Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

Pakaian wanita di sudut mata lelaki
 Posted on Khamis, 27 Januari 2005 @ 11:43:19oleh istisafa
Tazkirah cumie menulis Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.

But, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ye?? Ana pasti anda juga tahu maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. So, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak same sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdal..kat mydin banyak jual.

Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat rumah. Lebih selamat.

Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, huqum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki

 

  Tazkirah


Komen


"Pakaian wanita di sudut mata lelaki" | Login/Mendaftar | 27 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh scotjr pada Khamis, 10 Februari 2005 @ 22:56:39
(Info AHLI)


Artikel yang memang memberi kesan kepada ana..Harus dibaca oleh semua lelaki...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh NURMIZA pada Isnin, 14 Februari 2005 @ 11:38:02
(Info AHLI)
artikel ini amat bermakna buat saya...rupe- rupenya ada banyak perkara yang kita tak tahu tentang hal tersebut...insyallah saya doakan kepada semua yang membacanya agar dapat menghayatinya dan mula berubah dari sekarang....tak rugi ape2 pun malah akan lebih diberkati Allah...wassalam
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh cunye pada Jumaat, 18 Februari 2005 @ 3:42:35
(Info AHLI) http://timenet
memang la semua nye betul apa yg di utarakan...........org kat ana tidak kata ..makin di simpan dan di sorok makin bernilai sesuatu permata itu..jadi sorokan la ia dan kelaukan hanya pada yang HAK ........
]


pakaian wanita dimata seorang lelaki
oleh tuna pada Selasa, 01 Mac 2005 @ 17:24:45
(Info AHLI)
sesungguhnya pakaian adalah pandangan pertama orang terhadap kita.melalui pakaianlah orang mula cuba mengenali kita.pakailah mengikut tuntutan allah
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh Tetamu pada Khamis, 10 Mac 2005 @ 12:38:58
sememagnya wanita itu perlu menutup aurat bukan hanya utuk tidak dilihat oleh lelaki pada apa yang tidak boleh dilihat, tp gak sebagai satu syariat drpd allah....
jadi perlu diingat kan sekiranya menutup hanya kerana allah , insyaalah allah akan menutup lebih daripada itu.......
igat !!
setiap ape yang kita lakukan hatta sekecil zarrah sekalipun
pasti allah akan balas samada baik @ sebaliknya
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh alhaque7 pada Sabtu, 06 Januari 2007 @ 1:29:17
(Info AHLI)
Aku setuju sangat tu..untuk muslimah2 kat luar sana tu, jangan lah bukak2 aurat..sakit mata ni ha..
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh kahfi8 (ashabul [email protected]) pada Khamis, 01 November 2007 @ 15:33:34
(Info AHLI)
artikel yang bagus..
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh aini_kkpp pada Ahad, 27 Januari 2008 @ 8:49:52
(Info AHLI)
assalamualaikum

sebagai muslimah yang telah dilahirkan dengan kalimah syahadah..sewajarnya aurat menjadi pegangan setiap ummah.wajib hukumnya..

saya tau tapi,,saya sendiri tak pasti jiwa remaja masih inginkan kebebasan..saya tau semuanya dosa..pakaian yang kita pakai setiap hari akan mendokan kemana sahaja pemakai itu pergi..tapi hanya Allah yang mengetahui mengapa hamba ini masih degil,tiada kekuatan untuk menjalankan syariahnya..

semoga hati hambamu ini akan terbuka dengan ikhlas suatu hari nanti..

terima kasih ukhwah.kerana risalah yang dikeluarkan mengigatkan hamba ini yang sering dalam kealpaan
]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh Addey pada Isnin, 19 Disember 2005 @ 16:48:29
(Info AHLI)


Ana suka cara berpakaian macam hanan...comel dan sejuk mata memandang
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh mirwana_87 (cahaya_mirwana) pada Jumaat, 20 Januari 2006 @ 14:20:43
(Info AHLI)


saya setuju sangat dengan pendapat,sebagai wanita saya juga akan terasa bahangnya.walaupun saya belajar di institut tahfiz,lengkap berjubah dan bertudung labuh,namun saya juga tidak terlepas dari pandangan nakal kaum adam ni,saya masih berjaga-jaga dalam setiap pergerakan...tapi janganlah pulak apabila menutup aurat sekadar melepaskan batuk di tangga....jagalan ia sebagai satu tuntutan demi memelihara kesempurnaan dan kehormatan seorang wanita.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh ajmal_saliha pada Isnin, 10 April 2006 @ 15:44:18
(Info AHLI)


erm betul tu! mata lelaki ni bukan boleh percaya.. tapi nak salahkan lelaki 100% pun xjugak.. perempuan pun kenalah juga jaga diri.. hiasi diri dengan akhlak yang mulia.. macam mana?
pakailah pakaian yang menutupi aurat!!! supaya kat akhirat kita terselamat!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh farha3hd pada Jumaat, 23 Jun 2006 @ 18:10:45
(Info AHLI)


