Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 28 hari yang lalu

Masuk neraka jika liat bayar semula hutang
 Posted on Isnin, 16 Jun 2003 @ 9:16:39oleh Engku_Salina
Tazkirah nuriz menulis HUTANG adalah amalan yang agak sukar dihindari oleh sesetengah orang. Hal ini kerana mereka beranggapan hanya dengan berhutang segala keperluan hidup akan tercapai. Sesetengahnya pula berhutang demi menjaga kedudukan dan nama. Islam tidak melarang umatnya berhutang. Bagaimanapun, Islam tidak menggalakkannya, lebih-lebih lagi apabila hutang itu menjadi satu bebanan ketika hendak dilunaskan. Jika terpaksa berhutang hendaklah dia berazam dan berniat untuk membayar hutangnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata yang bermaksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah ketika hidup dan selepas mati. Ya Allah. Aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang berkata kepada Rasulullah: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jahsy bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya : “Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, ia tetap tidak akan dapat masuk syurga, selagi hutangnya belum dibayar.” (Hadis riwayat al-Nasa'ie)

Sebenarnya tanggungjawab mem-bayar hutang terpikul di bahu orang yang berhutang. Kewajipan membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun seseorang yang berhutang itu meninggal dunia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, “Pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang itu ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya. Sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Selepas Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menakluk negeri, baginda bersabda. Aku lebih berhak terhadap orang mukmin daripada pada diri mereka sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mati meninggalkan hutang, maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh sebab itu, awal-awal lagi Islam meletakkan beberapa syarat terhadap hutang-piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (jumlah hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana yang diajarkan oleh Allah. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak mampu merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki di kalangan kamu. Kemudian jika tiada dua orang saksi lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa daripada saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Saksi itu janganlah pula enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada yang kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.” (Surah al-Baqarah ayat 282)

Adapun orang yang berhutang tetapi enggan membayar hutangnya, sedangkan mereka mampu untuk membayarnya adalah mereka termasuk dalam golongan yang memakan harta milik orang lain secara batil.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang Muslim yang mati dan meninggalkan hutang akan dikenakan hukum qisas pada hari kiamat kelak, kecuali pada tiga perkara iaitu pertama, orang tidak mempunyai kekuatan kerana hendak memperjuangkan agama Allah kemudian dia berhutang untuk menghimpunkan kekuatan bagi menghadapi musuh Allah dan musuhnya sendiri. Kedua, orang yang mengunjungi jenazah seorang Muslim dan dia mendapati mereka tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah itu kecuali dengan berhutang dan ketiga, lelaki yang sudah lama membujang yang ditakuti dirinya tidak terpelihara daripada perbuatan maksiat, maka dia berhutang untuk berkahwin demi memelihara agama.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Menurut hadis di atas, Allah akan membayar (menunaikan) hutang mereka pada hari kiamat kelak.

Hutang perlu dijelaskan segera. Sesiapa yang tidak menghiraukan hutangnya sehingga menyebabkan ia tertangguh terlalu lama dengan memberikan pelbagai alasan akan menyebabkan kesusahan kepada pemberi hutang.

Hal ini juga merenggangkan hubungan kedua-dua belah pihak. Melengah-lengahkan membayar hutang, sedangkan kemampuan untuk membayar hutang itu ada, adalah satu kezaliman.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: “Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, hindarilah perbuatan suka berhutang kerana ia bukan saja merosakkan kebahagiaan dan keharmonian hidup, malah membawa keburukan kepada diri sendiri.

 

  Tazkirah


Komen


"Masuk neraka jika liat bayar semula hutang" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Masuk neraka jika liat bayar semula hutang
oleh nurkamar ([email protected]) pada Rabu, 18 Jun 2003 @ 10:13:29
(Info AHLI)


Assalamua'laikum..
sekarang ni.. tgh belajar pun berhutang.. hutang PTPTN lah yg paling utama sekali bgai yg di IPT. ada juga pendapat mengatakan buat buat 'lupa' je. tapi.. tu dikira hutang juga. pernah ana bertanya pada mama ana, sekiranya ana 'melepaskan' diri dari tanggungan pembayaran balik. tapinya.. mama ana berpesan.. ini urusan hutang.. dan fikir fikirkan soal masa depan adik adik yang turut akan memohon pinjaman masa depan nanti :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173716 saat. Lajunya....