Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 103
Ahli: 0
Jumlah: 103




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Bidaah dan beberapa perbahasan mengenainya..
Disiarkan pada Isnin, 07 Mac 2005 @ 6:49:49 oleh Hanan

Tazkirah alhaq99 menulis: "Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM / Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam, USM

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد:

Mukadimah:

Sesungguhnya bid’ah adalah ancaman terbesar terhadap ketulenan agama. Para ulama hadith tidak pernah lupa memasukkan bab-bab berkaitan dengan bahaya bid’ah yang telah diberi amaran oleh baginda Nabi s.a.w. Lihat umpamanya kitab hadith yang terkenal Kitab al-Sunnah oleh al-Hafizd1 Ibn Abi ‘Asim ابن أبي عاصم (w. 278H) dalam bab (2) ذكر البدع وإظهارها. Di dalamnya di muatkan riwayat-riwayat yang memberi amaran yang keras terhadap pembuat bid’ah dan mereka meninggalkan sunnah.

Perbincangan mengenai bid’ah begitu luas dan merangkumi banyak persoalan. Namun bagi kertas kerja yang ringkas ini, yang ditulis pula dalam tempoh beberapa hari sahaja, bagi memenuhi undangan yang baik ini, saya lebih banyak tumpu kepada perbincangan bid’ah di sekitar ibadah. Dengan menyedari di sana ada bid’ah yang sangat bahayanya pada zaman ini yang mengancam akidah dan ibadah iaitu kemunculan ajaran sesat yang boleh membawa kepada kufur yang dinamakan ‘Islam Liberal’. Inilah ancaman bid’ah terbesar terhadap umat dewasa ini yang sepatutnya para ulama bersatu menentang mereka. Saya –segala kedhaifan- berusaha menjawab ajaran sesat ini dengan tulisan dan lisan di berbagai-bagai tempat, majalah dan akhbar. Mengingatkan orang ramai tentang bahaya golongan ini. Malangnya ramai yang melupai ancaman golongan ini bahkan bersekongkol dengan mereka, dalam masa memusuhi mereka yang berusaha mengangkat sunnah Nabi s.a.w.

Namun oleh kerana seminar ini tidak menfokuskan persoalan tersebut, sebaliknya mengenai bid’ah yang mungkin menjadi perbincangan masyarakat, maka tumpuan saya ialah pada bid’ah dalam ibadah.

Dengan diingatkan, persoalan ini tidak boleh dibincangkan secara emosi tanpa panduan ilmu. Sebaliknya persoalan ini mesti dilihat dengan semangat ilmiah, menerima yang benar dari siapa pun ia datang. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i .a.:

كل مسألة تكلَّمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي
(3)

“Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi s.a.w. yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati”.


Ta’rif Bid’ah Dari Segi Bahasa

Bid’ah dari segi bahasa diambil dari بَدَعَ . Kata Ibn Manzur ابن منظو:

(بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ : أنشأه وبدأه (4

(Telah membuat sesuatu bid’ah (pasti tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan).

Kata al-Razi : (5) بدع الشيء : اخترعه لا على مثال : Membuat bid’ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh.

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya (6). Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid’ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum adanya contohnya.


Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah

Ta’rif yang baik bagi perkataan bid’ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi الشاطبي .h. (790H)7 dalam kitab yang masyhur الاعتصام. Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif jami’ dan mani’ ( جامع ومانع. Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesisnya Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh ulama terdiri daripada Ibn Taimiyyah9, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi paling terpilih10.

Demikian Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam tulusan al-Bid’ah wa al-Sunnah memilih ta’rif al-Imam al-Syatibi.

Kata al-Syatibi .h:

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه11

“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t”.


Huraian Al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid’ah

Al-Imam al-Syatibi setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini.

Di sini dinyatakan beberapa noktah penting huraian al-Imam al-Syatibi:

Dikaitkan jalan طريقة dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia tidak dinamakan bid’ah seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya, maka dimaksudkan dengan ta’rif ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada syari’ (Pembuat syariat). Ini kerana bid’ah ciri khasnya ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid’ah) segala yang jelas –sekalipun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, sama ada; atas dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab .a. menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid’ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang” 12.

Maksud تضاهي الشرعية ialah menyerupai jalan syarak dengan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ianya menyanggahi syarak dari beberapa sudut:
-Antaranya: Meletakan batasan-batasan13 seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab14.

-Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat) dan bentuk (haiat هيئات) tertentu15. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi s.a.w dan seumpamanya.

-Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari nisfu saya’ban dan bersolat pada malamnya16.

Kemudiannya, penyamaan bid’ah itu dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid’ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan17.

Maksud يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه (tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t) penyempurna makna bid’ah iaitu tujuannya untuk menjadikan syariat. Di mana tujuan memasukinya ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya. Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu).
Seakan-akan pembuat bid’ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak jelas bahawa apa yang Allah tetapkan undang-undang dan peraturan-peraturan sudah memadai18.

Al-Imam al-Syatibi menjelaskan lagi: “Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid’ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid’ah)”19.


Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi

Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi .h. dapat dibuat beberapa kesimpulan:

Bid’ah ialah jalan syarak yang baru reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid’ah.

Bid’ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid’ah.
Ahli bid’ah menganggap jalan, bentuk, cara bid’ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.
Bid’ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan bid’ah hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid’ah pada istilahnya.



Bid’ah Semuanya Saiyah

Berdasarkan hadith Nabi s.a.w, baginda menyatakan:

"..فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ (ضَلَالَةٌ"(20

(terjemahannya): “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat”.

Berdasarkan hadith ini, baginda menggunakan perkataan كل yang bermaksud semua. Jika berpandu hadith ini, dan kita faham pula maksud bid’ah seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Syatibi, maka tidak wajar bid’ah dibahagikan kepada hasanah dan saiyyiah , bahkan kesemuanya saiyyah dan dhalalah.

Al-Imam Malik bin Anas:


من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا
(21)

“Sesiapa yang membuat bid’ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”.



Perbahasan Bid’ah Hasanah

Namun begitu kita dapati ada beberapa tokoh para ulama sarjana Islam, terutama dalam tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i telah menyebut dalam kitab-kitab mereka istilah bid’ah hasanah atau hampir dengannya seperti bid’ah mahmudah بدعة محمودة., bid’ah wajib, bid’ah sunat dan bid’ah harus. Ini seperti al-Imam al-Syafi’i (wafat 204H) sendir, al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam (w. 660H), al-Imam al-Nawawi (w. 676H), al-Sayuti (w. 911H) dan beberapa tokoh yang lain.

Setelah diteliti ucapan-ucapan mereka, kita dapati lafaz bid’ah yang mereka gunakan merujuk kepada bid’ah dari segi bahasa, bukan bid’ah dari segi syarak. Di sini saya sebut beberapa huraian:

Al-Imam al-Syafi‘i .a (22)

Kata Ibn Rajab al-Hanbali (wafat 795H): “Al-Syafi‘i berkata: “Bid’ah itu ada dua: Bid’ah Mahmudah (dipuji) dan Bid’ah Mazmumah مذمومة (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji”. Maksud al-Syafi ‘i .a. ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini: bid’ah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid’ah pada istilah syarak. Adapun bid’ah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada bagi asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid’ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah”23.

Antara bukti al-Imam al-Syafi‘i tidak maksud bid’ah dalam ibadah itu bid’ah mahmudah ialah bantahan beliau terhadap sentiasa berzikir kuat selepas solat yang dianggap bid’ah hasanah oleh sesetengah pihak. Ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas:


إنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.

Kata al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm الأم:


وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ
(24)

(Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan)

Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:

وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلّم الناس منه وذلك لأن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تَهليلٌ ولا تكبير، وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصَفْتُ، ويذكر انصرافَه بلا ذكر، وذكرت أمُّ سلمةَ مُكْثَه ولم يذكر جهرا، وأحسبه لم يَمكُثْ إلاّ ليذكرَ ذكرا غير جهْرٍ. فإن قال قائل: ومثل ماذا؟ قلت: مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الأرض، وأكثر عمره لم يصلّ عليه، ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن بَعُد عنه كيف القيامُ والركوعُ والرفع. يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة. وأستحبُّ أن يذكر الإمام الله شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من انصرف من النساء قليلا كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى الإمام السلامَ قبل قيام الإمام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد انصرافِ الإمام أو معه أَحَبُّ إلي له.

(Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini25, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil26 dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda27 (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa?28. Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya).