Info ni memang betul.Pelikkan dengan perangai lelaki ni?Tapi nak buat macam mana inilah fitrah yang Allah ciptakan buat insan bernama lalaki.Tapi macam mana boleh perempuan tak tunjukkan bentuk pehanya?Mestila mereka pakai seluar sebab senang nak berjalankan?tapi yang penting janganlah pakai seluar yang terlalu ketat .Sure dah nampak benar bentuknya.Lainlah pakai seluar yang longgar kan?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh qibtiyah ([email protected]) pada Jumaat, 11 Ogos 2006 @ 12:27:09
(Info AHLI)


assalamualaikum...
ana sangat setuju dengan pendapat anta & sahabat2 yang lain...
tapi, ana rasa macam sedikit terkilan
maksud ana, ana bukan lah dari kalangan wanita yang baik2..
teringin jugak nak pakai tudung labuh...
cuma ana tak berani....
kawan ana pernah cakap...kalau nak buat sesuatu yang baik
kena istiqomah...
ana takut sangat...
ana selalu dengar cerita ada sebilangan yang dahulunya bertudung labuh...
tapi bertukar setelah satu tempoh masa..
ana pun tak tau sebab apa...
setakat ni, yang ana berkawan, walaupun tak bertudung labuh,
tapi(longgar & tutup bahu dan paras dada)
bagi ana mereka pun kuat beribadat...
kadang-kadang lagi bagus sebab ada juga yang bertudung labuh
tapi berkapel & mengumpat..
ana xcakap semua,
tapi ana cukup respect orang yang pakai tudung labuh..
sampaikan ana tak berani nak pakai..
bagi ana, ana xsebaik mereka...
ana tak tau nak explain macam mana...
cuma sedih bila terasa seperti disisihkan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh farha3hd pada Selasa, 31 Oktober 2006 @ 11:15:49
(Info AHLI)
Assalamualailkum.Kenapa anti sedih pulak?Dan siapa yang sisihkan anti?Tak payah lah takut pakai tudung labuh ni....pakai saja lah...org yang pakai tudung labuh dan berkelakuan tak senonoh sekarang ni hanya mencemarkan maruah org-org yang bertudung labuh yang lain.tapi,anti kena ingat pakaian tak mencerminkan seluruh perlakuan someone tapi apa yang penting imannya..macam cerita isteri ayah Pin,seorang siswi Universiti Al-Azhar,Mesir,akhirnya MURTAD...kalau anti rasa bimbang org akan perlekehkan anti yang bertudung labuh,pedulikan saja.kita ni mencari redha Allah,bukan redha manusia.Lastly,selamat mencuba bertudung labuh.....
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh hazi pada Rabu, 01 November 2006 @ 21:42:29
(Info AHLI)
assalamualaikum... qibtiyah,.. Usah bersedih andainya tidak bertudung labuh, tapi ente pastikanlah yang tudung ente pakai menutupi paras dada, kalau boleh jangan sampai nampak 'aurat'..ramai org bertudung kini, tapi tudung jarang ataupun pendek.. Kenapa ada yang bertudung labuh tapi masih gagal meninggalkan perkara yang 'lara'..sebenarnya tepuk dada tanya iman..berapa ramai yang berbuat demikian ,ikhlas kerana Allah dan bukan mengharapkan pujian org, sebab org akan memandang baik bila memandang pada luaran, sebab itu kita tidak digalakkan untuk memuji, takut menyebabkan riyak or sebagainya... yang penting sebagai muslimah, jglah keperibadian,soal berkawan, tak kisahlah bagaimana besar kecik tudungnya, tapi pilihlah kawan yang mempunyai budi pekerti yang baik, kita perlu juga berkawan dengan mereka yang 'biasa' spy dapat menarik mereka ke jalan yang diREDHAI Allah, tapi jangan sampai kita yang tertarik.. Bila sesuatu yang di buat berdasarkan keihklasan pada Allah, kita akan sentiasa memastikan kita tidak akan melanggar segala larangannya,
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh fathiha ([email protected]) pada Rabu, 21 Februari 2007 @ 2:26:27
(Info AHLI) http://sidratulmuntaha.blogspot.com/
Kenapa pula enti nak takut..bertudung sebenarnya kena ada prinsip..Kenapa kita pakai tudung..adakah sebab nampak ayu..atau nampak lebih alim..atau nak org puji..cuba tanya diri enti..sejauh mana enti menghayati tudung yang enti pakai..kalau enti berhasrat untuk pakai tudung labuh..teruskan hasrat itu..minta kekuatan daripada Allah agar dipermudahkan urusan enti itu..memang kalau nak bertudung labuh ni kena istiqamah..banyak dugaannya..kekadang kena sindir..org hina kita..memacam lagi..tapi bersabarlah..kerana Allah akan membalas kembali setiap kesabaran enti itu di akhirat kelak..janji enti menutup aurat..bagi yang pakai tudung labuh tapi berkaple dan mengumpat tu..mesti sumthing tak kena dengan dia..biarlah..mungkin dia tiada penghayatan dalam berpakaian..ana harap enti bersabar dan meneruskan niat baik enti itu..semoga enti berjaya istiqamahkan diri..wallahualam
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh sitishairah pada Selasa, 22 Mei 2007 @ 11:51:21
(Info AHLI)
saya pun pernah jugak terpikir nak pakai tudung labuh...tapi bila mengenangkan persekitaran saya yang tidak dikelilingi oleh muslimah yang bertudung labuh....dan saya juga takut kalau perubahan tu sekejap sahaja...saya kekalkan memakai tudung biasa..tetapi sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dengan labuhkan di bahagian dada dan tidak jarang sehingga menampakkan leher..yang penting niat kita Lillahi Taala...


