleh seseorang..
]


boleh.. but....
oleh tou_aii ([email protected]) pada Sabtu, 21 April 2007 @ 19:50:23
(Info AHLI)
memang lah boleh... manusia memang d lahirkn dr perasaaan cinta dan cinta itu sentiasa berputik... memang lumrah alam...
saya rasa...bercinta before kahwin ini hanya untuk org yang mampu menahan nafsunyer... dan yang mampu sahaj...jangan menyeksa diri...
wassalm....
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124649 saat. Lajunya....