Nyata sekali al-Imam al-Syafi’i tidak menamakan ini sebagai bid’ah hasanah, sebaliknya beliau berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Kalaulah maksud bid’ah mahmudah yang disebut olehnya merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu al-Imam al-Syafi’i akan memasukkan zikir kuat selepas solat dalam bid’ah mahmudah. Dengan itu beliau tentu beliau tidak berusaha menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau .a29.

Al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam (wafat 660H)30:
Dalam kitabnya قواعد الأحكام في مصالح الأنام beliau membahagikan bid’ah kepada lima: bid’ah wajibah (bid’ah wajib), bid’ah muharramah (bid’ah yang diharamkan), bid’ah mandubah (bid’ah yang disunatkan), bid’ah makruhah (bid’ah makruh) dan bid’ah mubahah (bid’ah yang diharuskan)31. Bahkan beliau mungkin orang yang paling awal membuat pembahagian ini.

Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan beliau menyebut bid’ah dalam pembahagian yang sedemikian merujuk kepada ta’rif bid’ah yang disebutnya pada awal fasal yang merangkumi bid’ah dari segi syarak dan bahasa. Buktinya beliau menyebut ta’rif dengan katanya:

البدعة فعل ما لم يعهَدْ في عصر رسول الله32

(Bid’ah adalah perbuatan yang tidak ada pada zaman RasululLah)

Ta’rif ini begitu luas merangkumi perkara ibadah, cara baru dalam syarak dan urusan keduniaan yang tidak membabitkan penambahan syarak. Sedangkah bid’ah dari segi syarak hanya tertumpu dalam persoalan cara taqarrub dan perubahan atau penambahan jalan syarak.

Dengan ta’rif yang begitu umum maka menyebabkan pembahagian ini dibuat. Oleh itu kita dapati ketika beliau memperkatakan tentang bid’ah wajibah (bid’ah wajib) beliau berkata: “Bagi bid’ah wajib itu beberapa contoh; salah satunya menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kalam Allah dan kalam RasululLah s.a.w”33.

Kita telah melihat penjelasan al-Imam al-Syatibi sebelum ini, bahawa ini semua tidak termasuk dalam bid’ah dari segi syarak. Seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi tadi: “Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid’ah) segala yang jelas –walaupun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, sama ada; atas dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab .a. menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid’ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang” 34.

Dengan itu perbuatan sesetengah pihak mempergunakan pembahagian ini kepada bid’ah-bid’ah yang tidak dimaksudkan oleh beliau adalah penyelewengan dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Di samping kita mengingatkan juga bahawa al-Syatibi telah menolak pembahagian yang dibuat oleh al-‘Izz ‘Abd al-Salam dengan katanya: “Sesungguhnya pembahagian ini adalah sesuatu yang hanya direka, tidak ada dalil syar‘i yang menunjukkannya. Bahkan ia sendiri bercanggahan. Ini kerana hakikat bid’ah ialah sesuatu yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar‘i, sama ada daripada nas-nas syarak atau kaidah-kaidahnya. Kalau di sana ada dalil daripada syarak yang menunjukkan wajib, atau sunat, atau harus maka itu bukanlah bid’ah. Ia termasuk dalam keumuman amalan yang disuruh atau diberi pilihan. Mencampur aduk dalam menyenaraikan perkara-perkara tersebut adalah bid’ah, iaitu dicampurkan antara perkara yang dalil menunjukkan wajib, atau sunat atau harus dengan dua lagi yang menyanggahinya”35.



Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H):

Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya تهذيب الأسماء واللغات mengulangi dan menyetujui pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-Izz Abd al-Salam. Untuk menguatkan, beliau menambah dalam tulisannya itu apa yang dibahagikan oleh al-Imam al-Syafii seperti disebutkan tadi36.

Jawapan kita terhadap perkara ini sama seperti telah disebutkan di atas. Jika diteliti karya-karya al-Imam al-Nawawi .h, beliau tidak pernah menganggap bidah hasanah apa yang disangka orang ramai bidah hasanah. Di sini dinyatakan beberapa contoh:

Dalam kitabnya al-Azkar الأذكار, al-Imam al-Nawawi menyebut: Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih .a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad .a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”37.

Ulasan: Nyata beliau tidak menamakan perbuatan ini sebagai bid’ah hasanah. Maka perbuatan sesetengah pihak mengiringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah setapak demi setapak sebanyak beberapa kali dibantah dalam teks imam yang agung ini.