Semoga keredhaan Allah sentiasa mengiringi langkahmu...
]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh zianurnazifa (basyirah_usim) pada Rabu, 05 Mac 2008 @ 9:04:02
(Info AHLI)
salam...
saya tak biasa ber 'ana' ini...so,saya bhsakan dari gan saya saja..
saya salah sowg yang kadang-kadang pakai tudung lbuh dan s.time pakai tdud segi...
benda ini senang saja nak istiqamah tapi surroundings kita yf bagi effect..
kita bukan pakai tudung nak bagi owg respect tapi bila saya pkir2 balik,,biarlah kita betulkan niat seikhlasnyer iaitu mendapat keredhaan Allah...wallahua'lam
]


Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh en_poligami ([email protected]) pada Jumaat, 26 Disember 2008 @ 8:44:30
(Info AHLI) http://car-one-stop.blogspot.com/
assalamualaikum...

berkaitan dengan tudung labuh ini.. saya sendiri sedang giat berusaha menudung labuhkan isteri saya, cukup sulit sebenarnya bilamana kita menjadikan unsur2 negatif sebagai semangat untuk mengubah diri.. yelah contohnya takut nak pakai tudung labuh kerana malu pada org lain.. takut org kata kita macam ustazah,rasa diri tidak layak untuk pakai tuduh labuh dan sebagainya..

isteri saya ini pun puas saya pujuk supaya pakai tudung labuh,tapi katanya belum masa lagi... kadang-kadang tu nak marah juga tapi memandangkan Nabi kita dulu berdakwah lagi hebat cabarannya cepat-cepat pujuk hati agar bersabar..

yang penting kita harus terus usaha,banyak doa dengan harapan suatu hari nanti wanita atau muslimah kita akan sedar banyak manfaat dan ganjaran bagi yang mematuhi perintah Allah s.w.t.
]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh nur_halida ([email protected]) pada Khamis, 27 Disember 2007 @ 19:35:36
(Info AHLI)


salam...ana setuju sangat-sangat lelaki kalau kita tutup bagaimana pun mata mereka tetap nak menjalar susuk kita,,macam nak ditelan2,,kdang2 kita pakai macam kelambu pun tertutup,,dia org pandang ya allah,,rasa nak juluk saja mata tu,,
tapi janganlah kita pakai tutup aurat kerana taknak laki keranjang pandang kita,,tapi tutuplah aurat kerana allah....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh ismi_anis ([email protected]) pada Ahad, 25 Januari 2009 @ 14:49:10
(Info AHLI)
salam....ana pun setuju sangat-sangat...sedangkan kita dah betul-betul tutup aurat, tapi AR-RIJAL ni tetapi akan pandang kita macam nak ditelan2 nya kita ni.. smpaikan ana takut nak berdekatan dengan pandangan lelaki ni...MasyaAllah...
]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:37:03
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/


betul lah...xlagi dinafikan...

saya sendiri pun mengalaminya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh en_poligami ([email protected]) pada Jumaat, 26 Disember 2008 @ 8:35:45
(Info AHLI) http://car-one-stop.blogspot.com/
Al-Nur

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)


actually wanita itu umpama besi dan lelaki itu umpama magnet... jadi sudah pastinya magnet akan tertarik kepada sumber yang serasi dengannya.
]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh miss_nuyu ([email protected]) pada Khamis, 22 Januari 2009 @ 8:28:21
(Info AHLI)


insyaallah...artikel ni sangat bermakna buat saya,
time kasih...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh Mulya (pencinta_allah) pada Jumaat, 23 Januari 2009 @ 14:56:00
(Info AHLI) http://yusufibnumaryam.blogspot.com/
GOOD...tapi..Kenapa pula lelaki yang sibuk2 nak tengok pakaian perempuan ni..??ih..ih.ih..tak baik tau...
]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh fullhouse ([email protected]) pada Ahad, 08 November 2009 @ 21:18:01
(Info AHLI)


thank you for da info..InsyaALLAH ambo akan tutup apa yang ptot dtutup...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pakaian wanita di sudut mata lelaki
oleh ibtisam_nisa ([email protected]) pada Ahad, 28 Mac 2010 @ 15:58:07
(Info AHLI)


insyallah...bersama-samalah kita sebagai kaum muslimah menutup apa yang telah diwajibkan kepada kita...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13839 saat. Lajunya....