Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 113
Ahli: 0
Jumlah: 113




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu

Renungan
 Posted on Rabu, 12 Januari 2005 @ 9:12:04oleh istisafa
Kenangan amrizal menulis Pada hari Sabtu yang lepas (26/07/03) saya telah
diperlihatkan dengan suatu kejadian yang sukar saya lupakan dalam hidup saya! Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina. Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat untuk menunaikan solat Zohor. Saya sampai dimasjid tersebut ketika azan sedang berkumandang.

Saya terus ke paip air untuk mengambil wudhuk. Sedang saya mengambil wudhuk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang bersusah-payah datang ke masjid tersebut! Untuk perhatian anda jalan yang sedia ada untuk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa elok.

Tetapi hamba Allah ini menggagahi diri untuk datang ke masjid untuk solat berjemaah. Yang membuatkan saya terharu ialah, hamba Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti kita!!!

Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung dikepit di antara leher dan bahu. Bayangkan betapa susahnya untuk kita membayangkan keadaan beliau yang begitu pilu.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke masjid untuk merebut saf pertama. Bukan itu saja, setelah selesai sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman dengan hampir kesemua jemaah yang hadir (lebih kurang 3 saf).

Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra dengan jemaah yang hadir walaupun keadaan beliau tidaklah sempurna seperti kita.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, adakah kita akan berkelakuan seperti beliau apabila kita berada dalam situasi beliau? Bagi saya sendiri, baru demam sikit dah rasa malas nak sembahyang. Inikan pula dalam keadaan beliau. Ketika itu saya rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan hamba Allah tersebut.

Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yang "lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yang dilakukan oleh kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak yang dikurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur, renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama...

APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN! APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!

BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...


Semoga Allah merahmati kita bersama....

 

  Kenangan


Komen


"Renungan" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Renungan
oleh MohdHanafi ([email protected]) pada Selasa, 25 Januari 2005 @ 18:55:05
(Info AHLI) http://www.cybershop2u.net/promote.php?member=penakimia


Betapa jika kita yg sempurna ini tidak mampu menyainginya dlm hal solat..... rasalah sendiri keaiban utk diri kita kerana menzalimi diri sendiri.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Renungan
oleh rifhan pada Khamis, 30 Jun 2005 @ 23:19:14
(Info AHLI)


ASTAGHFIRULLAH...
Hinanya diri ini...
semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua...

#rifhan#
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Renungan
oleh ctMarz pada Jumaat, 31 Mac 2006 @ 10:08:49
(Info AHLI)


subhanallah.....renungkanlah bersama....semoga kita sentiasa dirahmati oleh ALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121993 saat. Lajunya....