Dalam Syarh Sahih Muslim38, beliau menyebut: Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun itu disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia bid’ah kerana tidak ada hadith yang sahih. Bahkan yang sahih dalam hadith ini39 dan selain ialah meninggalkan tambahan itu”40.

Ulasan: Tidakkah penambahan ini satu penambahan pada zahirnya nampak baik. Jika bid’ah hasanah ialah melebelkan semua yang nampak baik pada andaian manusia, tentu al-Imam al-Nawawi menamakan ini sebagai bid’ah mustahabbah.

Dalam Syarh Sahih Muslim, ketika al-Nawawi mensyarahkan hadith Sahih Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّه عَنْه عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

(Daripada Abi Hurairah .a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa).

Kata al-Imam al-Nawawi: “Pada hadith ini larangan yang nyata mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada dengan malam-malam yang lain dan puasa pada siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama kemakruhannya. Para ulama berhujah dengan hadith ini mengenai kesalahan solat bid’ah yang dinamakan solat al-Raghaib41. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah yang munkar daripada bid’ah yang sesat dan jahil. Padanya kemunkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat orang menunaikan solat tersebut dan perekanya, para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya dan kesesatan pembuatnya”42.

Ulasan: Al-Nawawi tidak menamakan solat sunat yang tiada dalam hadith sebagai bid’ah hasanah. Bahkan beliau menghukum sebagai sesat. Ketika ditanya mengenai solat ini, beliau pernah berkata: “bid’ah yang buruk lagi sangat munkar…jangan terpengaruh dengan ramai yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din”43.

Dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab المجموع شرح المهذب beliau menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai”44.

Ulasan: Beliau tidak menamakan amalan ini sebagai bid’ah hasanah. Bahkan kitab-kitab mazhab al-Syafi’i begitu kuat menentang hal ini45.

Al-Imam al-Sayuti (w. 911H)46:

Al-Imam al-Sayuti telah menulis kitab khas berhubung dengan bid’ah yang dinamakan Al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ 'الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع. Di dalamnya beliau menyebut maksud bidah hasanah. Katanya: Bidah hasanah disepakat keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuat bidah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak, tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang makruf dan tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa”47.

Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, apa yang disebut di atas tidak sepatutnya dinamakan bid’ah sama sekali. Bahkan ia termasuk dalam perkara-perkara yang disuruh dalam agama.

Persoalan kita, apakah al-Imam al-Sayuti akan menganggap sesetengah perbuatan yang dianggap bid’ah hasanah pada hari ini sebagai bid’ah hasanah?. Untuk memastkan hal ini kita lihat bebarapa contoh berikut:

Bantahan beliau terhadap solat sunat Raghaib, katanya: “Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib”48. Katanya juga: “Ketahuilah sesungguhnya solat yang bid’ah ini menyanggahi kaidah-kaidah Islam dalam beberapa bentuk…”49.

Ulasan: Beliau –seperti al-Imam al-Nawawi- tidak menamakan solat ini sebagai bid’ah hasanah, sekalipun disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya ‘Ulum al-Din. Jika setiap yang dianggap baik dilebelkan bid’ah hasanah maka solat ini juga patut dianggap bid’ah hasanah. Namun mengada-adakan perkara baru dalam cara ibadah bukanlah bid’ah hasanah.

Katanya ketika membantah amalan Nisfu saya’ban: “Apa yang memuliakan saya’ban ialah RasululLah berpuasa pada kebanyakan harinya. Hadith-hadith Nabi s.a.w dan athar sahabah yang diriwayatkan yang menunjukkan ia malam yang ada kelebihan, tiada padanya solat yang khusus”50.

Ulasan: Solat khas Nisfu saya’ban tidak dianggap oleh al-Sayuti sebagai bid’ah hasanah.

Katanya mengenai wuduk: “Daripada bid’ah (yang saiyyah) itu: Was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman: ((لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة)) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada RasululLah itu contoh yang baik”51.

Ulasan: Walaupun sesetengah menyebut lafaz niat dalam solat sebagai bid’ah hasanah, namun tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal ini tidak menganggapnya demikian. Ini kerana ia adalah cara ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w.

Kesimpulan Perbincangan: Apa yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa telah berlaku penyalahgunaan istilah bid’ah hasanah. Apa yang dimaksudkan oleh para imam bukan seperti yang difahami atau disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Mereka sewajar merujuk semula kepada apa yang ditulis oleh imam-imam ini.


