Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 104
Ahli: 0
Jumlah: 104




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 13 hari yang lalu
sadiqah: 17 hari yang lalu

HILANGNYA ILMU
 Posted on Isnin, 10 Januari 2005 @ 17:55:31oleh Hanan
Umum ammunir menulis Tahun 2004 yang akan berlalu dua tiga hari lagi telah banyak meninggalkan pelbagai kisah dan kejadian di atas muka bumi Allah ini. Keadaan umat Islam yang masih tidak stabil dibeberapa negara seperti Iraq, Pattani, Acheh, Palestin dan lain-lain. Dan yang terbaru ini adalah kejadian bencana alam (tsunami) yang menimpa beberapa buah negara.

Selain itu tahun 2004 juga telah menyaksikan perginya dari dunia ini beberapa orang ulama besar zaman ini. Antaranya ialah Syeikh As-Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Makki pada bulan Ramadhan yang lalu pada usia lebih kurang 53 tahun. Begitu juga dengan pemergian Syeikh Ahmad Kuftaro, mufti besar Syria yang pergi sebelum daripada Sayyid Muhammad. Sebelum Syeikh Kuftaro, Syeikh Abdul Rahman Habanakah Al-Midani telah mendahului beliau. Beliau juga merupakan seorang ulama dari Syria. Begitu juga dengan pemergian Syeikh Abdul Qadir Al-Arnaoot.

Pemergian ulama-ulama ini membuktikan kepada kita akan kebenaran hadis Rasulullah s.a.w akan hal keadaan ilmu yang akan ditarik oleh Allah s.w.t dengan dimatikan para ulama sehinggalah suatu ketika nanti akan dipilih orang-orang jahil menjadi ketua, dan apabila disoal, mereka akan berfatwa tanpa mempunyai ilmu dan mereka ini sesat lagi menyesatkan. Syeikh Soleh Al-Jaafari pernah berkata yang maksudnya `ilmu itu terletak di dada-dada para ulama, bukannya di lembaran buku-buku.`

Oleh itu marilah para sahabat sekelian kita renung dan insafi dengan keadaan kita dan dunia sekeliling pada hari ini mudah-mudahan kita dapat memperbaiki hal dan keadaan kita semua sebelum kita kembali kepada Allah.

 

  Umum


Komen


"HILANGNYA ILMU" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: HILANGNYA ILMU
oleh haiza pada Jumaat, 04 Februari 2005 @ 12:29:48
(Info AHLI)


betul tu....

sama-samalah kita renungkannya...........

demi kebaikan diri sendiri, keluarga, negara dan seluruh umat islam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: HILANGNYA ILMU
oleh tuna pada Selasa, 01 Mac 2005 @ 17:26:14
(Info AHLI)
ilmu penting untuk kehidupan yng sempurna
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102336 saat. Lajunya....