Salah Faham Terhadap Ucapan Saiyyidina ‘Umar

Sesetengah pihak cuba berdalil dalam membolehkan bid’ah dengan menyatakan bahawa Saiyyidina ‘Umar telah membuat bid’ah. Di mana –kata mereka- pada zaman Nabi s.a.w. tidak ada solat tarawih berjamaah, tetapi ‘Umar melakukannya dan menyatakannya: نعمت البدعة هذه sebaik-baik bid’ah.

Apa yang mereka maksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya dan al-Imam Malik dalam al-Muwatta:

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍالْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِي اللَّه عَنْهم لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنِ الَّتِي يَقُومُونَ. يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan. Aku keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab .a. ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. Kata ‘Umar: Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik. Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab). Kata ‘Umar: “Sebaik-baik bid’ah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).

Ada yang tersalah sangka dengan menganggap ‘Umar bin al-Khattab yang memulakan solat tarawih berjemaah ini. Lalu perbuatan itu adalah bid’ah tetapi ‘Umar menganggapnya baik. Dengan itu bid’ah dalam ibadah boleh dilakukan dengan niat yang baik.

Sebenarnya, ini disebabkan kurang membaca hadith-hadith Nabi s.a.w. Padahal hadith yang menunjukkan Nabi s.a.w menunaikan solat tarawih berjamaah, ada dalam Sahih al-Bukhari dalam beberapa kitab, termasuk Kitab Solat al-Tarawih. Demikian juga dalam ada dalam Sahih Muslim. Hadith daripada ‘Aisyah .a. itu menyebut:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ .

“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga hanya keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu52. Sehingga RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu”.

Dalam sebahagian riwayat al-Bukhari dan Muslim menyebut: وذلك في رمضان (yang demikian itu pada bulan Ramadan).

Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan. Bahkan ia adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya.

Justeru itu kata al-Imam al-Syatibi: “Renungi hadith ini. Ia menunjukkan solat kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan). Ada kemungkinan akan diwahyukan kepada baginda jika manusia mengamalkannya sebagai kewajipan. Apabila telah hilang ‘illah al-tasyri’ (illah perundangan) dengan wafatnya RasululLah s.aw, maka ia kembali kepada asalnya”53.

Persoalan yang mungkin timbul; mengapa Abu Bakr tidak melakukannya?
Jawab al-Imam al-Syatibi: “Adapun Abu Bakr tidak mendirikannya kerana salah satu sebab berikut: sama ada dia berpendapat solat orang ramai pada akhir itu pada lebih afdal padanya dari dihimpunkan mereka dengan satu imam pada awal malam. Ini disebut oleh al-Turtusyi الطرطشي. Ataupun disebabkan kesempitan waktu pemerintahannya54 untuk melihat perkara-perkara cabang ini sedangkan beliau sibuk dengan golongan murtad dan selainnya yang mana lebih utama dari solat tarawih”55.

Kenapa ‘Umar menamakan bid’ah?

Kata al-Syatibi: “Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya. Di mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr .a. Bukannya bid’ah pada makna (syarak-pen). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal ini, maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama. Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah”56.

Maksudnya bukan bid’ah sebenar, cuba ia bid’ah merujuk kepada bahasa, atau keadaan. Namun ia pada nilaian hadith bukanlah bid’ah, bahkan sunnah.

Salah Faham Terhadap Hadith Sunnah Hasanah

Di antara hadith yang selalu disalah tafsir bagi membukti tidak salah melakukan bid’ah asalkan ia baik ialah hadith:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
57

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”.

Hadith ini dijadikan bukti bahawa bid’ah itu tidak mengapa asalkan baik. Sebenar kegagalan memahami hadith ini ialah kerana kegagalan melihat Sabab al-Wurud سبب الورود bagi hadith ini. Jika dalam pengajian tafsir ada bab yang dinamakan Sabab al-Nuzul, maka dalam hadith ia dinamakan Sabab al-Wurud atau Sabab Wurud al-Hadith. Saya ta’rifkan Sabab Wurud al-Hadith sebagai:

ما دعا الحديثَ إلى وجوده، أيام صدوره 58

(Apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya)

Maksudnya faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu terbit daripada Nabi s.a.w. Iaitu faktor-faktor yang menyebabkan baginda mengucapkan sesuatu ucapan, atau melakukan sesuatu perbuatan, atau mengakui sesuatu tindakan. Memahami sebab-sebab yang menyebabkan terbitnya sesebuah hadith adalah sangat mustahak. Tujuannya bagi mengelakkan kita meletakkan hadith tidak kena pada tempatnya. Ini kerana kadang-kala sebab sesuatu hadith sangat mempengaruhi maksud hadith. Kesalahan memahami sebab atau tidak memahami sebab boleh membawa kepada kesalahan faham kepada maksud hadith. Umpamanya hadith yang di atas ada sebab wurudnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim:

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ نَاسٌ مِنَ الْأَعْرَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِمُ الصُّوفُ فَرَأَى سُوءَ حَالِهِمْ قَدْ أَصَابَتْهُمْ حَاجَةٌ فَحَثَّ النَّاسَ عَلَى الصَّدَقَةِ فَأَبْطَئُوا عَنْهُ حَتَّى رُئِيَ ذَلِكَ فِي وَجْهِهِ قَالَ ثُمَّ إِنَّ رَجُلًا مِنَ الْأَنْصَارِ جَاءَ بِصُرَّةٍ مِنْ وَرِقٍ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ ثُمَّ تَتَابَعُوا حَتَّى عُرِفَ السُّرُورُ فِي وَجْهِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ


Daripada Jarir bin ‘Abd Allah, katanya: Datang sekumpulan arab badawi kepada RasululLah s.a.w. Mereka memakai pakaian bulu. Baginda melihat buruknya keadaan mereka. Mereka ditimpa kesusahan. Baginda menggesa orang ramai bersedekah. Namun mereka lambat melakukannya sehingga kelihatan marah pada wajah baginda. (Kata Jarir) Kemudian seorang lelaki daripada Ansar datang dengan sebe

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Bidaah dan beberapa perbahasan mengenainya.." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Bidaah dan beberapa perbahasan mengenainya..
oleh MohdHanafi ([email protected]) pada Selasa, 08 Mac 2005 @ 12:14:59
(Info AHLI) http://www.cybershop2u.net/promote.php?member=penakimia


Artikel sebegini elok juga..... tapi kalau asyik menegakkan itu bid'ah ini bid'ah dan mudah menyesatkan orang kerana buat perkara yg dikatakan bid'ah tu mmg tak berapa kena lah.
sedangkan ulama membahaskan bid'ah tu ada yg hasanah dan dholalah.

so nampaknya mereka ni kadang2 terlalu keras hingga yg hasanah pun bid'ah dan mesti ditinggalkan. so macam mana? pening2 kpla aku....


[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bidaah dan beberapa perbahasan mengenainya..
oleh Tetamu pada Sabtu, 26 Mac 2005 @ 10:49:05
Assalamu'alaikum,
Rasulullah telah bersabda yang di akhir satu hadis, 'setiap bid'ah adalah sesat...'. Hadits tersebut di bawah:

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari hadits Jabir radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam berkata di saat beliau berkhutbah:
أَمَا بَعْدُ, فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرَّ الْأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا , وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Amma Ba’du, sesungguhnya sebaik-baik berita adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam, dan sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan, dan setiap bid’ah adalah kesesatan”. (Hadits Riwayat Muslim: 867)

Berkata Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَإِنْ رَآَهَا النََّاسُ حَسَنَةً
“Setiap bid’ah adalah kesesatan walaupun dianggap baik oleh manusia” (Diriwayatkan oleh Al-Lalika’i dalam Syarah Ushul I’tiqod Ahlus Sunnah: 1/126)

Perkara ini amat sensitif.. Namun ia perlu diperbincangkan demi memastikan ibadat kita kepadaNya adalah selaras dengan tuntunan Rasulullah.. Bukan menambah-nambah & melakukan sesuatu yg tak pernah dilakukan oleh beliau..

Bagi pegangan saya, saya memegang kata-kata Rasulullah yg menyatakan setiap bid'ah adalah sesat.. Jelas & mudah...

Artikel yg disiarkan tersebut perlulah dibaca dengan hati yg tenang & penuh pemahaman, bukan terus memberi komen tanpa fakta yg tepat...
]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.514934 saat. Lajunya....